22 March 2011

Rumah Anai-Anai

Petang tadi aku ke Rumah Anai-Anai di Tasik Shah Alam. Sebuah kiosk kayu yang dijadikan studio merangkap rumah milik Aishah Baharudin. Aishah merupakan seorang artis (pelukis) yang aku kenal secara tidak sengaja melalui seorang kawan kira-kira beberapa tahun yang lalu. Selain bergerak sebagai pelukis Aishah juga dikenali sebagai "performance art artis". Pernah sekali Paradoks kehilangan tempat untuk menganjurkan aktiviti baca puisi dan akustik. Tempat yang diberikan pada awalnya kepada kami ditarik balik kerana pihak berkenaan mahu memberikan ruang itu untuk tempahan mengadakan majlis perkahwinan disitu dari pihak lain.

Selepas putus idea untuk mencari lokasi baru, aku bersama teman Paradoks pergi menemui Aishah untuk meminta pertolongan dari segi lokasi. Itu bukan masalah baru katanya, badan yang menyelia tempat aktiviti seni itu yang sepatutnya membantu kami dengan penyedian ruang memang lebih gemar memeberi ruang itu untuk majlis-majlis perkahwinan kerana soal bayaran.

Jadi atas dasar dan nasihat dari Aishah kami adakan Majlis itu di tempat yang kami mahukan sebelum ini, cuma berubah ketempat yang lebih bagus dan cantik yang memang juga hak milik badan berkenaan. Ini tanpa kelulusan dan permit. Seperti aku duga malam itu semasa majlis sedang berlangsung, pengawal keselamatan datang untuk bertanya soal permit dan kelulusan. Dengan tenang aku jawab :

"saya kawan Aishah, nak surat nanti malam sikit.".. dan mereka pergi dari situ.

Jadi tadi, lagi sekali aku ke Rumah Anai-Anai. Dan kali ini minta pertolongan Aishah untuk Filem Kontradiksi shooting di situ. Seperti biasa, dia "boleh! datang la."

3 komen:

BonekadalamChermin said...

kewl.









p/s: lu apa kes blog tukar kaler pink??

Anonymous said...

aishah ni gua kenal masa dia buat komuniti jalan kempas lagi.

rumah dia dulu tu penah kena rush dengan jais.

Pegawai Khalwat said...

Wow pink!