30 November 2010

Selepas berhempas pulas dengan Randai(persembahan primitif kata Sufian Abas), berhempas pula dengan Arms And The Man karya Goerge Benard Shaw atau setelah diterjemahkan menjadi tajuk Pelarian Perang.



Terjemahan & Arahan :
Ahmad Yatim

Lakonan :
Aloy Paradoks - Major Sergius Saranof
Roydy Rokidy - Kapten Blunchli
Siti Surya Suryani - Raina
Amelia Aziz - Catherine
Haf Dzi Sofi - Major Petkof

Sinografer :
Imran Yusoff

Tarikh : 3,4 dan 5 Disember 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Panggung Ekperimen ASWARA
Tiket : Dewasa(RM10) Pelajar(RM5)

24 November 2010

Si Guni Kerang

Atuk aku kerjanya kelaut, kalau tak laut ke hutan mencari meranti. Bila dah tua tua aku aku tak kelaut tengah lagi. Tapi ketepi laut atau orang cakap pesisir pantai dalam bahasa minangnya. Kalau musim siput banyak, atuk aku akan meranduk paya bakau mengutip siput sedut yang memanjat di di pokok pokok kayu. Kalau musim ikan belanak dengan sembilang banyak dia akan pasang bubu dekat tepi laut. Dia kalau buat bubu jangan cakap la,, memang kejap dan kukuh buatanya. Tapi satu benda yang tak bermusim ialah kerang, kijin atau lala.

Opah aku pulak kerjanya macam macam jugak. Kalau pagi dia mencari kerang, petang dia akan mengambil daun mengkuang untuk dibuat tikar mengkuang, malam pulak membuat tempe. Tapi ntah macam macam lagi la dia buat. Banyak sangat kalau nak cakap. Aku nak cerita ni satu hari Atuk dengan Opah berganding bahu mencari kerang di tepi laut. Keluar rumah jam 8 pagi lebih kurang.

Dan bila sudah tengahari itu tanda masa berhenti mencari kerang dan pulang makan nasi. Kerang sudah ada seguni, apa lagi nak. Itu semua duit tu kata orang kampung. Sampai aje di motor, atuk aku terus naik hidupkan enjin, opah aku pulak angkat guni kerang letak di belakang. Lepas letak guni kerang Opah aku pulak siap siap nak naik motor, Atuk aku pulak rasa je motor tu dah berat dia terus pulas minyak motor jalan..

Opah aku tadi tercengang cengan usha atuk aku laju je menonong bawak motor kedepan.
Dalam perjalan atuk aku macam biasa, berborak, bercakap itu ini. Komen hutan sana dah makin banyak meranti, nanti nak jual kerang dekat pasar. Borak punya borak dia sampai kawasan kampung. Orang kampung kiri kanan jalan semua dok tengok apehal orang tua ni cakap sorang sorang atas motor. Dia pun pelik jugak apa kene semua orang dok tengok dia semacam je. Tapi biase la, taiko kampung, sape berani sound.

Sampai je di laman rumah atuk aku berhenti kan motor tunggu Opah aku turun.
Tapi Opah aku turun turun, dia makin pelik. Sudah sudahnya dia cakap.
"Ha? apa tunggu lagi. Turun la"
Erm diam tak ada jawapan. Tak jugak turun turun. Lagi sekali dia cakap sambil pusing belakang.
"Turun la"
Haram tak ada sape kat belakang.. Dari tadi dia dok bersembang dengan guni kerang je.

Datang balik ke tepi pantai, dari jauh Atuk aku tengok Opah tengah menung sorang sorang duduk atas batu. Atuk dah sengih sengih tahan gelak. Pedajal punya orang tua.

15 November 2010

Ini Kisah Gembira Tentang Seekor Lembu


Setelah berhempas pulas, bersusah payah mendayung sampan untuk kesekolah, memanjat gunung mencari akar kayu, mudik ke hilir menongkah arus, akhirnya UYA dengan Kerjasama PARADOKS berjaya menerbitkan Buku BurgempaK... Kolaborasi Tulisan Aloy Paradoks, Rayza MukMin dan Bias.

BurgempaK akan dilancarkan di Butik UYA Distro Sek 15 Subang Jaya pada 18 Disember 2010. Untuk mereka yang berminat membuat tempahan awal dan membeli naskah ini sila teruskan email kepada :

weareuya@gmail.com atau
sms no ini : 017-2886620 (Mr Nizar)

Setiap Naskah berharga RM 20

Akhir kata :
Ini Buku Gembira - Luca DK (Penerbit)

11 November 2010

Abang Fikri

Aku memang spesis manusia yang kalau pergi mana tak bawak dompet, apatah lagi nak bawak kad pengenal atau memiliki lesen memandu. Selasa, aku dari Shah Alam menuju ke KL. Naik motor dan ikut motor. Dalam beg aku membawa 20 keping CD Soundtrak Teater Hegemoni untuk diberi kepada pembeli di sekitar KL.

Aku : Alamak bang, dompet tak bawak la.
Polis : Macam mana ko ni, boleh tak bawak dompet pulak.
Aku : Ha tu la, ntah macam mana tinggai pulak, pelaq sungguh.
Polis : Habis tu macam mana ko nak isi minyak ni kalau minyak habis.
Aku : Nasib baik ada 5 ringit lagi ni dalam poket, harap ni je la.
Polis : Nak pergi mana?
Aku : Pergi Shah Alam.
Polis : Ha? bukan Shah Alam belakang sana ke?
Aku : Eh silap! Ha tu la,, saya ni ada darah gemuruh bila tengok orang hensem hensem ni. Ramai pulak tu. Ingat tanya dari mana.. saya dari Shah Alam nak ke KL.
Polis : Ye la ko ni. Rumah ko ni mana?
Aku : Cheras! Ni tadi jumpa kawan ada hal nak bincang.

Polis : Ni keris apa pulak ni?
Aku : Eh jangan usik bang. Bahaya ni.
Polis : (muka berubah merenung keris) ye ke?
Aku : Eh takdelah, ni untuk berlakon randai ni.
Polis : Ha?
Aku : Randai ni kira macam teater tradisional la, asal dia dari daerah padang di Indonesi, dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh perantau minangkau pada abad ke 14. Teater ni syok la bang, dia menggabungkan unsur silat dengan lakonan. (sambil membuat gerakan gerakan randai dengan tangan)
Polis : Habis keris ni nak buat apa?
Aku : Nak buat berlakon la.
Polis : Ni salah ni bawak senjata.
Aku : tu la,, saya selalu terperangkap dalam situasi macam ni, tapi saya ni orang baik. Tak pernah ada rekod jenayah.
Polis : Ko nak tido lokap ke?
Aku : Eh tanak la, abang nak?
Polis : Ah ko ni memain pulak. Dah la salah bawak senjata.
Aku : eh tak salah bang, saya nak berlakon je, kalau abang tak caya saya berlakon, dia ada satu lagi skrip bang, teater klasik, Tajuk dia Arms And The Man, main 3 minggu lagi, kalau nak saya boleh bagi tiket dekat abang, asalkan saya boleh jalan.
Polis : Tanak la, aku bukan tengok teater pun.
Aku : Ui, tiket teater bang mahal bang, rugi bang.

Polis : Habis ni nak kira macam mana ni? dompet apa pun tak bawak.
Aku : Saya dompet mmg tak bawak, dalam beg penuh dengan cd je. Ha ini album saya bang, Soundtrak Teater Hegemoni. Mahal ni bang.
Polis : Best ke lagu ni.
Aku : Ui best bang, ni sikit lagi penyanyi dia top ni bang. meletop dia sikit masa nanti.


Aku meneruskan perjalan dengan membawa baki 19 keping CD Soundtrack Teater Hegemoni.

08 November 2010

Manis Bertudung Merah Yang Comel

Dah lama aku bercadang nak tulis sesuatu mengenai teater kanak kanak ini, tetapi tak jadi. Untuk pengetahuan aku tidak terlalu banyak menonton teater kanak kanak, tetapi tidak juga terlalu kurang. Maka aku boleh mengatakan teater Kanak Kanak Manis Bertudung Merah arahan Marlia Musa (Puan) baru baru ini merupakan teater kanak kanak yang terbaik pernah aku tonton. Aku berkata begitu bukan kerana Marlia Musa adalah orangnya dan bukan juga kerana dia adalah Cikgu aku. Tetapi memang kerana persembahan itu. Namun sebaik mana persembahan itu pun tetap ada sesuatu yang boleh diperkatan untuk menjadikan ianya lebih baik mungkin. Namun jika pengarah mengatakan sudah cukup baik segalanya, aku pula suka mengatakan ia persembahan yang baik dan menarik namun ada beberapa perkara yang mungkin perlu diberi sedikit lagi penekanan. Dan mungkin dia bersetuju dengan aku dan mungkin tidak.

Samada ada betul atau tidak aku yakin keseluruhan penonton yang datang menyaksikan persembahan pasti akan bersetuju jika pembuatan set amat baik dan bagus, menarik dan cantik. Secara psikologinya penggunaan warna pada binaan set adalah sesuatu yang menyenangkan dan sesuai. Dari segi binaan pula ia juga adalah bersesuai dimana binaannya adalah dalam konsep bulat bulat. Kenapa bila bulat aku katakan sesuai, pertama kerana yang bulat itu comel. Dan begitulah kanak kanak, mereka comel dan tertarik kepada benda benda yang sebegitu. Pernahkan kalian terfikir kenapa siri animasi seperti Doraemon itu fizikal bulat, Nobita itu kepala bulat dan perhatikan beberapa siri animasi lain yang mengambil konsep yang sama.

Aku menonton pada hari terakhir persembahan iaitu pada siang hari ahad, selepas malamnya sabtu sebelumnya aku sibuk dengan MIMPilem. Sengaja aku memilih untuk menonton pada hari persembahan terakhir kerana aku mahu melihat persembahan yang terbaik yang sudah mereka kesan jika ada kesilapan pada persembahan persembahan sebelumnya. Dan aku jika mahu boleh saja melihat lihat proses pelaksaan mereka ketika membuat set atau menonton sesi latihan mereka di bangunan Ekperimen Teater itu, kerana memang hari hari aku lalu lalang situ pun kalau nak ke kafe ASWARA. Tapi aku tahan diri aku agar aku merasa istimewa (suprise) pada kali pertama melangkah ke dalam panggung nanti. Dan aku merasa itu, aku merasa suprise itu walaupun sedikit dikhianati. Dikhianati maksud aku disini adalah sebelum ini aku sudah mendengar desus desus mengatakan setnya gempak. Tapi itu membuatkan aku lebih menaruh harapan yang tinggi sebenarnya, dan mujur harapan itu tidak musnah bila melihatnya secara nyata. Tahniah atas kerja kerja set dan props.

Perkara yang terpaling aku suka apabila seperti mana mana persembahan kanak kanak yang lain, ia digalakkan untuk melibatkan penonton khususnya kanak kanak kedalam persembahan itu. Kebanyakannya aku tonton pengarah akan membuat pelakon itu bertanya kepada kanak kanak yang ada didalam panggung untuk menjawab beberapa soalan untuk merungkaikan kekusutan yang sedang berlaku. Contohnya soalan seperti "arah mana pencuri itu pergi" atau "siapa yang sebenarnya pencuri" akan ditanya dan anak anak akan menjawab bagi membantu pelakon. Tapi kali ini Marlia membawa lebih lagi dengan pelakon menjemput kanak kanak seramai yang mungkin untuk masuk kedalam ruang lakon dan sama sama menghuraikan kekusutan itu. Pada tika ini kanak kanak yang supportif amat diperlukan untuk membantu babak itu menjadi menariik dan pada hari itu mereka bertuah kerana anak anaknya sangat sangat membantu malah bersungguh sungguh pula tika menjawab teka teki dan mencari barang. Aku suka kepada idea itu dan ia adalah sesuatu yang manis. Tapi disini juga aku mengesan babak itu akan lebih bagus jika pelakon melakukan lebih latihan. Disinilah bahagian yang aku katakan perlu diberi penekanan lagi itu.

Maksud aku begini, apabila penonton kanak kanak itu diundang masuk kedalam panggung secara jujurnya pada awal mereka tak tahu apa yang harus dibuat. Maka bimbingan dari pelakon yang sedia ada adalah amat amat diperlukan. Aku melihat ada bimbingan dari pelakon namun ia agak kurang dan ada antara anak anak itu yang tercenggang tak tahu apa hendak dibuat pada awalnya. Pelakon secara lebih perlu untuk menolong memprovoke kanak kanak itu untuk melakukan sesuatu. Ada yang terlepas pandang seolah olah anak anak itu sudah tahu apa hendak dibuat tanpa dibimbing untuk kemana dan untuk berbuat apa, namun mujur anak anak itu memang supportive dan itu menggamatkan lagi persembahan dengan keletah mereka.

Walaubagaimanapun Si Manis Bertudung Merah tetap antara teater kanak terbaik yang pernah aku tonton. Mungkin ada yang lebih dari itu, tapi kebetulan aku tidak menonton. Dan mungkin selepas ini ada yang lebih baik. Maka Si Manis Bertudung Merah akan menjadi teater kanak kanak kedua terbaik yang pernah aku tonton. Dan selepas bertahun mungkin ia akan berubah. Syukur teater ini tidak terlalu meleret leret, tidak berhujah dengan nasihat nasihat, tidak membosankan, dan tidak memualkan hingga kita bertanya bila mahu berhenti. Ia berhenti tepat pada masanya.

P/S : Oh ye,, Marlia Musa itu orangnya Comel juga. Mahu saya memanggilnya "Hai Comel"

Untuk melihat gambar sila klik SINI dan SINI

03 November 2010

Jauh Di Mata Dekat Dihati


Begitulah adanya bukan? dekat dihati tapi jauh dimata. Namun usah khuatir kerana anda masih juga bisa mendapatkan Soundtrack Teater Aloy Paradoks yang menampilkan Roy dan Arrif Fardillah melalui sistem kiriman pos. Walaupun dah tak ada yang buat sistem jualan semacam ini, namun kita adakan juga agar semua orang bisa menikmatinya.

"Soundtrack Teater Aloy Paradoks" Ost Hegemoni dan Nautika.
Harga RM 15

Caranya :

1 )anda perlu memasukkan jumlah pembelian berharga RM 15 untuk satu unit kedalam akuan "162106643254" Maybank. (syairazi bin kamarudin)...
dan ingat anda perlu menyimpan resit urusan traksaksi tersebut.

2 ) kemudian anda akan menghantar mesej telah memasukkan duit untuk pembelian OST Teater untuk berapa unit, dan nyatakan masa dan tarikh yang terdapat pada resit tersebut di no 012-6293327. Dan seterusnya kami akan memeriksa traksaksi itu melalui internet. Dan menghantar CD anda secepat mungkin.

Jelas dan mudah bukan? Bayar melalui akuan tertera dan kami kirimkan CD anda.