Nak tahu hujung pangkal baca ni:
Part 1
Part 2
Part 3
Tenghari beberapa hari pada beberapa minggu yang lepas, aku makan tengahari di sebuah Restoran bernama, erm bernama, bernamaaa.. Ah aku tak ingat namanya. Tapi dia restoran dan ada menyediakan makan tengahari. Seperti mana-mana kebanyakan restoran di negera ini dan beberapa negara lain, restoran itu mempunyai televisyen dan pada ketika itu dia memasang televisyennya itu.
Eh silap, aku lupa. Aku rasa aku tak makan tengahari masa tu. Tapi kalau tak silap aku sedang berada di rumah seorang kawan atas satu urusan perbincangan. Makanya cerita makan tengahari di atas boleh saja anda abaikan kerana itu adalah fakta yang salah. Fakta yang benar adalah disini.
Namun sebentar, aku masih tidak pasti. Dimana sebenarnya kejadian ini berlaku. Dimana.. dimana.. erm dimanaaa.. dimana ye? Oh tidak mengapa? sama ada dirumah kawan aku atau di restoran itu adalah tidak penting, mungkin saja di Restoran itu, atau mungkin saja di rumah itu. Cuma yang pastinya ketika itu aku sedang tertonton satu saluran TV yang sedang menayangkan sebuah rancangan ala-ala berita.
Tiba-tiba tanpa aku sedar muncul seorang wanita di imej kaca tv itu. Aku seperti tidak sedar dan imej itu hanya sekali lalu di fikiran aku, kerana sungguhpun aku sedang menonton tv ketika itu tetapi fikirannya pastinya lebih jauh dan berfaedah lagi. Namun tiba-tiba wajah itu menjadi perhatian ku setelah beberapa ketika dia berkata-kata di kaca TV. Semakin lama semakin lain benar wajah yang kulihat di TV itu. Kuamati, rasa-rasanya seperti pernah kukenal. Untuk memastikan itu dialah yang sebenarnya aku merapatkan diri ke kaca TV. Ya, sahih! wanita yang sedang petah berkata-kata itu adalah SARAH!
Seingat aku, aku hanya tersenyum sinis ketika melihat Imej di kaca TV berkata-kata. Bukan butir bicaranya yang kudengar lagi. Tapi beberapa bait-bait patah yang pernah keluar dari bibir mungilnya dulu yang bermain di gegendang telinga ku. Kotak ingatan ku segera ligat berputar memainkan kembali cakera padat lama yang telah berhabuk itu.
Malam itu sebaik aku mahu membaringkan kepala ku di pembaringan, telefon ku berbunyi "bit... bit" tanda ada mesej baru ke terima. Itu mesej dari Sarah.
Katanya dia mahu bertemu dengan aku, dan untuk itu apa katanya jika keluar makan bersama atau minum petang. Hehehehehe. Aku cuma senyum-senyum sendirian. Namun kali ini terlalu berat hati aku untuk mengatakan tidak. Maka minum petang keesokkan harinya adalah pilihan aku. Lewat petang itu dia menyatakan dan menceritakan apa yang dilakukannya sejak akhir-akhir ini. Cuma kata ku dalam hati "maaf, aku sudah lama tidak menonton TV".
Sarah gengam tangan aku, dia separa menangis namun tidak sampai begitu. Cuma nadanya ada getar-getar, katanya "Sorry". dan tambahnya lagi "I realy miss u". Dia mahu kembali pada aku lagi jika aku sudi menerimanya. Arhh aku bingung, bingung. Apa harus aku lakukan ketika ini. Aku pejamnya mata rapat-rapat untuk membuat dan memberi jawapan itu. Saat itu kegemgam erat tangannya dan kurasakan dia juga begitu. Aku kembali merasakan hangat, lembut dan halus jemari itu, jari jemari yang sekian lama aku rindukan. Lastas perlahan jari itu aku ramas.
Ku buka mata perlahan-lahan, semakin lama kurasakan gemgaman Sarah semakin longgar dan lemah. Sebaik mata habis dibuka, tangan Sarah sudah Sirna. Tapi Sarah sedang rancak bercerita di Kaca TV, Sarah masih bercerita di TV. Ku amati wajahnya. Dan sejurus itu siaran itu, rancangan itu segera bertukar imej baru dengan cerita yang lain pula. Itu adalah Sarah sebentar tadi. Dia nampaknya sudah menjadi seorang selebriti. Dan aku....
3 komen:
Pungguk rindukan bulan.
Enggang dan pipit.
Gagak dan bangkai (boleh pakai ka yang ni?)
Sarah Raisudin?
kne hensem cam shuib baru bole dpt sarah
23 mac? cuba check balik. 29...
Post a Comment