21 September 2010

Tetamu Malam Ini

Pelaq sungguh! Seboleh bolehnya Daud mahu mengelakkan perkara ini, seboleh bolehnya. Namun malam ini dia tak boleh. Dia terpaksa, kalau tidak diturutkan hati untuk turut serta bersama rakan rakan sepejabatnya pergi minum dan melepak, pasti dia boleh menghindari perkara ini. Jikalau masih awal malam tadi, mungkin masih banyak kenderaan yang turut melalui jalan ini, maka tidaklah sunyi sesunyi sekarang ini. Sudahlah berseorangan, Aduh CD orang mengaji mengaji pulak tak ada dalam kereta, menyesal rasanya tidak membeli kaset alunan Zikir dari Munif Hijjaz yang dilihatnya di Pasaraya minggu lepas. Kalau ada CD zikir pasti dia rasa agak kuat dan gagah sekarang ni. Tapi sayangnya tak ada.

Dalam kelam malam yang sekelam kelamnya itu kereta Proton Satria Daud meluncur laju, laju dijalan raya yang kiri kanannya hanya bukit berhutan tebal. Perlbagai hal bermain dikepalanya, mungkin sekarang ini Mayat Wanita yang mati dibunuh tahun lepas itu ada sedang berbaring di bumbung keretanya, atau juga mungkin sebentar lagi akan terbang bersebelahan keretanya yang meluncur laju. Namun yang paling celaka kalau kalau apabila dia melihat cermin belakang ternampak hantu wanita itu duduk menumpang keretanya.

"Sorang je Bang?" ah bagaimana kalau itu yang ditanyakan hantu itu nanti.

Awal tahun lepas penduduk disitu digemparkan dengan penemuan mayat yang mati dibakar. Dan selepas ujian demi ujian pihak berkuasa mengesahkan mayat itu adalah mayat seorang penari kebudayaan Pakistan yang dilaporkan hilang beberapa minggu sebelumnya. Penari Kebudayaan Pakistan itu dipercayai datang kenegara ini untuk bertemu dengan Suaminya yang merupakan seorang peniaga berjaya di negara ini. Namun entah apa malangnya dia akhirnya menjadi mangsa perlakuan jenayah yang semakin makin kejam dinegara ini. Dan berikiutan penumuan itu dua orang lelaki telah ditahan untuk siasatan lanjut, dan sampai sekarang entah apa jadi dengan kes tu, samada selesai atau tidak ia disimpulkan sebagai selesai.

Sebelum ini ada cerita cerita dari kawasan kejiranannya yang Daud dengar, bahawa tika malam para pemandu yang melalui lorong ini terutama yang berserangan kerap terlihat lembaga berupa wanita berdiri ditepi jalan. Berdiri benar benar di pinggir kawasan mayat wanita itu dibakar. Mereka pasti itulah roh wanita berkenaan yang masih tidak tenteram kerana masih belum mendapat pembelaan sewajarnya. Seorang pekerja bank tinggal dua blok dari bloknya dikisahnya pernah terserempak dengan lembaga berkenaan, namun keadaannya tidak berapa jelas, hanya samar samar dalam kegelapan malam. Namun pekerja bank itu pasti ada seseorang di tepi jalan sedang merenung kearahnya dan dia juga terpempan membalas renuangan itu. Akhirnya kereta dipandu terbabas melanggar pembahagi jalan. Mujur kereta dipandu tidak berapa laju. Akibat ketakutan dengan apa dilihat itu tadi, pekerja bank itu tidak keluar dari keretanya dan hanya menelefon rakan untuk meminta bantuan. Sebaik bantuan tiba baru dia keluar dan melihat kerosakan teruk dibahagian depan keretanya.

Dan sementara dia menunggu bantuan dari rakannya itu juga, pelbagai hal terjadi lapornya. Dalam suasana malam yang kelam dia dikejutkan dengan pintu belakang kereta yang diketuk oleh seseorang, namun apabila menoleh tidak pula kelihatan sesiapa. Beberapa kali juga dia terdengar ketukan yang sama berulang kali hingga akhirnya dia bernekad mendiamkan diri dan menbaca apa apa surah yang dihafalnya.

Daud terus memandu, walaupun kotak fikirnya ligat memutarkan cerita pekerja bank yang didengarnya sebelum ini. Dan Daud juga semakin hampir ditempat kejadian mayat itu mati dibunuh. Semakin hampir dan semakin hampir. Lagu Agnes Monica yang berkumdang di Radio di kuatkan sekuatnya, dan kereta dipecut laju, laju selaju lajunya dan......

Daud lega apabila sampai dirumah dengan selamatnya, lega kerana tidak menerima apa apa bencana dan tidak ditemukan dengan hantu berkenaan. Sampai dirumah isterinya yang mendengar dan mengenali deruman enjin kereta Daud segera membuka pintu... melihat kereta Daud sudah diparkingnya yang betul Rasidah masuk kedalam membuka semua lampu diruang tamu dan mengemas ngemas sedikit sofa didepan TV itu.

"Assalamualaikum" sapa Daud sebaik masuki rumah. Rasidah menjawab salam itu dan bersalam dengan Daud.

"Siapa yang awak bawak balik tu, kenapa tinggal dalam kereta?" tanya Rasidah apabila Daud terus duduk dan tidak mempelawa tetamu wanita yang dilihatnya didalam kereta tadi untuk masuk.

Daud diam, muka pucat lesi, Rasidah sudah kemuka pintu untuk menjemput tetamunya itu masuk.

7 komen:

BonekadalamChermin said...

perlbagai
berikiutan
penumuan
berserangan
renuangan
menbaca
berkumdang

hahahahaha!!!

penulis blog yg entusias! ;)

BonekadalamChermin said...

ok ini seriyes.

cerita ini seram.
macam tamar jalis,
siri bercakap dengan jin.

yg_indah said...

ending xmasuk lg kot ni

~~~ kay ~~~ said...

salam aidil fitri
maaf zahir & batin
(^_^)

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

alahai..
tiada tajuk lagi ae?
hehe

visit me yeahhh

http://owlkieranaa.blogspot.com/

Pegawai Khalwat said...

Persoalan.

Rasidah tak cemburu?

patungcendana said...

komen sama macam pegawai khalwat.