11 December 2010

Aku Benci Sarah (Akhir)

Sakit tak lama, sebab aku cepat sedar diri. Dan aku dengar dia dah ada pengganti aku pun. Tapi cerita tak akan habis disitu, dalam dah ada pengganti, dalam aku dah semakin berjaya melupakan, pada satu malam dia hantar mesej pada aku.

"Awak, saya nak mintak maaf dekat awak. Saya rasa tuhan dah balas apa yang saya lakukan pada awak dulu".

Aku pun tak tahu apa dia kata Tuhan dah balas. Masa masa aku merana dulu, takde pulak aku sumpah dia apa apa, kene langgar teksi ke, kene hempap monorail ke, takde takde, semua tu takde. Cuma aku harap dia kembali pada aku. Tapi masa tu lain, sekarang ni kalau dia kata "awak, saya sayangkan awak.. awak terimalah saya kembali" belum tentu aku nak terima. Kerana aku dah rasa terhina bila dia sebut part "cinta simpati" dulu tu. Tapi kalau dia cakap "awak, saya rindukan awak, malam ni awak tidur dengan saya ye?" itu mungkin aku akan fikirkan. Akan fikirkan? Ah ye.. ye... akan fikirkan.

Aku tak balas mesej tu. Sebab aku rasa tak ada apa yang nak aku cakap. Bila difikir fikir balik, aku rasa aku dah lepaskan peluang dulu. Sekali dia pernah datang rumah aku, kemudian kata nak tengok bilik, aku bawak masuk bilik. Dan dia kata nak rasa baring atas tilam aku. Dia baring.. dan aku tak buat apa apa pun. Malah lekas lekas aku ajak dia keluar makan malam. Tapi waktu tu masanya tak sesuai, waktu kawan kawan serumah aku semua tengah berkumpul layan tengok tv dekat ruang tamu. Cuba kalau dia buat tu time rumah kosong. Ermmm.. kalau rumah kosong? mungkin aku tak bagi dia masuk pun agaknya.

Kali kedua peluang terbuka masa aku hantar dia naik ke apartmentnya. Aku nak hantar sampai dekat pintu lif je, tapi dia desak aku temankan sampai naik lif sampai kedepan pintu rumah. Masa dalam lif dia pegang tangan aku kuat, usha mata aku, makin lama makin rapat, makin rapat, dan ting! pintu lif terbuka. Sampai depan pintu rumah, dia berhenti, dia cakap "bye", tapi bibirnya macam dekat sangat dengan bibir aku. Aku rasa dia nak aku kiss dia. Aku tak buat pun, bukan sebab aku tanak, tapi aku takut time tengah layan layan kiss tu nanti jiran sebelah lalu pulak. Mungkin jugak tunggu aku cakap "tanak ajak saya masuk ke?" atau "boleh saya masuk?". Tapi aku tak cakap jugak. Kenapa ye aku cakap? entahlah, yang pasti waktu tu kawan kawan dia ada dekat rumah, jadinya aku segan la nak masuk dan kalau masuk terlajak ke bilik tidur pulak nanti. Apa pulak kawan kawan dia kata. Apa pulak kawan kawan dia akan cerita dekat kawan kawan yang lain dekat kolej nanti. Cuba kalau tak ada kawan kawan dia malam tu, erm tak usah cakap, tau la aku mainkan peranan menjadi peladangnya.

Lepas mesej tu, tak lama lepas tu aku terima lagi mesej yang kedua begini ayatnya "awak, saya rasa bersalah sangat dekat awak. Saya nak minta maaf dekat awak". Dan mesej yang itu aku balas dengan ayat begini, "ok". Dia tak balas. Selang lepas tu ada lagi dia mesej sekali lagi, tapi aku tak balas. Aku bukan apa, bukan tanak, dia cantik, tapi tu lah......

"Sarah, saat bersama kau adalah saat saat yang tak mahu aku ingat lagi, kerana jika diingatkan, aku sedar betapa bodohnya aku"

9 komen:

norlina alfan a.k.a salju putih said...

pengalaman~

sharamli said...

dah akhir?

BonekadalamChermin said...

bagus cepat sedar!

aloy_paradoks said...

Norlina
Sharamli
Boneka :

Eh!

sw33tdarling.com said...

Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

AnAk dEneSor said...

normal la jiwa remaja kn..

yg da lepas xya nk pk ag..kite try kedepan keh..

Amni said...

perghhh.... gila berani sarah tu.. huhuhu...

raihansyaz said...

gila poyo sarah tu

Jank said...

jom bela hamster