28 March 2010

Perempuan?

(Ini gambar gua show semalam di Rumah Frinjan)

(Ini show minggu lepas, tak potong janggut lagi)

(Ni masa zaman rambut pendek dulu)

k/k : dan ini projek MIMPI yang baru.

27 March 2010

Kelakar Kan?

Setiap hari ada berita makin kelakar. sini. dan sini.

25 March 2010

saya....

Suka campur marah,
Suka tapi gempar,
Suka takut dan gentar,

Damn right tak mengerti!

21 March 2010

Ek Eleh....

~Berkawan Biar Beribu~
~Berkasih Biar Empat~
~Bercinta Biar Satu~

"Ceh.. ingat hensem ke pakai baju tulis tulis cenggitu"

18 March 2010

Radio Sony

Kader : Ye pak cik cari apa? cari Radio?

Pak Cik Buta : Ye, ini kedai Radio kan? saya nak beli Radio.

kader : Pak Cik nak Radio yang macam mana ?

Pak Cik Buta: bagi saya Radio Sony.

Kader : Kalau Radio Sony yang ini Pak Cik.

Pak Cik Buta : Apa betul ini Radio Sony?

Kader : Ye betul Pak Cik Radio Sony.

Pak Cik Buta : Baik beli yang ini.

Di rumah... on suis radio
~ selamat sejahtera para pendengar, inilah Radio Muzik saluran Muzik Anda~

Pak Cik Buta : Celaka punya orang, ini bukan Radio Sony.


Esoknya

Kader : Betul Pak Cik ini Radio Sony..

Pak Cik Buta : Kamu tipu, katanya semalan ini Radio Muzik.

Kader : Or macam tu, takpe ini saya gantikan baru.

Pak Cik Buta : Radio Sony?

Kader : Ye! Radio Sony, kejap saya pasang bagi Pak Cik dengar.

Kader amik mike cucuk ke Radio,, Kader cakap :
~Selamat pagi saudara pendengar, inilah Radio Sony~

K/K : adaptasi dari Kisah Kader dan Doyok.

17 March 2010

Lecture Yang Gempak!

Lecture gua cakap

"Semalam adalah kenangan, esok adalah harapan"

Fuh! gua bangun tepuk tangan kata :

"Gempak! Gempak! dalam ayat ni Cik"

Lecture gua senyum senyum.

*Mesti dia ingat dia betul betul gempak,
padahal apa apa ntah dari kecik gua dengar ayat tu, bosan!*

14 March 2010

Soal Muka.

Muka orang kalau jatuh cinta lain macam.
Gua memang tak suka muka orang tengah jatuh cinta.

~Apahal lak tiba tiba gua tak suka tengok muka Dark Ray ni~

12 March 2010

Kasihan

Sekadar ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa.

"Teater yang kalian tonton di Istana Budaya bukan semestinya teater yang baik, bukan yang semua selayaknya ditonton, bukan dari pelakon yang selayaknya, bersadur pada nama semata mata, kasihan kepada kalian yang merasa bahawa disitulah tempat teater terbaik. Cubalah lihat dari penggiat indipendent pula yang rasa dan jiwanya jauh lebih baik walaupun sekadar di lorong lorong gelap dan tiada artis popular"

Update : ada berita disini.

07 March 2010

Bila Jalan Sudah Siap.

Pagi tadi pukul 6 keluar rumah lepas traffic light sedar sedar jalan dah siap di tar baru.. lopak lopak dah clear. Aik! bila masa buat ni.. Malam tadi la kot.

Balik tadi pukul 1 depan belah sana traffic ligt pulak jalan tutup, ha? orang buat jalan ni.. Ni kompen esok pagi siap ni..

Gua : Reza, pilihanraya tahun ni ke?
Reza : arrrrr?

05 March 2010

Aling (episod akhir kedai RM2)

(Sambungan dari entri lepas)

2 hari kerja kat tempat baru gua sibuk layan Mira, awek baru kat tempat kerja baru. Tinggi sama dengan gua, kulit putih putih, pun baru habis spm sama macam gua. Pendek kata kata kalau couple sedap sedap la. Tiba tiba ada orang panggil gua dari belakang.

"Aloy"

Gua toleh, gua tengok Aling dah berdiri depan gua, tunduk bawah. Gua tanya perlahan.

"Kenapa?"

Dia usha mata gua, gua usha mata dia.. makin lama makin dalam, makin lama makin menjelajah keseluruh urat nadi sendi jiwa. Perlahan dia cakap.

"Saya tak tahu macam mana mau cakap. Tapi saya ingin meminta berbanyak maaf sama kamu, saya tahu saya adalah salah, saya tak patut cakap begitu kepada kamu. Kalau kamu sudi Alam kata boleh datang kerja balik"

Gua usha sayu je wajah Aling time tu.. alahai manisnya anak cina ni. Redup mata gua memandangnya,, timbul pulak rasa belas.. gua sentuh pipi dia... dia diam.. gua cakap..

"Apa ni,, dah la tak ada apa la.. tak payah sedih.. aku pun mintak maaf jugak, aku tak tahan sabar time tu"

Tangan gua masih melekat di pipi Aling.. untuk kali terakhir Aling cakap.

"Saya mintak maap pada kamu" kemudian Aling terus berjalan laju keluar dari kedai.

Beberapa hari lepas tu Aling berhenti kerja, dan itu kali terakhir gua melihat Aling.

04 March 2010

Berhenti Kerja di RM 2

(Sambungan dari kisah sebelum ini)

Nama supervisor kedai RM 2 tu Alam, dah kompen kompen la Cina, takkan melayu kot. Dia ni kaki teruk sikit. Bangun tido dah tengahari jenis tak sembahyang subuh punya, bukak kedai apa semua gua buat. Kat situ ada Amoi cantik dan tak cantik. Yang cantik namanya Aling, yang tak cantik tu KayKay. Dah mesti gua minat dengan yang cantik, dekat yang tak cantik nak buat apa minat. Tapi problem satu pulak Aling ni Girlfren si Alam. Aduh gua bila dapat tau diaorg couple pun gua dah frust, baru bercita cita nak tambah umat Muhammad dan buat solat taubat.

Aling ni kulit dia memang putih bersih, bila kene panas sikit kulit dia merah merah, bila malu merah, bila gurau gurau gelak pun merah, gua tak boleh tengok benda merah merah ni. Rasa nak membara je. Selalu bila Aling ni ada masalah dengan Alam dia akan cerita kat gua, kalau merajuk ke, apa ke, nak manja manja time Alam takde dengan gua la. Gua pulak memang ciri ciri wanita idaman waktu tu yang pertama ialah cina, kedua cina dan ketiga cina, maybe sebab banyak sangat tengok "Young And Dangerous" kot.

Satu hari tu gua agak letih sangat, bukan sebab Aling, tapi dah seminggu seteret barang berlori lori sampai, nak angkut naik atas masuk stor satu hal, nak kemas stor lagi, nak jaga kaunter bila Aling pergi makan lagi, so pendek kata gua memang seteres. Gua tengah seteres,, seteres,, tetiba Aling datang kat gua..



"Aloy... itu balang balang bila mau angkat ma... lagi atas stor barang ada susun ka, ta mau lambat arr?"

Dalam letih letih tu gua jadi panas, hilang segala kasih mesra dan rasa sayang.. Gua bukak baju kerja gua kasi hempas kat lantai masuk Ofis..

Gua : "Alam, aku nak berhenti sekarang!"
Alam : arrr.. apa pasai (baru bangun tido)
Gua : Aku tak boleh la orang sound sound aku. Aku dah lama kerja, aku tau la kerja aku. Tak payah nak bising sangat.
Alam : arrr.. sapa sound sama lu?

Borak lebih kurang Gua terus chow... masuk kedai sebelah..kedai RM1, RM2 dan RM5.

Gua : Sini ada kerja kosong tak?

k/k : Next gua nak cerita ketika Aling datang pujuk gua.

Kedai RM 2

Tahun 2002 gua hidup kat Rawang, hidup kat situ nyaman. Itu jam kerja paling tip top kerja Kedai 2 Ringgit. Gua mula perasan rakyat Malaysia ni ramai yang tahu membaca, dah terang terang gantung sana sani "Satu Barang RM2" lagi mau tanya

Kakak : Satu ni berapa dik?
Gua : Dua ringgit.
Kakak : or,, semua barang kat sini dua ringgit ye.
Gua : Tak, satu barang je dua ringgit.
Kakak : or macam tu,, barang mana yang dua ringgit tu?
Gua : Semua ni la....

Masuk hari ke2 gua dah mula kerek sikit, kalau orang tanya berapa harga. Gua dengan muka sinis tunjuk ke tulisan gantung gantung "RM2" tu..

Gaji waktu tu memang firaun gila babi. Kerja dari 9 pagi sampai 9 malam, 12 jam tu dia bayar gua RM 750. Tapi masa tu baru lepas SPM kan, fikir dah besar sangat duit banyak tu. Tak sedar rupanya kene perah habis habis. Cilake punya kapitalis. Sistem pembayaran gaji 2 kali sebulan. Pada 15hb dapat RM 300 baki hujung bulan amik RM 450. Bila gua kira kira balik untuk sehari gua kerja selama 12 jam gua dibayar sebanyak RM 25 ringgit.

Lepas beberapa bulan gua naik angin dengan satu Amoi, gua berhenti kerja dan dapat offer dari kedai sebelah namanya Mid Value. Jual barang RM 1, RM 2 dan RM 5. Ni dia bayar gua RM 850 sebulan berdasarkan prestasi gua yang dia lihat semasa di kedai sebelah. Chit!

K/K : Next gua nak cakap apsal gua berhenti kerja di kedai RM 2.

02 March 2010

Cerita KalabuMalani

Ada beberapa komen je dari pengungjung MIMPI "Pasar Malam" yang gua jumpa. Apa kekurangan dan kelemahan dari pihak penganjur gua mohon maaf. Tak ada tempat duduk ke? panas ke? air minum tak cukup ke? Majlis tak kelakar ke? itulah saja yang kami mampu untuk Malam itu. Tapi jika ada apa apa yang lu orang tak puas hati dengan persembahan itu gua tak perlu mintak maap sangat sbb itu segala urusan performers. Paradoks just bagi ruang, tapi untuk menjadikan persembahan mereka bagus atau tidak terpulang pada mereka.

So next MIMPI insyaallah dalam bulan 8 atau 9, MIMPi akan membawakan beberapa filem pendek untuk tontonan anda. Maksimun 3 filem pendek mungkin akan ditayangkan dimana sesi soal jawab mungkin diadakan setiap selesai 1 tayangan, dan setiap 1 filem pendek diselang selikan dengan persembahan akustik. Jadi kepada sesiapa yang memiliki filem pendek karya sendiri boleh menyertai MIMPI fasa 5 nanti dan maklumkan kepada kami secepat mungkin. Segalanya insyaalah berjalan lancar jika tidak ada pihak yang mengganggu gugat gerakan kami.

Ini saja komen dan ulasan dari pengunjung yang gua jumpa.
1 . Saudara Ber Uwang
2 . Saudari Hafixi
3 . Saudara Kimi
4 . Saudari My Giggless
5 . Saudara HUJAN