Ini bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, malah telah berkali kali Sarah menyakitkan hati aku. Benda senang je, bukan susah pun, dulu ajak couple kata tak sedia. Aleh aleh seminggu lepas tu aku tengok dok elok jalan jalan gayut gayut tangan dengan Razman. Lepas tu dengar citer clash sebab Razman kuat sangat cemburunya. Datang dekat aku kata sedia menerima diri aku setelah berfikir panjang. Aku dengan senang hati terima, kerana orang cantik ni susah kita nak tolak setiap bait bait patah yang keluar dari mulutnya.
Lepas tu tetibe pulak keluar kata "saya tak ready lagi". Kepala hanggok ko tak ready, dah sebulan kita cakap "i sayang u, u sayang i" boleh tak ready lagi. Tauke jual babi pun boleh fedup macam tu. Aku merajuk, diam tanak mesej tanak jawab call. Lepas tu terjumpa balik dia kata "dia keliru". Apa yang keliru pun aku tak faham. Dia harap aku bagi masa dekat dia. Ok fine aku pun bagi masa. Seminggu aku tunggu dia call, tak call. Tunggu dia mesej, haram tak mesej.
Last last aku call tanya apa keputusan dia. Dia kata dia nak break dengan aku. Mana aku boleh terima. Sebab orang cantik kalau ajak break bodoh la kau kalau kau setuju.
Aku kata "I sayang giler kau u Sarah". Tapi celake dia boleh kata, "i boleh terima u, tapi u sangup ke terima cinta simpati dari i?" dah Cinta simpati pulak. Kepala paip betul la.
K/K : Bersambung........
5 komen:
cepat sambung!
kepala lori plak ke pasni??
haha... nama pun pempuan. emosi banyak, pikir pun kurang. aku pempuan.. dan aku mengaku aku pun camtu gak. hehe... kesian lelaki, susah nak paham pempuan yang terlalu indah dan kompleks.
p/s nak baca sambungan jugak~
wah! mmg kepala la dia nih! gua pun tunggu sambungan gak!
*dia penah mtk izin nk pegang tangan gua, gua tak izin. pastu cakap dia tak ready nk commit. esok dia tepon gua bgtau dia jatuh cinta. pegang tangan tanda tunjuk sayang. gua apa heran?
kalau macam tu tak payah ready sampai bila bila lah senang cerita.
nak baca lagi jugak.. cepat sambung! hehe
Post a Comment