21 April 2011

Saat kau senggugut

"Boleh tak awak jangan ganggu saya lagi"

Bosan benar dia tiap kali diajukan Aman akan soalan soalan bila mahu dimenerima permintaan hatinya. Sudahlah senggugut yang menyerangkan kini belum mahu reda-reda. Kini ditambah pula kerenah Aman yang mengjengkelkan.

Facebook Aman sudah di dipadamkan dari menjadi rakannya di laman internet itu. Lega sedikit kerana dia tidak perlu menerima mesej-mesej dari Aman ataupun post-post lagu di dinding facebooknya.

Namun Aman tidak selemah yang disangka, perkara dibuang sebagai rakan di laman facebook bukanlah isu besar padanya. Ia tidak memberi apa apa kesan pun dalam melukakan hati Aman. Dia masih teguh meneruskan perjuangannya dan nampaknya dia tidak pernah goyang pun untuk itu.

Mula awal perkenalan mereka dulu Aman tidak menunjukkan apa apa petanda bahawa dia ada menyimpan perasaan dan minat pada Sara. Semuanya nampak berjalan lancar dan Aman juga begitu bijak berlakon bahawa dia dan Sara semata-mata hanyalah kawan. Kawan sahaja dan tiada feeling-feeling. Jika ada pun bukan untuk Sara perasaan itu, kerana Sara bukan perempuan yang selayaknya untuk Aman.

Tapi! tapi ada satu perkara yang tidak ketahui. Memang Aman pada awalnya tidak menaruh perasaan syak wasangka minat mendalam pada Sara. Cukup hanya sebagai kawan, kawan yang seronok untuk berbicara. Namun lama kelamaan dari kawan yang seronok untuk berbicara menjadi kawan yang seronok untuk berkongsi cerita dan perasaan. Dan secara klisenya datang perasaan cinta dimana bunga-bunga bertaburan dan pelangi mengelilinginya dengan rapat dari belakang. Indah, ye indah perasaan itu sangat indah.

Sayang, Aman bukan lelaki idaman Sara. Sungguhpun kacak dan berketerampilan dan menarik, tetapi Aman lelaki yang miskin. Sampai nak makan mee goreng pun kadang kira duit syiling cukup ke tidak. Lelaki yang begitu bukanlah lelaki yang menyakinkan. Dan kerana keyakinan yang tidak kukuh itu Sara acap kali menolak cetusan perasaan yang ajukan oleh Aman. Dia tidak mahu hidupnya porak peranda dimasa dihadapan.

Sarah bingung memikirkan bagaimana dia harus melepaskan diri dari Aman. Lelaki itu tidak mengikatnya, tetapi dia tidak mahu terperangkap dengan lelaki seperti itu. Kerana jika terperangkap pasti kelam hidupnya dimasa mendatang.

"Jika saya terima awak, apa yang awak boleh janjikan untuk saya". Soal Sara kepada Aman petang itu.

"Saya sedia mengurut perut awak saat awak diserang period pain".

Sara diam. Diam memandang tepat kedalam mata Aman. Dan dia mula terbayangkan warna warna pelangi dan bunga-bunga yang berguguran.

9 komen:

yg_indah said...

haha macammana aman tau waktu period?

sharamli said...

amb0i. sakan nak urut2 per0t.

BonekadalamChermin said...

itu je?









bai.

Pegawai Khalwat said...

Bahaya urut perut. Takut lajak urut lain.

abdul azim b mohamad isa said...

ending yang superb.. =)

Imran Zainal said...

aku nk gelak..hahahah

Anonymous said...

Hahaha.Urut perut?

aloy_paradoks said...

Yg Indah:
entahlah...

sharamli :
baru la sayang.

Boneka :
tak faham la tu..

Pegawai Khalwat :
gua tak terfikir ke situ pulak.

Abdul Azim :
gua ikhlas ni..

Imran Zainal :
eh ini bukan komedi,, ini romentik.

Anon :
ye....

zircon_mono said...

wujud m'sia cmni?adeh!