29 June 2010

Teater Fasa 2

Judul : HEGEMONI

Karya & Arahan : Aloy Paradoks

Membariskan :
Rayza MukMin
Fazleena Hishamudin
Amelia Aziz
Nurancang
Shyrudin
Nik Adam

serta pencahayaan oleh : Imran Yusoff

Bila ;
5 Ogos - 6 Ogos : 8.30 Mlm
7 Ogos - 8 Ogos : 3.30 Ptg & 8.30 Mlm
9 Ogos : 8.30 Mlm

Tempat ;
Stor Teater DBP

Tiket ;
RM 15

dan jangan lupa PLORE pada 31 Julai 2010

21 June 2010

PLORE Skala 2

Setelah diperkenan oleh para pemegang mohor "indie movement". Maka tarikh untuk menyambut PLORE bagi Skala 2 sesi 2010 jatuh pada :

31 Julai 2010,
bertempat di Persekitaran Pasar Seni
dari jam 3.30 ptg - 7.00 malam.

Setakat ini 28 org/kumpulan telah mengesahkan penyertaan mereka dan bersedia untuk sama berbusking dalam projek PLORE Skala 2. Namun jika masih ada yang berminat untuk turut serta pandai pandai la bagitau cepat cepat dekat gua melalaui facebook atau blog.

Setiap org/kumpulan akan membuat persembahan mengikut giliran, dan giliran itu akan diulang-ulang. (konsep : Jalanan)

10 June 2010

Lagenda Penoreh Getah

*pap!* seekor nyamuk di lenggan ditepuk mati!

Subuh itu tidak seperti subuh yang selalu lalunya, tiada langsung orang yang lalu lalang kecuali Shuib sendirian sahaja yang terbongkok bongkok dicelah celah lalang lalang kecil menorehkan pokok pokok getah yang bergetah.

Sambil asap rokok berkepul kepul keluar dari rongga hidung dan rokok gulung berbara dibibir menyala Shuib tekun meneruskan kerja.(entah kenapa apsal orang kampung je mesti hisap rokok gulung aku pun tak tau, padahal aku tengok atuk aku isap rokok Bensen je)

Tanpa disedari sepasang mata sedang memerhati tiap gerak geri Shuib sedari tadi, langkah Shuib diawasi dan menunggu masa yang sesuai sahaja untuk tubuh itu direbahkan ke bumi. Kerja kerja menoreh diteruskan, dan susu susu putih mula keluar meleleh di pokok pokok yang telah siap ditoreh, kini hanya tinggal serelung tanah sahaja lagi pokok yang belum dikerjakan.

*pap!* seekor nyamuk kenyang berdarah ditepuk mati didahi Shuib

"Apa ko ingat senang ke aku nak buat darah ni, ko senang senang je nak isap"
Getus Shuib kepada nyamuk nyanyuk yang telah arwah itu. Tiada langsung belas kasihan dihatinya terhadap nyamuk tua yang berhajat mencari rezeki itu tadi. Mayatnya kelihatan penyek dan nafas tersekat sekat menyedut udara terakhir sambil matanya bergenang dibasahi kesedihan mengenangkan anak kecil dirumah. lalu nyamuk tua mati kepasrahan.

*Suara Voice Over*

"Ya gunakanlah ubat nyamuk cap Fumakilo, tiada lagi gigitan nyamuk dan lakukan kerja anda dengan sempurna, Ubat Nyamuk Cap Fumakilo!"

Di Kaca TV gambar Shuib tersenyum sambil menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus sambil memegang kotak ubat nyamuk Fumakilo!

08 June 2010

Teater ; Meniru Kemanusia

Teater itu adalah peniruan, peniruan cerita, watak atau situasi dan diadaptasikan kedalam naskah. Didalam peniruan itu seringkali terjadi peniruan yang buruk sekali sifatnya. Benar tiada salah dan betul dalam seni namun ada cacat dan celanya. William Shakespeare pernah berpesan dan mengajar ilmu lakonan lebih dahulu namun sayang kerana ilmu itu tidak digali, katanya ;

"Ucapkanlah ayatku itu menurut teladan yang baik,
kerana jika terjerit jerit saja
lebih kupanggil Tukang Canang melaungkan
kata kata ku itu".

Kita tanpa sedar meniru kemanusian itu dengan buruk sekali hingga pelakon kelihatan bodoh di atas pentas. Dan pengarah menyaksikan arahannya itu dengan bangga sedangkan beberapa orang yang lain kelihatan jelek sebenarnya. Segala galanya ilmu telah disediakan tinggal kita untuk mencari saja, dan jika tidak mahu menggunakan ilmu yang ada kerana mahu mencipta satu ilmu baru, maka kaji dulu ilmu yang ada agar kita lebih mengetahui. Jika membabi buta jadilah seperti "Kita Bersorak Menang Tapi Seluar Londeh Nampak Punggung".

Amri Pergi Dating (1)

Amri : Awak nak order apa sayang?

Sofea : Erm ntahla, tak tau nak makan apa.

Amri : Erm nasi ayam nak?

Sofea : erm tanak la nasi ayam.

Amri : Mee Kari?

Sofea : Ala tanak la.

Amri : Ok U cakap U nak makan apa?

Sofea : erm ntahla I tak tau.. I ikut U je.

Amri : Nasi goreng?

Sofea : Ala jemu la.

Amri : Megi goreng?

Sofea : ermmm... lain la,, tak suka megi tau..

Amri : Yelah cakap la nak makan apa?

Sofea : I ikut je apa U order.

Amri : Nasi lemak?

Sofea : Ala.. tanak nasi nasi ni nanti I gemuk.

Amri : Mee Goreng lah..

Sofea : ermm tak best la..

Amri : Habis U nak apa ni?

Sofea : apa apa je la.

Amri : makan RASUAH nak!?!?

05 June 2010

Amri Melena

Keadaan dalam surau agak lenggang, memang sebenarnya lenggang pun sbb zaman sekarang ni mana ada orang nak pergi surau sangat. Amri membaringkan tubuhnya bersebelahan dinding. Amri melenakan matanya.

Sekejap Amri sudah terlena, masuk sepasang lelaki duduk duduk tak berjauhan dari tempat Amri melena. Sepasang lelaki berborak borak hal dunia itu ini bersoal jawab begitu begini. Dari hal pelajaran anak anak hingga ke insuran kereta yang dah nak habis dan fikir nak sambar kereta baru pulak dan merebak ke hajat nak cuba cuba berbini dua. Suara serak serak ala Salim dan bass ala ala Jamal Abdillah mengejutkan Amri yang melena. Terkejut saja namun bangun dia tidak. Amri cuba untuk melena lagi, dicuba berkali kali namun gagal dek terganggu oleh suara sepasang lelaki itu.

Amri : Sedara, boleh tolong senyap sikit. Ingat surau ni tempat berborak ke?

Sepasang lelaki diam termanggu manggu, namun seorang dari sepasang lelaki itu segera berkata.

Lelaki : Habis tu lu fikir surau ni tempat tidur pulak ke?