Cuma sesiapa yang nak join projek Lorong Seni di Putrajaya pada 14,15 dan 16 mei di Persiaran Perdana Putrajaya sila hubungi segera mungkin. Lu orang boleh join buat show secara jalanan dengan kami atau membuka gerai gerai jualan barang seni. Tapak adalah percuma.
Juga persembahan teater Tradisional disini.
Dan juga 10 hb Mei projek installation art "Ruang Kita" dijalankan di panggung "Black Box" ASWARA pada jam 8.30 malam.
29 April 2010
25 April 2010
Kek Hero
Masa kecik kecik dulu gua selalu stanby dalam 40 sen lepas rehat. Lepas makan nasi, air sirap dengan kacang sebungkus jadi la. 40 sen tu gua nak bawak pegi Alow masa balik sekolah nanti. Kedai Alow ni memang kedai peberet gua dalam kampung time tu. Satu hari kalau gua tak pergi boleh jadi barah lu tau. Merebak bermaharajalela bagai Hitler.
Dari 40sen yang gua stanby 10 sen untuk beli aiskrim pop yang jenis patah tengah. Gua suka ambik yang keras, kalau amik yang lembik cair tu cepat habis. lagi 30 sen gua akan beli kek coklat Hero. kek Hero punya penangan lu jangan cakap la, memang gempak habis. Satu batang ais krim pop dengan kek Hero menu wajib gua dalam perjalanan balik ke rumah.
Tetibe semalam gua teringat Kek Hero, gua pegi cari kat kedai buncit. Kek Hero, Kek Hero, Kek Hero, haram dah takda. last last gua ganti dengan cocopie, erm lebih kurang la.
K/K : http://pakatanparadoks.blogspot.com/

24 April 2010
Majalah Sekolah Dulu Dulu
Gua ingat lagi dulu dulu masa gua dalam cuti hujung tahun sekolah, time tu baru habis tingkatan 1 nak masuk ke tingkatan 2. Lan kawan gua pukul 8 dah tercegat dengan Asrul depan rumah gua. Apa kes time time cuti sekolah datang rumah gua awal awal, gua dah mula bentak bentak dalam hati sebab tak puas tido.
"Jom la pegi sekolah ambik majalah sekolah"
kesnya majalah sekolah lambat dipublish pada tahun tu sbb sidang redaksi dia ntah kelam kabut ke apa ntah. Jadi cikgu pesan majalah tahun ni akan diberi pada penggal hadapan masa bukak sekolah nanti. Tapi ntah dari mana Cilanat dua ekor dapat tau masa tengah cuti majalah dah siap, kalau nak boleh amik dekat ofis.
"Ko rasa ada tak gambar dia" tanya Lan pada Asrul sambil mengayuh basikal mountain yang tengah popular masa tu.
"Mesti la ada, tengok gambar kelas dia" jawab Asrul penuh semangat.
"Gambar sape"? tanya gua yang terpinga pinga.
Bila majalah sekolah dah ada dekat tangan macam kera bebudak ni dok selak sana selak sini.. selak lagi selak lagi selak lagi nasib tak terselak kain kerani sekolah. kalau tak jenuh makan penampor cikgu besor.
"Ha ada dah.. ni dia,, ui comel la dia ni.." Lan berkata dengan teruja.
"ye? mana ? mana ? muka surat berapa?" tanya Asrul penuh debar.
Ek eleh, paling gua tak leh terima nak tengok gambar awek tingkatan dua yang namanya Norhafiza tu. Apa kes? dah la gambar kecik, itam putih pulak tu, lagi tu gambar kelas ramai ramai lak tu.
Itu pesen budak budak zaman tu kalau ada minat kat sapa sapa, nak tengok gambar tengok kat majalah sekolah. Itu kira dah gempak la tu. Budak Triple X ni pun pernah dulu, datang rumah gua mintak majalah sekolah, pastu nak usha mana mana awek sekolah gua yang cantik menarik kau memang da bomb,, pastu tulis surat mintak no fon suruh gua passing, apa apa ntah.
Tapi sekarang ni dah moden, macam sorang budak ni, kawan gua, pun ada minat dekat sorang awek ni, sebab sekarang ni dah canggih kan so kalau nak usha usha gambar awek yang dia minat tu bukak je la fesbuk, pastu kelik la ke photo awek tu pastu kelik lagi besarkan gambar. Layan online jap, pusing sana sini pastu bukak balik gambar tadi. Cewah,, memang jiwang giler la. Kalau nak best lagi copy gambar tu masuk dalam pendrive bawak la g print. Macam celake kan, itu la beza dunia dulu dengan sekarang.

22 April 2010
CIk Ani dan Acik Rahim (Promo MIMPilem)
Sila baca style iklan drama radio
Cik Ani : Awak ni apa tak siap siap lagi, kan saya dah cakap tadi siap.
Acik Rahim : Siap siap nak kemananya awak ni?
Cik Ani : Laa awak tak tau ke?
Acik Rahim : Tau apanya?
Cik Ani : Budak Budak PARADOKS,, mereka dengan usahama FRINJAN akan mengadakan majlis MIMPilem pada malam ini.
Acik Rahim : Apa itu MIMPile?
Cik Ani : MIMPilemmm.. sebanyak 8 filem pendek karya anak muda akan dipentaskan.
Acik Rahim : Or filem pendek.
Cik Ani : Sebelum itu juga, pada jam 5 petang satu majlis pelancaran Buku Sultan Muzafar akan diadakan, juga pada 7 Malam Filem Selepas Tsunami akan memulakan tayangan.
Acik Rahim : Dimana tu?
Cik Ani : Di MAPKL Solaris Dutamas Mount Kiara, berada di belakang Masjid Wilayah.
Acik Rahim : Ate berapa tiketnye?
Cik Ani : Masuk adalah percuma, cuma sumbangan digalakkan untuk mereka meneruskan aktiviti kesenian lagi. Tapi kita juga digalakkan untuk membawa pakaian terpakai untuk didermakan kepada rumah orang orang tua.
Acik Rahim : Ate kalau gitu, apa awok ni tunggu lagi. Moh le dah Lambat ni.
Cik Ani : Kalau ye pun, pakai la kain dulu pergi mandi, bak kain batik saya tu dulu.

19 April 2010
The Memoir Of Raycan (Last Part)
"Welo"! ludah Raycan ke pasir yang berdebu.
Kalau begini gayanya mahu saja Raycan berpaling dari perjuangan dan cita citanya, mahu saja dia kembali ke planet asalnya dan hidup senang lenang disana. Dia bukan orang susah, dia orang senang. Arwah Atuknya meninggalkan bertan tan harta buat ayahnya. Ayahnya pula tak meninggalkan apa apa buat Raycan, semua diberi kepada ibu tirinya yang cantik jelita. Dan ibu tirinya itu menjadi kekasihnya pula kini.
"Oh tuhan jika kau benar, muncullah kau dihadapanku dan buktikan kekuasaan-Mu" keluh Raycan.
Suasana sepi, beku dan kaku.
"Oh Tuhan, aku seru dan aku pinta buat pengahabisan"
Seraya itu bumi dirasakan bergegar. Langit cerah bertukar menjadi hijau. Pohon Pohon qilo bergoyang kencang ditiup yaci.
"Apa yang kau keluh kesahkan Raycan? Bukankah aku telah memberi mu satu amanat"
Kata sesuatu yang baru muncul itu kepada Raycan.
Raycan terkejut diam seribu bahasa.
"Adakah engkau Tuhan?" tanya Raycan.
"jadi kau fikir aku siapa" tanya sesuatu itu kembali.
"Jadi engkau lah Tuhan aku, dan Tuhan kami semua?" soal Raycan Lagi.
"Apa ke bengap sangat ko, tadi panggil, dah panggil banyak bunyi pulak"
Lalu sesuatu itu mengeluarkan sesuatu yang seakan bercahaya dari perut langit, maka cahaya melingkari tubuh sesuatu itu dan berkatalah sesuatu :
"Tahukah kamu Raycan, bahawasanya aku sentiasa...."
- Dah cukup jangan nak baca cerita mengarut ngarut ni lagi, boleh sesat akidah lak kang -
Kosa kata :
Welo - Haiwan makian di planet itu (jika di bumi, babi contohnya)
Qilo - sejenis pokok kayu
K/K : Jangan Lupa datang MIMPilem nanti bawak baju baju terpakai untuk didermakan kepada Rumah Orang Orang Tua Ampang.

Sumbangkan Baju Anda
PARADOKS mempelawa sesiapa yang ingin menyumbang pakaian terpakai dan makanan kepada Rumah Orang Orang Tuan silakan berbuat demikian semasa MIMPIlem pada 24hb (sabtu) ini.
Sumbangan itu akan diserahkan kepada Rumah Orang Orang Tua Di Ampang KL. Namun baju terpakai sahaja diterima, makanan terpakai tidak diterima.

16 April 2010
The Memoir Of Raycan
Sewaktu sampai didaerah baru, daerah yang asing Raycan merasakan sesuatu yang aneh. Phalic disini sungguh berbeza dengan phalic di daerah sebelumnya. Bukan paras rupa fizikal yang berbeda namun sikap dan pergaulan mereka. Phalic disini nampaknya lebih kasar dan merengus dalam perlakuan mereka.
Melihat keadaan itu leduo Raycan menjadi tidak senang dan selesa.
"Apa harus menyerap kedalam phalic ini lalu menjadi seperti mereka? preq! Oh Tuhan mengapa ini harus kuterima jika aku yang engkau pilih? katakan Tuhan"
Dari pandangan mata sisi Raycan melihat tantrum bumbir yang begitu indah, namun dia tidak pasti apakah mereka didalam itu turut indah perlakuannya?
Di sisi tantrum bumbir berdiri Aterik yang cantik menawan mengenakan gaun jarang berwarna merah. Tidak pasti tidak lain tidak bukan aterik itu sengaja diletakkan disitu dan berpakain begitu untuk menarik pengunjung memasuki bumbir itu. Raycan segera mengahayu kaki ligat menuju ke bumbir untuk segera ke aterik bagi bertanya kot kot ada kerja kosong yang sesuai untuknya.
Sebaik sampai disitu terkejut langkah kepalang jebat sialang tatkala terlihat aterik itu bukan sepertima yang disangkanya dari jauh.
"Celaka kat sini pun neaten, apa ni? neaten ada dimana mana, Oh Tuhan kenapa kau sengsarakan aku begini" keluh Raycan di leduonya.
bersambung ...
Kosa kata :
Phalic - Masyrakat
Leduo - hati
Tantrum - sebuah
Bumbir - Tempat menjual sirap
Preq - arrhh
Aterik - Pelayan
Neaten - Sejenis jantina (jika dibumi sama seperti Pondan)

15 April 2010
Lorong Seni at Putrajaya
PARADOKS telah diberikan slot dalam projek "Lorong Seni" yang akan berlangsung selama 3 hari bertempat di Putrajaya pada 14,15 dan 16 mei. Maka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai slot PARADOKS samada membuat persembahan atau membuka gerai seni silakan dan dialu alukan untuk menghubingi gua di talian telefon, fesbuk atau mana mana rangkaian sosial yang anda bisa.
Secara keseluruhan PARADOKS akan berada disitu sepanjang majlis namun slot utama PARADOKS ialah pada :
15 mei : 3pm - 5pm (2 jam)
16 mei : 5PM - 7PM (2 jam)
Antara persembahan dari PARADOKS dan rakan rakan lain yang berminat menyertai kami ialah :
Street Theatre (Teater Jalanan)
Akustik
Puisi
Installation Art
Gerai (Jika ada yang berminat)
dll

11 April 2010
rapuan aku yang bosan.
"mak. 2 hari lagi hari jadi su yang ke 17. boleh su beli baju baru?"
"boleh. besok kita sama-sama pergi ya?"
...
"mak. boleh celebrate hari jadi su dan jemput kawan-kawan su sekali?"
"yerlah...17 tahun itu sekali saja kan? jemput lah."
...
"mak. kejap lagi majlis nak mula. boleh su pinjam alat solek mak, su nak nampak cantik hari ini..."
"..."
"mak... boleh tak?"
...
"sulaiman!!!! jangan merepek!!!"
POSTED BY BIAS® AT 1:14 AM 23 COMMENTS

10 April 2010
Hebat Hebat Mereka NI
Filem filem pendek yang bakal ditayangkan di MIMPilem 24 hb ni bukan calang calang dengar cerita. Kesemua pelakon adalah mereka yang hebat hebat di pentas teater tetapi tidak tidak popular di kaca TV anda. Kalau asik asik nak tunjuk muka sama je baik lu orang tengok tv je kat rumah sambil makan nasik, kalau ada scene gaduh gaduh ke nangis nangis ke jerit jerit baru la tengok. Kalau takat borak je buat pe nak tengok kan.
Lagi filem filem ni hebat hebat belaka, Paradoks takkan nak pilih yang tak hebat kan.
PINTU KE PINTU arahan Alif Ihsan Rahman ni pernah memenangi anugerah "Filem Pendek Terbaik Anugerah Nilai Dan Pemikiran Islam". lu tengok tu, sapa kata kami orang seni semua sesat. Lagi satu filem Pintu Ke Pintu ini juga telah merangkul anugerah "PENGARAH HARAPAN - festival filem dan video pelajar Malaysia ke7" Uii kira bukan calang calang la ni.
DESTINASI arahan Tasyrif Tajudin juga Aqilah ini pula filem yang penuh dengan dengan simbolik dan dakwahnya. Pelakon jangan cakap la, ada Adman Salleh iaitu pengarah filem PALOH, ada Mubarak Majid pelakon drama TV, dan Mardiana Ismail. Filem ini pernah memenangi kesan Khas Terbaik juga anugerah Aksi terbaik untuk festival yang gua dah lupa namanya.
RONA MAYA arahan Amer Zaman seorang penggiat muda yang comel ini menampilkan alam fantasi dan realiti seorang pelukis komik. Tidak terlalu sukar untuk memahami jalan ceritanya asalkan anda bijak dan ada indera. Menampilkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Teater Kuala Lumpur 2009 iaitu Ahmad Iswazir, pelakon teater yang cantik yakni Surya dan pakar teater bangsawan Haf Dzi Sofi.
Good Bye Yap Ah Loy arahan Lemon Fong ini mengambil masa dua tahun untuk kajian terhadap sejarahnya. Dan kemudia ditambah lagi masa yang lama untuk menyiapkan animasinya. Filem bercorak Animasi dan Dokumentari ini cuba memberi tahu kita sejarah yang dipendamkan. Pada aku Lemon rasa sangat bertanggungjawab apabila dia membuat filem pendek ini.
Sejambak Bunga Raya Merah Dari Adam Buat Ivana dihasilkan oleh pengarah yang berfikiran kritis iaitu Haf Dzi Sofi. Rival anak seni yang dihasilkan oleh sekolah seni dalam memperjuangkan bakat dan cita cita menjadi inspirasi untuk beliau mengungkap persoalan dunia seni tempatan masa kini. Filem ini harus ditonton kerana anda tidak dapat menjangkakannya.
RASA yang sedang dalam penghasilannya ini buah tangan dari orang muda HOCY adalah karya baru yang segar sekali. Dibuat khusus untuk menyertai tayangan ini, aku terharu kepada kesungguhannya dan budak muda ini harus diberi semangat dan kita harus melihat agar mengerti apa suara hatinya.
Goh Pak! Goh Cak! arahan Najib Khalid, ha yang ini sangat suprise aku kira kerana aku sendiri belum menontonnya kerana pengarahnya begitu sibuk kebelakangan ini.
k/k : Ops... untuk poster sila ke BLOG RASMI PARADOKS.

08 April 2010
kotak hitam 2.0 - MIMPilem (MIMPI ver Short Filem)
Untuk pertama kali pada 24 hb april ini Projek MIMPI akan diadakan diluar Shah Alam. Pengajuran kali ini pertama kali PARADOKS berkolaborasi bersama FRINJAN bagi menjayakan MIMPI versi Filem Pendek.
Antara aturcara pada 24 hb ini :
5 petang
Pelancaran buku "Sultan Pun Blog": sebuah catatan budaya pop oleh Sultan Muzaffar
7 malam
Tayangan filem "Selepas Tsunami" oleh KOMAS
8 malam
(Filem Pendek)
Destinasi arahan Tasyrif Tajudin
Pintu Ke Pintu arahan Alif Ihsan
Sejambak Bunga Raya Merah Dari Adam Buat Ivana arahan Haf Dzi Sofi
Good Bye Yap Ah Loy arahan Lemon Fong
Rasa arahan HOCY
Goh Pak! Goh Cak! arahan Najib Khalid
Rona Maya arahan Amer Zaman
(akustik)
SALINA
Roy
Razif
Serta jualan Zine dan Demo terbitan PARADOKS, buku buku terbitan Oxygen Media dan penggiat penggiat indipendent yang lain.
Bagaimana Untuk ke MAPKL Solaris Dutamas?
Peta ada disini.
dan disini.
dan sini info terbaru MIMPilem

05 April 2010
Kita Tertipu Dengan Kebenaran
Manusia rupa rupanya "Mudah Tertipu Dengan Kebenaran", tidak percaya? kita lebih percaya kepada penipuan berbanding kebenaran, jika masih ragu ragu lihat saja contoh ini:
Situasi 1
Gadis : Awak borak dengan kita ni, girlfren awak tak marah ke?
Aloy : Marah?
Gadis : erm,, marah.
Aloy : Ish, tak da la, saya mana ada girlfren.
Gadis : Single lagi.
Aloy : Yup..
Gadis : Ish tak caya single.. takkan lelaki hensem macam awak ni single.
~ ha tengok! kan tertipu dengan kebenaran namanya tu ~
k/k : Ada info filem pendek Sejambak Bunga Raya Merah Dari Adam Buat Ivana sempena MIMPilem di http://pakatanparadoks.blogspot.com/

04 April 2010
Teater DETIK
Menonton teater DETIK karya Idham Hadi dan Arahan Said saiful. Lakonan Fazleena Hishamudin, Faizuan, Siti Nurlida dan Sofian Bujang. Aku tidak berhajat untuk membuat review panjang, cuma ingin berkata bahawa ia boleh ditonton. Aku pernah menonton filem pendek Sinkronis juga lakonan Fazleena Hishamudin dan aku merasakan dia tidak boleh berlakon, tetapi melalui teater DETIK aku menarik balik rasa itu dan mengatakan bahawa Fazleena Hishamudin memang boleh berlakon dan lakonannya tidak mengecewakan.
Cuma aku sedikit terganggu dengan kehadiran Korus, lagu yang dimainkan setiap kali pada bahagian monolog dan mungkin pembawa watak "Petanda" boleh ditingkatkan lagi. Secara keseluruhan layak ditonton.
Esok masih ada satu lagi pementasan DETIK di Panggung Laman Budaya KL, jam 8.30 malam dan masuk adalah percuma kerana persembahan ini sempena Manisfestasi Teater Kebangsaan 2010.
k/k : maklumat filem PINTU KE PINTU di http://pakatanparadoks.blogspot.com/

02 April 2010
Johhny Bikin Filem
Untuk menonton filem terpanjang di Malaysia iaitu "Johhny Bikin Filem" benar benar menuntut semangat kejituan yang tinggi. Dalam tempoh 5 jam menonton aku memilih untuk tidak terlalu berat memikirkan kerana mahu bertahan untuk jangka masa yang lama, jika terlalu berat memikirkan pasti akan pening.
Terlalu banyak metafor dan kritikan terhadap industri filem, kerja pembuatan filem, masyarakat dan negara. Maka keluar selepas 5 jam aku merasa sangat rugi jika aku memilih untuk menonton yang dua jam sahaja, mujur tidak. Tapi aku tak heran jika ada yang kata bosan, atau tak faham. Itu perkara biasa sbb siapa saja yang mampu bertahan kan? 5 jam pulak tu.
Bukan untuk review, cuma aku rasa filem ini tidak menitik beratkan lakonan tetapi menumpukan kepada idea juga falsafah. Atau mungkin juga ia mengkritik lakonan.

Din Beramboi Meninggal Dunia..
Takziah buat seluruh keluarga Din Beramboi atau nama penuhnya Meor Ahmad Fuad. Al Fatihah moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
k/k : Entry lain disini.
k/k : Entry lain disini.
01 April 2010
Johhny Bikin Filem.
Hari ini, khamis 1 april. Filem arwah Anuar Nor Arai sifu filem Malaysia iaitu "Johhny Bikin Filem" akan ditayangkan di Universiti Malaya dari jam 2 petang hingga ke 6 petang (Uncut) dan 8 malam hingga 10.00 malam (versi pawagam). Tiket berharga RM 5 boleh didapati di pintu masuk.
kisah Johnny, seorang anak muda dari kampung yang menjadi ketua gangster yang berpengaruh di Singapura dalam tahun 1950-an. Ketika itu dunia filem Melayu dikuasai oleh kapitalis Cina dari Hong Kong, dan gangsterisme menjadi sebahagian daripada pelengkap sosial zaman itu. Johnny dengan kekayaan dan pengaruhnya berhasrat membeli studio filem di Singapura setelah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang primadona filem Melayu.
Filem berdurasi 5 jam ini merupakan karya terpanjang pembikinannya dalam sejarah perfileman di Malaysia. Menggunakan format hitam putih, filem ini dipendekkan durasinya menjadi 107 minit bagi membolehkan produk terbitan Universiti Malaya ini diterbitkan. Di barisi oleh pelakon Erma Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan, Wafa, Zack Idris, Allahyarham M. Amin dan ramai lagi dan ini merupakan filem Malaysia yang ditunggu ramai terutama oleh penggiat penggiat filem dan pejuang seni.

Subscribe to:
Posts (Atom)