26 April 2011

Prolifik

14 hari pengambaran Filem Kontradiksi sudah selesai. Tidur tanpa henti selama 3 hari dah dilakukan sebagai mengantikan hari hari sebelumnya yang penuh dengan keringat. Kini Kontradiksi dalam proses editing, dijangka filem yang berdurasi lebih kurang 1 jam suku ini mengambil masa lebih dari 2 bulan untuk kerja kerja studio. Jadi kalau kami berjaya dengan usaha ini ia akan menemui penonton pada awal tahun hadapan. Lambat lagi kan? ye la, ingat ini macam buat tapai ke?

Sambil-sambil tu gua nak bentang budget pada finas untuk satu filem pendek. Kalau dapat gua nak shoot filem pendek tu time bulan puasa nanti. Saja nak cabaran lebih. Baru la terasa nikmat masa berbuka nanti, dan duit production tu boleh buat beli juadah berbuka puasa. Amacam? gempak tak idea penyaluran duit tu?

Sambil-sambil tu jugak gua sedang menulis satu buku yang akan diterbitkan oleh satu penerbitan indie ni. Kalau berjaya siap pada waktunya insyaallah akan terbit pada bulan oktober tahun ni. Kali ini gua menulis secara solo tanpa rakan-rakan penulis dari Burgermpak. Kita tunggu dan lihat, kalau berjaya terbit maknanya rajinlah gua. Kalau tak berjaya pulak maknanya itu kemalasan gua lah punya angkara.

Untuk teater pulak pada bulan september nanti adalah gua berlakon disamping Fazleena Hishamudin dalam sebuah teater arahan Fasyali Fazdly. Itupun kalau dia berpegang pada janji dan gua tak langgar kontraklah. Kalau tetibe James Cameron Diaz offer gua jadi hero dalam filem King Kong yang terbaru tu nanti maknanya gua kene fokus pada tu dulu la.

Oleh kerana gua seorang yang bernafsu liar. Maka hujung tahun ni akan terbit sebuah teater "Perempuan-Perempuan Yang Disayangi Oleh Gua". Antara pelakon yang dah setuju setakat ni Fazleena Hishamudin, Nadhirah Hashim dan Shery Abdullah yang belum tanda tangan kontrak lagi.

Untuk projek 11 pulak gua tak lupa. Nanti-nanti gua gerak lah nak cari sponser.

Jadi untuk sekarang ni, sapa nak ajak gua keluar dating boleh lagi.

K/K : amacam? Prolifik tak gua?

4 komen:

FareeZan said...

blahla lu.hate u

fazleena said...

siapkan skrip cepattttttt. :)

@tune® said...

kalau buat buku...kerajaan bg peruntukan n loan kn?

yg_indah said...

errr prolifik tu apa? huhuh