Dah lama aku bercadang nak tulis sesuatu mengenai teater kanak kanak ini, tetapi tak jadi. Untuk pengetahuan aku tidak terlalu banyak menonton teater kanak kanak, tetapi tidak juga terlalu kurang. Maka aku boleh mengatakan teater Kanak Kanak Manis Bertudung Merah arahan Marlia Musa (Puan) baru baru ini merupakan teater kanak kanak yang terbaik pernah aku tonton. Aku berkata begitu bukan kerana Marlia Musa adalah orangnya dan bukan juga kerana dia adalah Cikgu aku. Tetapi memang kerana persembahan itu. Namun sebaik mana persembahan itu pun tetap ada sesuatu yang boleh diperkatan untuk menjadikan ianya lebih baik mungkin. Namun jika pengarah mengatakan sudah cukup baik segalanya, aku pula suka mengatakan ia persembahan yang baik dan menarik namun ada beberapa perkara yang mungkin perlu diberi sedikit lagi penekanan. Dan mungkin dia bersetuju dengan aku dan mungkin tidak.
Samada ada betul atau tidak aku yakin keseluruhan penonton yang datang menyaksikan persembahan pasti akan bersetuju jika pembuatan set amat baik dan bagus, menarik dan cantik. Secara psikologinya penggunaan warna pada binaan set adalah sesuatu yang menyenangkan dan sesuai. Dari segi binaan pula ia juga adalah bersesuai dimana binaannya adalah dalam konsep bulat bulat. Kenapa bila bulat aku katakan sesuai, pertama kerana yang bulat itu comel. Dan begitulah kanak kanak, mereka comel dan tertarik kepada benda benda yang sebegitu. Pernahkan kalian terfikir kenapa siri animasi seperti Doraemon itu fizikal bulat, Nobita itu kepala bulat dan perhatikan beberapa siri animasi lain yang mengambil konsep yang sama.
Aku menonton pada hari terakhir persembahan iaitu pada siang hari ahad, selepas malamnya sabtu sebelumnya aku sibuk dengan MIMPilem. Sengaja aku memilih untuk menonton pada hari persembahan terakhir kerana aku mahu melihat persembahan yang terbaik yang sudah mereka kesan jika ada kesilapan pada persembahan persembahan sebelumnya. Dan aku jika mahu boleh saja melihat lihat proses pelaksaan mereka ketika membuat set atau menonton sesi latihan mereka di bangunan Ekperimen Teater itu, kerana memang hari hari aku lalu lalang situ pun kalau nak ke kafe ASWARA. Tapi aku tahan diri aku agar aku merasa istimewa (suprise) pada kali pertama melangkah ke dalam panggung nanti. Dan aku merasa itu, aku merasa suprise itu walaupun sedikit dikhianati. Dikhianati maksud aku disini adalah sebelum ini aku sudah mendengar desus desus mengatakan setnya gempak. Tapi itu membuatkan aku lebih menaruh harapan yang tinggi sebenarnya, dan mujur harapan itu tidak musnah bila melihatnya secara nyata. Tahniah atas kerja kerja set dan props.
Perkara yang terpaling aku suka apabila seperti mana mana persembahan kanak kanak yang lain, ia digalakkan untuk melibatkan penonton khususnya kanak kanak kedalam persembahan itu. Kebanyakannya aku tonton pengarah akan membuat pelakon itu bertanya kepada kanak kanak yang ada didalam panggung untuk menjawab beberapa soalan untuk merungkaikan kekusutan yang sedang berlaku. Contohnya soalan seperti "arah mana pencuri itu pergi" atau "siapa yang sebenarnya pencuri" akan ditanya dan anak anak akan menjawab bagi membantu pelakon. Tapi kali ini Marlia membawa lebih lagi dengan pelakon menjemput kanak kanak seramai yang mungkin untuk masuk kedalam ruang lakon dan sama sama menghuraikan kekusutan itu. Pada tika ini kanak kanak yang supportif amat diperlukan untuk membantu babak itu menjadi menariik dan pada hari itu mereka bertuah kerana anak anaknya sangat sangat membantu malah bersungguh sungguh pula tika menjawab teka teki dan mencari barang. Aku suka kepada idea itu dan ia adalah sesuatu yang manis. Tapi disini juga aku mengesan babak itu akan lebih bagus jika pelakon melakukan lebih latihan. Disinilah bahagian yang aku katakan perlu diberi penekanan lagi itu.
Maksud aku begini, apabila penonton kanak kanak itu diundang masuk kedalam panggung secara jujurnya pada awal mereka tak tahu apa yang harus dibuat. Maka bimbingan dari pelakon yang sedia ada adalah amat amat diperlukan. Aku melihat ada bimbingan dari pelakon namun ia agak kurang dan ada antara anak anak itu yang tercenggang tak tahu apa hendak dibuat pada awalnya. Pelakon secara lebih perlu untuk menolong memprovoke kanak kanak itu untuk melakukan sesuatu. Ada yang terlepas pandang seolah olah anak anak itu sudah tahu apa hendak dibuat tanpa dibimbing untuk kemana dan untuk berbuat apa, namun mujur anak anak itu memang supportive dan itu menggamatkan lagi persembahan dengan keletah mereka.
Walaubagaimanapun Si Manis Bertudung Merah tetap antara teater kanak terbaik yang pernah aku tonton. Mungkin ada yang lebih dari itu, tapi kebetulan aku tidak menonton. Dan mungkin selepas ini ada yang lebih baik. Maka Si Manis Bertudung Merah akan menjadi teater kanak kanak kedua terbaik yang pernah aku tonton. Dan selepas bertahun mungkin ia akan berubah. Syukur teater ini tidak terlalu meleret leret, tidak berhujah dengan nasihat nasihat, tidak membosankan, dan tidak memualkan hingga kita bertanya bila mahu berhenti. Ia berhenti tepat pada masanya.
P/S : Oh ye,, Marlia Musa itu orangnya Comel juga. Mahu saya memanggilnya "Hai Comel"
Untuk melihat gambar sila klik SINI dan SINI
2 komen:
marah abg nasir karang
m.nasir comel.
Post a Comment