18 December 2010

Aku Sang Saka Setia 25 Purnama

Aku Sang Saka Setia, sudah lebih 10 abad berkhidmat. Oleh kerana namanya juga Sang Saka Setia, maka aku pastilah setia. Setia selagi termampu. Setelah lebih 10 abad tak kurang 10 ribu tuan aku yang telah aku musnahkan. Antaranya ada yang menjadi Dubok, Dugong, Duyung. Pendek kata semua hidupnya aku Durjanakan. Jika tidak pun paling koman aku jadikan dia Dayang, supaya suara lunaknya mampu menDurjanakan hidup manusia agar leka dari mendirikan solat. Hahahahahahah, akulah Sang Saka Setia Durjana. Aku akan berkhidmat pada kamu, aku akan setia pada kamu selagi kamu turut kemahuan aku. Hahahahahaha.

Kamu mahu harta? kamu mahu kebanggaan dan kemasyhuran? seru saja nama ku pada tiap kali purnama 25. Aku akan berdamping denganmu. Usah kau khuatir akan soal lain, tak ada yang bisa menghancurkan kamu bila kita berdamping. Namun kau harus ingat, permintaan ku tidak terlalu banyak, tidak juga terlalu berat. Cuma aku mahukan pada setiap purnama 25 seorang gadis perawan sebagai korbannya. Aku lapar.... aku lapar.. aku harus makan. Dan tidak lupa juga kamu harus menjaga pantang larangnya, jangan sekali kali kamu menjamahi isterimu tatkala sebelum waktu tepat jam 12 malam. Hanya itu persyaratannya, dan kamu akan hidup senang gembira sekiranya mematuhi syarat dan perjanjian kita.

Namun awas! AWAS! Jika kamu engkar dan melanggar perjanjian itu, hukumannya sangat berat, sangat berat... Pada setiap purnama 25 yang mendapat selama 3 kali kamu perlahan lahan akan berubah,, berubah menjadi haiwan yang mengerikan. Hahahahahha,,, ha,, kamu akan menjadi haiwan. Namun usah khuatir, aku tidak sekejam itu. Kamu masih mampu menawarkan sumpahan itu, dalam tempoh 3 purnama sebelum kamu secara total berubah menjadi haiwan kamu harus melakukan penzinaan bersama bersama isteri isteri orang sebanyak 180 orang. Dan sumpahan itu akan terhapus, malah ilmu kebatinan mu akan bertambah lagi, bertambah hebat... hhahahahahhahahah...

Serulah aku,, serulah aku...
Mahampo serepu aje ngolorwa serembak mapo mapo adijuaihampa Song Sako Sotio.
atau hubungan aku sms aku ditalian :
017-2886620, dan katakan anda ingin menempah Buku BurgemparK!

1 komen:

mamai said...

aku satu wak yo