
Dekat atas tu buku baru gua. Tajuk dia "KAU", mengandungi cerpen-cerpen kejiwaan terbaru dari gua. Corak penulisan rasa berbeza dengan BurgermparK. Majlis pelancaran untuk buku ni Jam 4.30 esok di Annexe Central Market dalam Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2011 (KLAB). Dan didalam lagi slot percetakan Mutalib Uthman. Terima kasih banyak-banyak Abang Mutalib kerana menyokong usaha saya. Saya nampak betapa sayangnya Abang pada saya, hehehehehe. Gua hantar printing duit satu sen apa tak bayar lagi pada beliau, kalau tak sold out hari tu habis gua.
Ok info KLAB berlangsung selama 2 hari sabtu dan ahad ni (18&19 jun 2011). Masuk percuma, pesta buku buku alternative kiranya.
Ini pulak tinggal stok stok terakhir untuk didapatkan pada hari itu.
Ini pulak benda yang gua tengah kerjakan sekarang. Apa gua boleh cakap, teater ni POWER! Bagaimana gua berkeinginan cinta terhadap diri sendiri. Romantis sungguh bercinta dengan diri sendiri.ini pautan lain di blog tak senonoh
3 komen:
abang ni power la.hikhik
Kalau power dah kurang, lampu kat dada tu berkelip-kelip tak?
hoi gua nk buku lu ni. simpan 1
Post a Comment