10 April 2011

Hari ke 6 - Kontradiksi

Hari ini sudah 6 hari Kontradiksi memulakan pengambaran dengan satu hari cuti. Gua pun tak tau apa pasal gua nak tulis benda tak berfaedah ni dekat sini, padahal bukan ada mendatangkan apa apa kesan pun dalam hidup lu orang yang membaca ni. Mungkin, mungkin tak ada faedah dan mungkin juga ada faedah. Faedahnya mungkin kalian tak duga dan jangka, sebagai contoh anda meluangkan 5 minit atau lebih untuk membaca entri ni maka anda lambat untuk keluar rumah selama 5 minit. Dan kerana 5 minit itu kereta anda tak jadi bertembung dengan sebuah kereta yang melanggar isyarat lampu merah. Maka faedah anda terselamat dari kemalangan kerana terlambat keluar rumah akibat membaca entri ni. Gempak bukan, ia faedah yang kita tak terduga dan kita tidak akan sedar. Hahahahahha.

Mengarahkan sebuah filem cabarannya berbeza berbanding mengarahkan sebuah teater. Teater bagaimana membentuk pelakon untuk bermain dengan emosi, pengkelasan mood dan bloking. Kemudian habis dibahagian itu masuk ke bahagian tatacahaya dan aku pula memang tidak pernah memikirkan tentang segala macam kostum dari dulu.

Untuk filem ini bermain dengan bloking itu kita gantikan dengan kerja kamera. Dan sudah pasti kerja kamera itu merumitkan kerana ia melibatkan penataan cahaya dalam masa yang sama. Keduanya antara teater dan filem merumitkan dalam cabangnya yang berbeza. Namun pengarah filem itu boleh mengarah teater aku rasa, dan pengarah teater itu boleh mengarah filem, asalkan dia ada sedikit ilmu antara kedua bidang itu. Kerana walaupun pada dasarnya sama, mengarah lakonan tapi ada perbezaan yang ketara. Tetap menyampaikan cerita tetapi medium yang berbeza membuatkan cabarannya berbeza.

Keduanya sukar, jadi lepas ini jika ada orang teater yang mengatakan membuat filem itu tidak sesukar teater kerana ia dibantu oleh aspek kamera dan audio untuk membantu mood penonton terus menonton aku sama sekali tidak setuju. Kerana yang kelihatan menyenangkan dan membantu itu sebenarnya cabaran terbesar.

3 komen:

Pegawai Khalwat said...

Ya memang begitu. Pernah juga buat short film tanpa pelakon. Dan buat suntingan juga meletihkan.

mamai said...

sorry bro gua tak berkesempatan tuk melihat tapi pasti wa akan support

heri said...

mampir mas mbak