02 June 2011

Edisi Simbah Asid Ke Muka Maskara 28

Perh! Tak payah la nak mesra sangat. Ramai orang kot kat sini.

Maskara datang lagi dengan edisi ke 28. Entah ye ke ntah idak yang 28 aku sendiri pun tak tahu. Dah selalu sangat tetiap bulan ada Maskara kita dah tak fikir dah ini kali ke berapa. Tapi kira fikir lain, erm senang cakap tak fikir apa-apa sebenarnya.Sepanjang Maskara edisi 2011 ni Paradoks ada kontrak dengan Sindiket Soljah untuk menyedikan sekurang-kurangnya seorang aktivis seni bagi mengadakan slot monolog.

Maskara yang terbaru ni Paradoks diwakili oleh Rayza MukMin dengan monolognya bertajuk "Saked". Entah betul entah tidak ejaannya macam tu aku sendiri tak tahu. Ceritanya pasal... pasal... ganas la ganas. Siap ada potong-potong tangan lagi. Nak cerita lebih pun aku malas, sapa datang tengok tau la. Untuk edisi yang baru lepas ni Paradoks Band sebagai side group kepada Paradoks perform sekali untuk pembukaan persembahan. Aku tak ingat berapa lagu ntah dia orang bantai. 4 ke 5 lagu kot aku rasa. Selepas malam itu Paradoks Band secara rasmi bertukar nama kepada "Karektor". Ini bagi mengelakkan ada implikasi dibelakang hari.

Lain-lain persembahan malam itu aku tak berapa ingat kerana aku telah dikaburi dengan persembahan sweet oleh Society. Penyanyi utama dia punya kakak gua cakap lu, rendang kering punya jenis, leleh gua tak kasi lepas.

Bagi edisi Maskara akan datang Paradoks akan diwakili oleh Fazleena Hishamuddin pula untuk menolog dan Shyrudin juga Nik Adam bagi installation art. Itu bagi edisi ke 29 pada Julai nanti.

Ini la budak Paradoks Band. Dah besar panjang diaorg sekarang.

Ek Eleh! Tak payah la serius sangat.

Orrr.. Macam budak jahat je. Mesti ada kes dengan polis ni.

Perhhh! lu tengok tu. Penyanyi The Society.

Baca Surah ke apa.

Ramai orang nak bergambar dengan gua.

Perhhhhhh!!! Lagi sekali gua cakap lu. Amcam?

Tengok sikit gitar tu tulis apa..

3 komen:

tupaimerah said...

lettering kat gitar tu cool :)

nik adam said...

hikhik,gua dah klik!

Kimi Ismawi said...

kt gitar tu tulis 'paradoks'....