Hari ini hari peperiksaan percubaan UPSR, semenjak dari awal pagi tadi Azrul sudah sampai ke sekolah, Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2. Sebuah sekolah rendah yang agak terkenal di daerah Teluk Intan, terkenal kerana kecemerlangannya didalam sukan. Azrul selaku pemain ragbi disekolah itu sendiri telah beberapa kali mewakili sekolah didalam perlawan ragbi. Kalau dah namanya main ragbi tentu la Azrul ni tergolong dalam budak budak nakal sikit. Kalau sekolah menengah main Ragbi mungkin tak berapa nak nakal sangat, tapi ini sekolah rendah. Bila bermain Ragbi, itu tandanya dia seorang yang kuat, bila rasanya dirinya kuat dia akan membuli rakan rakan lain yang lembik, dan bila dah asyik membuli je jadi la dia nakal berbanding budak budak yang tak suka membuli itu.
Hari ini hari peperiksaan percubaan UPSR, bermakna hari ini tidak perlu bawak beg kerana tak ada buku buku yang hendak dibawa. Jadi boleh la Azrul berlenggang kangkung saja. Alat tulis pun bukannya banyak sangat, letak dalam poket seluar sudah la. Sampai disekolah tadi Azrul segera memakir kan basikal di tempat basikal tempat basikal, akibat kerana rasa tak stylo parking di situ, dia menolak basikalnya ke masuk lagi kedalam perkarangan sekolah, dan sudahnya basikal itu ditongkatkan di tengah tengah tempat letak kereta Guru Besar. Padan muka Guru Besar getus hatinya, dia merasa puas kerana dapat membalas dendam terhadap Guru Besar yang telah merotannya kelmarin. Hajat hendak menjadi menantu Guru Besar dimatikan begitu saja apabila terkenangkan betapa kejamnya bakal ayah mertuanya itu yang sangup merotan bakal anak menantu sendiri. Sambil itu Azrul menyumpah didalam hari biar anak Guru Besar si Alia itu menjadi anak dara tua tak laku laku, last last nanti kira jual lelong longok longok di Pasar Malam. Dan jikalau perkara itu terjadi, dia akan membelinya dengan tawar menawar yang murah.
Oh jauh benar lamunan Azrul pagi tadi. Kini semua pelajar telah masuk kedalam dewan peperiksaan, yang sebenarnya adalah kelas yang mana dindingnya boleh dibukak bukak jika perlu menjadi dewan. Alah macam dinding sekolah korang dulu tu la, kan dindingnya boleh dilipat lipat sampai ke tepi tingkat, kan? kan?
Azrul mengambil tempat duduknya yang telah ditetapkan oleh Cikgu Rahimah semalam, menurut cikgu mereka perlu duduk ditempat duduk yang ditetapkan dengan mengikut nombor giliran, tidak boleh duduk sesuka hati. Maka dalam hati Azrul hancurlah peluangnya untuk duduk disebelah Rahman, rakan baiknya yang diharap dapat memberi tiru terutama tika menjawab soalan berbahasa Matematik nanti. Bukan dia tak pandai Matematik, cuma jalan kerja terlalu sukar dan banyak. Sedangkan dia percaya dalam hidup ini "Perkara Yang Ringan Tak Perlu Diberat Beratkan". Padanya kalau pergi kekedai nanti takde guna rumus rumus nak kira duit beli barang, orang yang jual barang pun sama, guna tambah tolak je nak kira berapa duit baki. Ish mengarut betullah bagi Azrul.
Semua pelajar telah duduk diam di kerusi masing masing, duduk diam diam dan Cikgu Razak sedang berkata sesuatu di depan dewan. Menurut Cikgu Razak semua pelajar perlu bertenang dan jangan takut serta gementar ketika menjawab soalan. Kemudian Cikgu Razak menyuruh semua pelajar memejamkan mata, kemudian Cikgu Razak menyuruh semua pelajar membayangkan bahawa mereka semua sedang berada di persisir pantai yang indah dengan pasirnya yang putih dan deru ombak yang mengasyikkan. Pokoknya tenang dan harus tenang. Sebaik selesai sesi terapi, semua pelajar disuruh membuka mata dan menurutnya lagi kertas soalan akan diedarkan dalam 10 minit lagi. Sementara itu Guru Besar telah masuk kedewan dan bermesra dengan pelajar pelajar serta melihat lihat alat tulis yang dibawa oleh pelajar, mana yang kurang disuruh beli untuk peperiksaan sebenar nanti, mana yang tumpul disuruh asah. Lama kelamaan Guru Besar sampai ke Azrul.
"Huh! jangan harap nak pujuk aku balik. Anak kau dah tak laku baru nak cari aku. Sudahlah Ayah, Hatiku telah terguris". Rajuk Azrul didalam hati terhadap Bekas Bakal Ayah Mertuanya
"Ni apa ni?" tengking guru besar kepada Azrul sambil mengambil pensil yang Azrul letakkan di atas meja.
"Pensil" jawab Azrul lemah.
"Ini pensil kamu, kemetot aje" Marah Guru Besar lagi.
"Lagi mana alat tulis kamu" sambung Guru Besar.
"Tak ada".. jawab Azrul.
"Ini je kamu bawak? lepas tu pendek kemetot pulak" sambil Guru Besar menayang nayangkan pensil sepanjang kurang 2 cm didepan muka Azrul.
"Kalau macam ni panjang lagi Punai kamu. Kan? Mana lagi panjang? punai kamu ke pensil ni?" tanya Guru Besar kepada Azrul..
Tapi Azrul diam...
"Cakap mana lagi panjang? punai kamu ke pensil ni? cakap mana lagi panjang" Guru Besar mendesak lagi.
Setelah didesak berkali kali mana lebih panjang akhirnya Azrul menjawab lemah.
"Pensil ni lagi panjang Cikgu"
Akhirnya meletus ketawa seisi dewan gamat oleh gelak tawa pelajar lain. Yang paling menyakitkan hati apabila Alia yang duduk dikerusinya turut gelak sama.
Tengahari itu dalam penuh kemarahan Azrul bertambah marah apabila terlihat basikalnya telah jatuh ke longkang kecil tanda telah dilanggar oleh kereta Guru Besar. Dengan penuh kemarahan juga dia terus menganyuh basikal ke pekan, hajat hati hendak ke kedai jamu Indonesia membeli apa apa saja yang boleh membantu. Mungkin Minyak Urut Mak Erot yang baru dibacanya dalam majalah Mastika bulan lepas ada dijual.
k/k : Kalau tak tahu Mak Erot sila study di Google.
1 komen:
kena google jugak ke...bagitau ke kat sini tak boleh ke?
Post a Comment