15 October 2010

Kisah Fasyali Fadzly dan Oedipusnya.

Aku sebenarnya sudah lama tidak menulis review tentang teater teater yang aku tonton, malah aku juga sudah lupa bila kali terakhir menulis perihal itu. Dan kerana apa tak lain bukan ialah kerana hampir kebanyakan teater yang aku tonton sama saja seperti mana mana teater yang lainnya (pada perkiraan aku). Masih dalam permasalahan yang sama dan masih ditakuk yang serupa. Jadi adalah sia sia aku kira kerana jika aku menulis aku akan hanya menulis perkara yang sama diulang ulang. Ini hanya gambaran aku untuk produksi teater Melayu sahaja, tidak menyentuh teater Inggeris, India atau Cina.

Baru Baru ini Oedipus dipentaskan di Perkarangan Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 8 dan 9 Oktober yang lalu. Dibawah arahan Fasyali Fazdly yang merupakan projek penilaian akhirnya untuk melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Khusus dalam Pengarahan Pentas. Untuk pementasan ini aku kira Fasyali mengambil risiko yang amat besar yang tidak sangup ditanggung oleh mana mana pengarah teater yang lain, terutamanya pelajar yang mahu membuat projek penialian akhir. Kerana tersilap langkah, kritikan pedas ibarat maut kehujung lurah menanti.

Bukan kerana naskahnya adalah Oedipus tetapi kerana konsepnya adalah Site-Specific Theatre (Site) dimana ruang lakonnya adalah diruang terbuka. Untuk memahamkan anda tentang apa itu Site, biar aku terangkan sedikit apa yang aku tahu, mana yang dah tahu boleh abaikan atau kalau nak tambah apa apa silakan. Tapi pastikan bukan untuk menunjuk pandai.

Pertama :

Skrip itu kita rasakan cantik jika diadakan didalam hutan kerana latarnya begitu. Maka kita cari hutan yang sesuai dan lakukan teater.

Kedua :

Kita merasakan kawasan berbukit ini sesuai untuk kita pentaskan satu skrip. Contohnya judul skrip itu "Mak Limah Menyidai Baju Di Bukit" Maka kita pentaskankan karya itu disitu.

Ketiga :

Ketiga kita merasakan sesuatu tempat itu ada rohnya. Dan cerita apa yang sesuai dengannya. Maka kita cari skrip atau bikin skrip yang dirasakan bagus dilakukan disitu.

Dan untuk melengkapkan perkara tersebut perlulah kita merasakan adalah soul atau roh di tempat berkenaan yang akan membawa penonton terbuai kedalam cerita dan masuk kedalam situasi itu. Contohnya mungkin suasana sekeliling, bau tempat itu dan sebagainya.

Fasyali aku kira mahu mencabar dirinya sebagai seorang pengarah, dan mungkin juga dia berfikir adalah sia sia pembelajarannya dari diploma hingga ke Ijazah Sarjana Muda (Teater) jika hanya mementaskan hasil karya yang kelihatan biasa aje. Sebagai pelajar dia mengaplikasikan ilmunya dan tidak terkongkong dalam dunia pentasnya.

Antara perkara yang aku suka pada pementasan ini ialah apabila Fasyali membawakan tragedi itu kehadapan penonton. Seperti yang kita sedia maklum, dalam naskah Greek, tragedi itu tidak dibawa ke hadapan dan hanya pelakon yang bermonolog. Makanya aku pantas bertanya kepada beliau dan jawapannya sama seperti yang aku fikirnya iaitu ; diruang terbuka penonton akan lebih mudah hilang fokusnya dan mudah tertarik untuk melihat gadis cantik atau pakwe hensem. Maka jika hanya monolog yang ditampil amat sukar untuk mengekalkan perhatian penonton, jadi tragedi itu juga perlu dipertontonkan.

Dan syukur kerana aku tidak jelik dengan pembawaan tragedi itu. Pada aku ia cukup haul dan sifatnya tatkala Jocasta menggantung lehernya dan Oedipus mencucuk matanya. Seperti yang aku kenal Fasyali gemar melambangkan darah itu dengan sesuatu yang lain. Dalam "Berani Mati" lampu merah membawa perlambangan percikan darah, dan Oedipus adalah kain merah yang dibentang memanjang keluar dari ruang lakon sangat menarik.
Juga pujian dengan idea untuk membawakan satu watak itu dengan dua pelakonnya dalam masa yang sama. Jadi jika kita tidak dengar pelakon yang dihujung kita akan dengar dialog pelakon yang disini. Itu memang idea yang menarik dan bermanfaat.

Melihat kepada pengunaan ruangnya Pengarah bijak dengan tidak membazir. Aku pernah pernah membuat Site Specific Theathre semasa di semestar pertama ASWARA dulu dan akhirnya aku sedar aku banyak membazir ruang kerana tidak menggunakan keadaan sekeliling semaksimun mungkin. Korus keluar keruang lakon dari semua arah dan ruang yang terbuka dan Oedipus memulakan monolognya dari tangga kedai buku. Sewaktu itu aku mendonggak keatas bumbung DBP dan kelihatan ia adalah sebuah istana yang tersergam indah dan melambangkan kemegahan dan kekayaan kerajaannya. Oedipus kelihatan gagah dan masyhur serta penuh berkuasa. Senang bukan, tak perlu bikin set yang gempak gempak dan mengahabiskan duit berpuluh ribu. Siapa kata tanpa duit tak boleh nampak hebat. Yang penting ada fikiran dan kreatif, dan seorang tokoh teater dunia yang aku lupa apa namanya pernah berkata "imaginasi itu lebih penting dari ilmu". Dan aku juga bersetuju dengan itu cuma aku ingin menambah "imaginasi lebih bemakna dan cantik dengan ilmu".

Jadi ingat, sebagai penggiat, imaginasi itu penting, Rhoma Irama juga pernah berkata "masa muda, adalah masa yang berapi api".

Namun mungkin Fasyali terlupa, bahawa untuk membawa pelakonnya bermain secara Side, dia memerlukan pelakon yang bukan baru berlakon sekali dua apatah lagi pada kemunculan pertama. Ini kerana untuk bermain cara ini ia amat memerlukan kekuatan vokal dan permainan gestur tubuh yang menarik. Terus terang aku katakan aku meluat pada sesetengah gestur pelakon dan juga permainan vokal yang bersajak bagai.

Stanislavski berpendapat aktor itu kekuatannya adalah vokal, maka mereka perlu merancang bagaimana untuk mengucapkan dan gestur pula adalah peniruan atau gambaran dari apa yang dilontarkan divokalnya. Dan lagi menurutnya, jika pelakon telah melakukan perkara itu penonton harus berterima kasih. Bagaimana kita mendapati penonton berterima kasih? ialah dengan cara kita melihat dia terus terpukau menonton atau hilang fokus. Jika hilang fokus tergaru garu dan tercongak congak melihat sekeliling maka pelakon itu gagal ; diajarkan oleh Ahmad Yatim kepada aku.

Melihat kepada aspek lakonan Side, Jocasta(Puan Umi) bermain dengan konsep yang benar. Suaranya agak lemah pada hari pertama berbanding hari kedua. Namun sebaik dia masuk ke ruang lakon, dia memberikan sepenuh ucapannya kepada penonton. Maksud aku begini. Dia tidak hanya fokus pada suatu arah apabila melontarkan dialog. biarpun badannya dia kesatu arah, tetapi kepalanya berpusing ke semua arah secara perlahan. Maka dengan itu suaranya tetap akan didengar oleh kebanyakan penonton biarkan hanya pada sesetengah ayat sahaja. Ini kerana dengan hanya satu ayat insyaallah kita akan masuk kedalam cerita sikit berbanding dari tidak mendengar sepatah ayatnya pun.

Zarul pada aku punyai kekuatan vokal dan mampu membawakan watak Oedipus itu dengan lebih baik lagi jika dia memahami konsep Side dengan lebih mendalam. Lakonannya agak bagus dan tidak menjengkelkan. Tidak menjengkelkan itu paling penting bagi aku. Kerana jika kita meluat dengan apa yang dilakukan habislah keseluruhan cerita. Namun aku sebagai penonton masih tidak bersetuju dengan Zarul yang seolah cuba berlakon realisme (mungkin pengarah mahu begitu) Dan lagi selain Zarul, mereka yang mampu berlakon hari itu adalah dua orang utusan berbaju hijau dan Terisias yang buta itu, tetapi hanya mampu dan tidak berapa cukup cantik. Yang lain harap maaf. Terima kasih kerana tolong berlakon.

Iringan muzik itu bagus, menarik dan mencantik dan membantu pembentukan emosi, tapi tidakkah bunyinya terlalu kuat hingga mengganggu dialog pelakon. Cuma mungkin lebih cantik jika muziknya diletakkan jauh dari ruang lakon, maksudnya dalam penceritaan hanya dengar samar samar sahaja bunyi itu dari kejauhan. Ia ibarat sayup sayup kedengaran dan mungkin berfungsi mengalihkan bunyi kenderaan yang lalu lalang disebelah jalan.

Topeng itu pada aku hanya berguna pada Oedipus dan Jocasta. Tapi pada watak watak lain nampak ia dibazirkan. Mungkin diakhir akan ada sesuatu yang drastik pada topeng kesemua korus itu sepeti mana topeng Raja dan Permaisurinya. Tetapi jika topeng itu dibiarkan begitu pun sudah cukup kerana tak perlu terlalu melebih lebih. Itu hanya pilihan yang aku berikan dan ia terpulang pada anda mana yang anda suka untuk menilai.

Pengarahan Fasyali amat jelas dan secara tidak membuta tuli aku suka dengan pengarahannya, cuma mungkin beliau terlupa bahawa membentuk lakonan juga adalah kerja kerja pengarahan. Mungkin lebih cantik jika pada sesetengah dialog para korus itu dilagukan dan dibacakan secara berirama. Kerana yang kita sedia maklum, naskah itu sememangnya menggunakan sajak untuk membentuk ayat.

Makanya jika dinilai dari segi idea pengarah Fasyali berjaya. Dia pengarah muda yang berjiwa besar. Namun jika dinilai dari segi penceritaan ia adalah gagal, apalah makna sebuah teater jika ceritanya tidak difahami. Dan mungkin sebab itu dia memilih untuk mementaskan Oedipus. Ini kerana skrip itu sudah dibaca oleh ramai orang terutama pelajar dan penggiat teater. Maka dia tidak perlu menghantar cerita, tetapi menghantar idea. Jika begitu dia selamat.

Walaupun aku mengatakan pengarahan Fasyali terhadap lakonan tidak berjaya sepenuhnya, tetapi aku juga faham, kebanyakan pelakonnya adalah pelajar baru yang berusaha untuk menolong Abang Senior mereka dan tidak semua mereka dari jabatan teater, malah ada dari jabatan skrin, penulisan dan lain lain lagi yang aku dengar. Dan mereka juga hanya berjaya bertemu kesemua mereka untuk berlatih bersama hanya kira kira 2 ke 3 hari sebelum pementasan. Sebelumnya adalah latihan pocket bersama pengarah. Tetapi inilah cabarannya mementaskan Site dan mengunakan pelakon yang ramai.

Apa yang mampu aku katakan, Fasyali seorang pengarah yang berani dan dia lain.

kk : Aku tak berapa pandai main teori itu ini bila menulis review.

9 komen:

fazleena said...

bagusnya review. :)

aku benci review yg byk teori morry semua ni. hehe

Vitamin said...

aloy, terima kasih.

fazleena,
maknanya, u tak suka la review2 i sebelum ni... hehehe

Pet Shop Boys said...

Mcam-macamlah kau ni...itu tak eloklah ini tak eloklah

BonekadalamChermin said...

review yg bagus.
bahasa yg ringkas.
senang difahami.

yeay!

Pegawai Khalwat said...

Terasa nak terjun dalam telaga, terasa kecilnya diri ini bila membaca rebiu ini.

Tapi bila berdepan dengan realiti pementasan di luar ruang lingkup akademik, harap-harapnya semua ini dapat dikekalkan.

aloy_paradoks said...

Fazleena :
Terima Kasih.

Vitamin :
Terima Kasih.

Pet Shop Boys :
sape suruh kau baca.

Boneka :
Terima Kasih.

Pegawai Khalwat :
gua nak merasa jugak tengok lu punya pulak.

Pegawai Khalwat said...

ari tu gua buat show lu kata nak mai, lu tak mai.

aloy_paradoks said...

pegawai khalwat :
itu maknanya gua terlupa dan show itu pun gua tak sedar dah habis,,, padahal gua ada simpan flyer dari manifestasi teater tu... erm....

Pegawai Khalwat said...

Tak apa bro, umur panjang, next time bole lagi.