Semenjak dua menjak ni gua dah jarang jarang post cerita pendek dekat sini. Kalau nak cerita pendek beli je la buku BurgermpaK tu. Sebab tiap kali gua nak taip tulis entry baru tiap kali tu gua diserang oleh Esbobon Esbebet. Semenjak dua menjak ni gua dah jarang jarang berbahasa "lu gua, lu gua". Gua dah pandai simpan rambut pendek. Dah pandai pakai seluar tak koyak koyak, dah pandai berbahasa "saya, aku". 3 hari lepas masa dalam Hutan Fazleena Hishamudin kata pada gua.
"Aloy janganlah berubah sangat, jadi la macam dulu balik. Tak payah la mainstream sangat"
Erm... gua diam. Tataw nak cakap apa,,, hahahhahaha.
Paradoks dah hampir 2 tahun ditubuhkan. Baru je lagi. Bak kata orang tua umur baru setampuk pinang. Bermula pada 28 March 2009 disebuah rumah yang sempit dengan event pertama yang dihadiri kira kira 50 orang. Gua ingat lagi tu, benda ni akan jadi sentimental pada gua dan budak budak paradoks lain sampai bila bila, sampai dia orang hilang ingatan atau jatuh gila. Malam tu tak ubah macam malam perjumpaan sebuah kumpulan sesat agama. Berkumpul dalam gelap, kalau kalau JAIS datang time tu dah sah sah gua kene nikah dengan salah seorang dari tetamu yang datang. Tapi audien itu malam memang stylo la, event ntah apa apa diaorg support jugak sampai habis.
Ini sekali lagi gua bukak cerita ni sebab dah nak masuk tahun baru 2011. Macam sebelum ni gua dah target apa Objektif PARADOKS tahun ni. Bertarikh 27 hb 12 2010, PARADOKS yang selama bergerak aktif secara Indipendent telah berdaftar secara sah sebagai PARADOKS PRODUCTIONS. Masa nak tunggu keputusan nama yang dipipih tu keluar, gua nerves sebab takut kalau kalau nama PARADOKS telah digunakan oleh Syarikat lain, dan gua memang tanak guna lain selain PARADOKS. Tapi nasib baik tak ramai ahli perniagaan di Malaysia yang suka membaca maka nama PARADOKS itu masih available.
Januari : Dalam perancangan mungkin akan shot filem digital hingga selesai.
Febuari : Projek Teater EKSTRA Skala 3 akan dijalankan dengan teater bertajuk "Merocok - Rocok". Dan kalau sempat juga PLORE skala 3 akan kembara ke kuantan.
March : Satu lagi projek Teater Kolaborasi antara PARADOKS dan group lain akan dijalankan
April : Mempersiapakan untuk event bulan May.
May : Satu PESTA seni yang TergemparK gabungan PARADOKS, Sindiket Soljah, FRINJAN dan UYA! akan diadakan di balai seni lukis negara. Cadangan setakat ini event dilansung selama 3 hari 3 malam. Kali ini Gua positif ia akan berjaya setelah rundingan kami yang terdahulu untuk membuat woodstock selama seminggu terbantut.
Event Pertama MIMPI Skala 1 Di Rumah Flat
PLORE Skala 1 / 12.12.09
Lorong Seni 1 PEMENTASAN NAUTIKA
Dah lupa apa benda ni..
Astro My Story
MIMPilem Fasa 2
Pelancaran Zine BurgermpaK
Pelancaran Buku BurgermpaK
PLORE Skala 2
PLORE Skala 2
Jalan Mati











