Dua orang member gua dah keluar buku. Pertama Mohd Jayzuan, ini buku ketiga di tulis beliau selepas Jurnal 28 Hari Rock And Roll dan Nota-Nota Gila. Kini Anarki Di Kuala Lumpur. Sebuah noval katanya mengenai perjalanan hidup seorang punk bernana Syd Jamal. Senaskah Rm 20. Terbitan Sang Freud Press. Gua dah baca bab satu, fuh!! memang powerlah! Boleh dibeli secara online atau untuk datang sendiri ke Pekan Frinjan sabtu ini 4/06/2011 bertempat di Galeri Shah Alam bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam

Buku kedua oleh Petak Daud, berjudul PETAK juga. Sebelum ini Petak Daud telah menulis banyak zine zine dalam koleksi yang diberi nama Tulisan Tangan. Mengandungi prosa-prosa pendek dan puisi-puisi beliau. Petak ni gua lihat sebagai kesinambungan aliran seni alternatif dimasa hadapan selepas geng-geng yang ada sekarang ni masuk mainstream dan jadi kaya. Satu buku PETAK ini berharga RM 10. Juga dibeli secara online atau tempah di blog Gua Nak Rileks Rileks atau juga datang Frinjan sabtu ni.
0 komen:
Post a Comment