Petanda baik untuk pementasan kali ini ada kesan balas yang positif dan negatif dari para penonton yang menyaksikan pementasan tersebut. Jika negatif tindak balas mereka bermakna aku masih hidup dan aku masih ada ruang lagi untuk memperbaiki hasil kerja yang akan datang. Namun aku tak pasti tentang itu, cuma dari sembang-sembang kedai kopi selepas habis persembahan bersama Fasyali dia ada berkata "aku akan tulis review, tapi bukan sekarang. Sebab kalau aku tulis sekarang esok tak ada orang akan tengok show kau". Fuh tu dia ayat neraka.
Lenny Erwan pula sebelum pulang juga berkata akan menulis review, katanya "tak apa lah kalau begitu pilihan kau Aloy. Ini bukan soal betul atau salah ye, tapi mana yang kau pilih. Dan kau memilih begitu". Katanya. Dan aku tak sabar menunggu kedua dua review dari pengkritik tegar teater tanah air ini. Kalau yang lepas dalam Hegemoni Fasyali katanya suka pada kejujuran aku dan konsep yang aku gunakan dalam berkarya mungkin saja yang kali ini dia kurang senang dengan aku. Lenny Erwan pula mungkin punya pandangannya yang tersendiri berbeza dari Fasyali.
Syahrul Fitri Musa pula aku tak sempat berbual dengannya kerana habis persembahan malam sabtu aku perlu segera ke Rumah Pena kerana sudah berjanji dengan Nazri M.Annuar untuk melalukan open mice disana. Nazri M.Annuar dari komen beliau pula di kedai kopi beliau tidak bersetuju dengan Amar Amir yang katanya aku "potong mood" penonton apabila perasaan sedih terus diganti dengan "mood" yang terlalu gembira dalam "battle Randai". Kata Amar Amir dia tak puas melayan rasa sedihnya dan terpotong dengan adegan gerakan randai yang terlalu kontra dengan perasaan sebelumnya. Menurutnya lagi perasaan penonton yang baru hendak dibuai ketika terus dikejutkan secara drastik. Pada aku kata Amar Amir itu memang benar. Namun Nazri M.Annuar tidak sependapatnya dengannya kerana padanya "Battle Randai itu adalah simbol kegilaan bila mana semua pemain menjadi terlalu gembira dan bermain-main. Maka dilihat pada scene seterusnya satu demi satu kegilaan watak makin terserlah. Jadi battle Randai itu adalah simbol terhadap apa yang akan berlaku. Dan jawapan aku ye, Battle itu adalah kemuncak dalam permainan randai dan selepas ini semua kegilaan watak makin menggila.
Ada beberapa komen di luar panggung dari beberapa penonton lain mengatakan "sudah terbuka matanya". Dan ada yang mengatakan RM20 itu agak mahal, mungkin perlu harga pelajar. Mungkin ye RM20 itu mahal, dan ada yang kata RM20 sangat berbaloi-baloi antaranya Saudara Nizam Yamin. Namun ada juga beberapa penonton yang mengulang untuk menonton kembali persembahan. Jaja Kadir aku tak sempat berbicara kerana dia mahu segera pulang dan aku juga sedang mengurusi perkara lain ketika itu. Wahab Hamzah dan Zakaria Ariffin tak berkata apa apa. Mazlan Tahir dan Pn Umi aku boleh jumpa mereka secara peribadi untuk mendengar kritikan mereka. kata Pn Umi "kita tunggu dalam Kelas". Mazlan Tahir diam diam senyum.
Ini beberapa komen dari penonton yang post di wall facebook aku. Mungkin pada kalian apalah sangat kerana mereka bukan ilmuan teater, namun aku menghargainya :
"aku suka jalan cerita nya, kehidupan, sex dan kepercayaan yg merocok-rocok
kalau tak nak di tipu jangan menipu - KARMA" - Fajar Maudlana
"Simple, Steady and Style. Sapa yang tak pi tengok, MEMANG RUGI. haha. yeay!"
-Azreen Yusof
"Merocok-rocok. The Bestla!..Berbaloi-baloi" - Dayangku Siti Afizah
"tersentuh dengan Merocok-rocok" - Zulhabri Supian
"merocok- rocok tadi...ternangis aku" - Piko Ija
"Merocok - Rocok ? Show yg terbaik ! xD" - Shamil Shahlan
"Tahniah! Persembahan Merocok-rocok terbaik!" - Sydo Al-Habshi
"the theater was really great man ;)
ten thumbs uppppp ;)" - Zarith Shaufa
Terima kasih kepada para penonton dan pengkritik, kepada adik adik sekolah yang kumpul duit belanja sekolah untuk menonton merocok rocok. Terima kasih banyak atas sokongan. Terima kasih kepada penonton dekat, penonton jauh yang datang dari luar Kuala Lumpur seperti Kedah, Kuantan dan lain lain.
Terima kasih tak terhingga kepada para pelakon dan seluruh team produksi. Apa apa keputusan yang aku buat itu adalah demi kepentingan persembahan dan group. Terima kasih atas sokongan.
5 komen:
Maaf tak dapat hadir menontonnya. Aku ada urusan di luar negara ketika itu.
komen gua harap tak sebut?
FINE!
fuck you!
Pipiyapong :
ye,, terima kasih atas kuntuman bunga yang ada kirimkan utk team merocok-rocok...
Anonymous :
ha? Anonymous?
salam. mau komen di sini ya.
haritu saya gi nonton dgn azreen. keesimpulannya merocok-rocok mmg suatu play yg segar dan berbaloi untuk harga rm20. tema menarik, jalinan jalan cerita digarap dengan hampir kemas, dan pelakon pun nampak sangat menghayati watak masing-masing.
rm20 mmg sangat berbaloi. keep it up.
Arghhh... tak dapat tengok show hang.
Anyway, kalau tak ada kritikan, tak ada maknanya buat show syok sendiri.
Aku pun tertunggu komen neraka Fasyali dan komen padang mahsyar Lenny.
He he he...
Post a Comment