04 June 2011

Menjual Kegembiraan

Katanya dia nak beli buku berkenaan politik, wah nampaknya kalau begitu dia memang tak sesuai untuk aku. Aku bukan penggemar bahan bacaan berkisar hal politik, jika dulu aku agak suka juga membaca sikit-sikit berkenaan politik. Tapi sekarang dah makin malas, aku nampak politik itu lebih banyak bodohnya dari pandai.

"Awak tak suka baca buku politik" aku tak segera menjawab. Aku kira perlu bagi mencari kata-kata yang terbaik untuk menjawab soalan ini. "erm bukan tak suka, tapi sy dah kurang berminat untuk baca buku buku macam tu". Aku harap jawapan ini tak terlalu menunjukkan perbezaan antara kami.

"Jadi maknanya dulu awak minat?" aku sekadar anguk dan senyum sahaja. "Kenapa sekarang dah tak minat?" aku rasa tak perlu untuk aku jawab soalan itu. "seluruh kehidupan kita berkait dengan politik, mahu atau tidak kita tetap perlu pada politik".

"datang seorang saja ke?" memancing soalan lain darinya supaya dia beralih membicarakan hal lain. "Erm tak la, datang dengan kawan. Tadi dia ada dekat sini, pergi mana ntah. Kejap lagi datang balik kot".

"Saya Erman", aku tak mahu menghulurkan tangan dahulu kerana khuatir jika salam itu tidak disambut. Dia diam mengangguk dan terus membelek belek buku yang ada. "buku ini pasal apa", oleh kerana dia seorang gadis yang menarik biar aku ceritakan ringkasan buku ini. Jika tidak aku suruh sahaja dia membaca apa yang tertulis di kulit belakang itu. Itu buku yang bercerita tentang harapan seorang penyanyi kelab malam yang cuba berusaha untuk menjadi penyanyi profesional. Dalam menempuh perjalanannya banyak rintangan dan dugaan yang di tempuhi. Antaranya digoda oleh komposer lelaki yang berniat serong terhadapnya dan penipuan dari orang yang kata mahu membantunya menjadi penyanyi rakaman.

"erm menarik jugak, saya beli yang ini. Tapi sayang la awak tak ada buku politik. Jual la sekali buku politik lain kali. Nanti saya datang lagi". aku tak mampu berjanji apa-apa. Buku politik memang ada pengemarnya, tapi bukan di kedai ini. Mereka yang datang ke kedai ini mahukan buku-buku pop yang mampu memberi mereka kegembiraan.

"Ok terima kasih ye, jumpa lagi"

"erm cik sekejap, erm kalau nak beli buku silalah datang lagi. Tapi buku politik tetap tidak akan ada"

"ye? kenapa?"

"saya tak suka menjual penipuan"

2 komen:

dya said...

kdg2 situasi hidup jg ibrat medan politik

Sufian said...

Cam haram.