30 July 2010

PLORE Skala 2 Esok?


Esok PLORE Skala 2? Kene Datang Ke?

27 July 2010

HEGEMONI bukan drama aksi yang sarat dengan adegan adegan perangsang pembuluh darah, tidak ada carutan berbisa untuk menyampaikan maksud (maaf). Ia sekadar naskah biasa yang ditulis sekadar untuk mengangkat isu yang berlegar kuat di negara kita sekitar awal 90an iaitu dadah.

Ia mencengkan jiwa setiap pemujanya hingga rasanya tak mahu berhenti. Setelah mereka terseksa mata segera terbuka namun kaki, tangan, seluruh tubuh dan jiwa diikat kuat. Terpaksa memuja walaupun tanpa rela kerana hanya itu nikmat hidup yang ada.

-dedikasi untuk semua bekas bekas penagih dan penagih, dan keluarga mereka yang banyak bersabar-

-Penulis/Pengarah

23 July 2010

City Of God


Gua tertengok filem ni secara tak sengaja, main random je pasang. Tapi bapak best nak mampos! Memang tak bosan la, kalau bosan itu tandanya gua perlu bersimpati dengan life lu orang. Gua dan lupa entah berapa cerita dia muatkan dalam satu cerita yang saling berkait kait.

Satu geng penjenayah remaja yang paling berkuasa akan ditumpaskan oleh geng budak budak kecik je, kemudian budak kecik tu akan jadi yang paling berkuasa dan apabila mereka remaja, ada pulak geng budak kecik lain yang bunuh mereka. Siot stylo, base on true story ni katanya.

Gua malas la nak tulis ilmiah ilmiah sangat, benda dah memang best, best la.


Giler lu, budak kecik ni ganas giler ni...


Budak kecik ni pun stylo ni, last last kene tembak.

dan jangan lupa tengok ini dan ini dan ini juga.... lagi stylo!

16 July 2010

Esok Lusa

(PARADOKS beraksi di)

1 . Hari Puisi dan Lagu Putrajaya
Tarikh : 18 Julai 2010 / 2.30 Petang
Anjuran : Kaki Teater Muda Putrajaya
info : Yusrikabinbahar.blogspot.com

2 . ASTRO MY STORY (FRINJAN)
Tarikh : 24 Julai 2010
Tempat : Solaris Dutamas MAP K.L
(Masih dalam perbincangan)

3 . GiGi Karat
Tarikh : 29 Julai 2010 / 8.30 Malam
Tempat : ASWARA
Anjuran : E.M.P.T.Y Space


4 . PLORE

Tarikh : 31 Julai 2010 / 3.00 Petang
Tempat : Persekitaran Pasar Seni
Anjuran : PARADOKS
Info : Facebook


5 . Teater HEGEMONI

Tarikh : 5 Ogos 2010 - 9 Ogos 2010 / 8.30 Malam & 3.30 Petang
Tempat : Stor Teater DBP
Anjuran : PARADOKS
Info : Facebook

15 July 2010

Ada Apa Dengan HEGEMONI ?

Tiada apa apa, ia tidak memiliki sistem CGI yang canggih mahupun 3D yang sentiasa membuatkan pembuluh darah anda teransang. Juga tidak ada kisah kisah remaja yang memandu kereta kereta mewah dan membuat aksi drif atau pemuda pemuda hensem yang menunggang motosikal secara berbahaya dan menjadi hero. Tak ada, semua itu tak ada.

Tidak ada falsafah yang berat berat hasil garapan penulis ternama, atau adegan aksi lasak yang mendebarkan juga tidak ada carutan carutan kasar untuk menyampaikan makna dan erti kesialan. Sudah lah semua itu tidak ada, dan tidak ada jugak pelakon pelakon popular yang saban bulan/minggu menghiasi majalah majalah hiburan terkemuka tanahair.

Jadi? Apa yang ada dengan HEGEMONI?

09 July 2010

Muksin Yang Hilang

Keadaan sudah tidak terkawal lagi. muhksin mengepal penumbuk. semua pelajar diam menikus.

"Kau!! kemari!" Tuding Muksin ke Usop yang duduk berteleku di hujung bilik darjah.

"Kalau sungguh aku bodoh! itu kebodohan aku, bukan kebodohan kamu" sambung Muksin lagi.

"Hei kau cepat kesini!" makin marah Muksin apabila melihat Usop diam tidak berganjak.

Mahu tak mahu perlahan lahan Usop mengatur langkah menghadapi Muksin, getar kakinya makin dirasakan, getar hati siapa saja yang tahu, rasa bagai mahu pecah jantung ini menahan takut. Tidak pernah mereka Muksin semarah ini. Mungkin kini benteng kesabarannya telah roboh.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ada di sini.

06 July 2010

CintaKu Sampai Ke Etopia

"awak ingat saya nak sangat berlaki kan awak dulu?"

marah benar Zainab kepada Hamdan malam itu. Punca asal usul pergaduhan kecil sahaja, bermula dari Zainab ditegah dari terus membasuh pinggan dan diajak menonton wrestling. Bukan Hamdan sengaja mengada ngada, namun sesekali hendak juga menonton wrestling bersama isteri tersayang. Bukan apa sudah agak lama mereka tidak berdua duaan dan sementara kesempatan yang ada semasa Rahim anak yang bongsu masuk PLKN ni lah masa untuk kembali berbulan madu. Hajatnya sesudah usai wrestling itu nanti bisa saja dia mempraktikkannya bersama selepas itu.

Bermula dari itu Zainab sudah merunggut dan berkeras mambasuh pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Pantang benar di bersenang lenang jikalau masih ada kerja belum diselaikan, rasa bagai berzina tak cium mulut katanya. Dari bebelan yang kecil terus kepada hal hal yang lebih rumit, contohnya Hamdan dari minggu lepas disuruh menebas lalang belakang rumah namun masih tega tidak berbuat apa apa. Dan merebak pula ke hal asyik melepak lepak di kedai Seman sampai santak magrib baru nak balik. Tersentuh pula isu seutas rantai emas yang digadai setahun lalu masih belum tertebus.

"habis kau fikir aku pun tergamak nak kawin dengan kau dulu?" bentak Hamdan pula.
"Habis tu buat apa awak kawin dengan saya" jerit Zainab.

Fuh macam berat je cerita ni, ni kalau sambung tulis ada yang bercerai pulak karang. Baik jangan sambung, tak elok la sampai ada laki bini bercerai berai. Stop!

05 July 2010

Bila Resah Ingat Saat Indah

Tu lagu Anuar Zain tu, dulu dia rambut panjang.. giler la stylo. Kalau nak sampai key tu ke herot sikit mulut. Bosan bosan bukak fesbuk jap, leh chat dengan member member.
Usha usha, cari mana mana yang leh buat borak,,, ah lagi bosan semuanya jantan. SignOut!

03 July 2010

HEGEMONI'A'

Hegemoni berasal dari bahasa Yunani yang berbunyi Hegemonia, pada awalnya ia merujuk kepada dominasi sesuatu negara kota Yunani ke atas negara kota yang lain dan juga ditakrifkan sebagai penaklukan yang bukan dalam bentuk kekuatan, tetapi kekuasaan.

Mengambil satu tafsiran terhadap idea Hegemoni iaitu "Suatu Kuasa Besar Yang Mengusai Kuasa Besar Yang Lain" maka skrip HEGEMONI terlahir. Sesuatu kuasa yang menguasai.