28 June 2011

Mencari Penulis Baru


Gua sekarang sedang giat mencari penulis-penulis baru dan tak baru sangat untuk menulis dengan gua. Kriteria yang dicari adalah penulis novel. Jika lu orang berminat nak tulis novel atau nak cuba :

1 . Tulis sinopsis keseluruhan novel (sinopsis sahaja)
2 . Tulis bab awal (bab 1)
3 . Kemudian hantar ke aloyparadoks@gmail.com
4 . bila dah hantar sila mesej di facebook atau telefon bimbit untuk makluman

Peringkat seterusnya kami dengan editor-editor berpengalaman akan menilai hasil penulisan anda samada akan ke peringkat seterusnya atau tidak. Untuk peringkat seterusnya anda akan menulis sebuah novel minima 200 muka surat. Dan teknik untuk menulis sebanyak 200 muka surat tidaklah sesusah mana sebenarnya jika dilakukan satu bab satu hari. Sekian terima kasih,, semoga berjaya dan realisasikan impian anda menjadi penulis.

Antara karya dan terbitan kami sebelum ini :

1 . Kasut Biru Rubina
2 . 2 lauk
3 . Anarki Di Kuala Lumpur
4 . Akulah Perempuan Muda Itu
5 . Tengerin dan Nikotin
6 . Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca
7 . 28 Hari Jurnal Rock And Roll
8 . Nyaman Si Puding Roti
9 . Kuala Lumpur Aku Ok
10 . Burgermpark
11 . Kau
12 . Pasca Manusia (Zine)
13 . Ajen Perisikan Cinta (Zine)

kemudian like page INI.

12 komen:

Pert Doherty said...

k

gadisBunga said...

salam

saya agak berminat. ada tema khusus?

zombie said...

boleh try ni.

Anonymous said...

kalau antologi boleh x??

aloy_paradoks said...

Pert Doherty :
ok.

Gadisbunga :
tema cinta, tapi corak penceritaan dan isu bebas.

zombie :
lakukan segera.

Anonymous :
novel sahaja.

Pegawai Khalwat said...

200 muka?

Bole siap tesis ooooo....

kalau rajin, aku cuba.

Anonymous said...

Fak. Sejak bila korang terbitkan burgermpak?
Belum apa2 lagi dah langgar undang2.

Tipu dosa mati seksa.

aloy_paradoks said...

Pegawai :
jangan buat 200 terus... buat sinopsis dan bab 1 dulu...

Luca D.K :
kan ada tulis,, antara karya dan terbitan,, maknanya salah satu la tu,, kalau tak terbitan kami, tapi karya,,,, berkira la abang Mut ni... i call u asik tak dapat je manjang,, i nak mintak tolong u ni,, i ada projek nak buat,,, angkat la call abang Mut....

NAJ HEBAT said...

tak reti menulis kisah cinta.
cuma sajak puitis reti la.


ok. tata.

Ellie said...

Ah!Malangnya aku tak reti menulis gaya kamu, gaya sufian abbas

*andennhassan said...

aku dah tulis,kalau konsep macam blog CINTABUNUHDIRI aku ok x aloy?

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

ada tarikh luput tak?