Husin leka mengasah ngasah pensil "made in China" berwarna merahnya berdekatan tong sampah plastik hijau dibucu kelas. Bersebelahan dengan Husin pintu belakang yang sudah terkopak separuh dindingnya akibat dipenerajang Azizul hari khamis lepas. Apa ke ntah gilanya si budak mabuk hari khamis aritu asik nak main penerajang penerajang je, mula mula kerusi Wan Lembik yang menjadi mangsa, habis patah tengah kurusi kayu tu dibuatnya. Tak lama lepas tu dinding belakang kelas disepak penerajang, menyedari terlalu sukar dinding itu hendak ditumbangkan akhirnya pintu bercat biru menjadi mangsa. Nak jadi Bruce Lee yang dia tengok di Tv malam tadi katanya.
Kata Azizul lagi, orang yang kuat selalunya bila dia mengangkat kedua tangan keatas akan timbul seolah oleh kepak di belakang badannya. Habis semua budak lelaki disuruh tegangkan badan dan mengangkat tangan ke atas, kemudian diraba raba bahagian belakang badan mereka.
Mail ada sedikit kepak katanya, jadi Mail agak kuat jugak, tapi kuatnya sikit.
Wan Lembik pulak tak ada kepak langsung, jadi Wan Lembik memang tak kuat.
Fendi pulak kepaknya lebih timbul berbanding Mail tadi, maka Fendi lebih kuat sikit dari Mail. Dan Azizul ada kepak yang besar apabila badan kurus keringnya ditegangkan dan tangan dinaikkan keatas. Maka Azizul adalah orang yang paling kuat diantara mereka. Kepak dibelakang Azizul sama timbul dan besarnya seperti Bruce Lee malam tadi, jadi kekuatan Azizul sama seperti Bruce Lee. Akui Azizul sambil terus menerajang pintu. Akhirnya sebelum waktu rehat berakhir Azizul pulak diperajang oleh Cikgu Rosli dan diseret ke bilik Guru Besar.
Meja didalam kelas Husin disusun secara berkelompok, setiap kelompok ada dalam dalam 7 orang. kelompok ini disusun oleh Cikgu Rahim mengikut tahap kepandaian dan pencapain masing masing didalam kelas. Setiap menjelang peperiksaan, Azhar, Linda dan Osman antara orang yang kerapa mendapat keputusan terbaik, dan antara mereka saling bergilir kedudukan pertama, kedua dan ketiga. Maka sebab itu mereka bertiga tidak ditempatkan dalam sekelompok yang sama. Ini dilakukan sebagai strategi untuk pelajar yang cerdik, cepat dan bijak membantu pelajar yang lemah, lembap dan bodoh.
Entah kenapa apa sebabnya Cikgu Rahim meletakkan Husin bersebelahan dengan Azhar.
Selesai mengasah pensilnya menjadikan dari satu mata kedua mata Husin duduk dikerusi, tambahan pula sebentar lagi sesi pembelajaran akan bermula. Husin duduk dan kini mengadap Atikah, juga diantara pelajar yang bijak didalam kelas.
Diluar kelas Azizul masih berkumpul bersama Fendi dan Mail, leka benar dua orang budak mangkok mendengar Gebang Azizul tentang cerita di tv yang ditontonya malam tadi. Itulah rutinya Azizul setiap pagi, bercerita tentang apa yang ditontonnya di malam tadi. Bagai rumah dia seorang je ada tv, rumah orang lain semua tak ada.
Husin bangun semula dari kerusi,, memandang tepat kemata Atikah, senyum dan berjalan keluar kelas, keluar ke arah dimana Azizul dan kuncu kuncunya sedang berborak sakan, dimana mereka sedang mendengar penuh minat pembohongan yang dilakukan oleh Azizul
"Nah Kau!" Jerit Husin sambil menikam perut Azizul dengan pensil bermata dia yang baru diasahnya.
Melihat keadaan itu, Fendi dan Mail mula kaget dan buntu serta keliru dengan apa yang sedang berlaku. Teman teman lain dikelas masih tidak sedar akan kejadian ini, cuma Atikah yang sedar kerana ekor matanya mengekori Husin yang keluar kelas itu dengan membawa pensil dua matanya.
Sementara itu Husin menarik pensil 2 mata yang ditusuk ke perut Azizul itu, darah mengalir laju,, Husin memusingkan pensil itu dan dengan menggunkan mata pensil yang baru diasah tadi mencucuk pula ke mata kiri Azizul..
"Arhhhhh" darah memancut keluar dari mata kiri Azizul sambil tangannya memegang batang pensil yang tercacak.. kemudian Husin terus menggila membenamkan terus pensil itu kedalam mata Azizul. Cikgu Rosli yang tanpa disedari oleh Husin sedang perjalanan ke kelas itu telah kaku terhenti langkah,, diam tak mampu berkata apa apa. Hanya dari kejauhan dia kaget dan tergamam melihat kejadian itu.
"Ha,, padan muka ko, asik menipu je keje ko,, ni esok kalau dah besar ni mesti jadi Ketua Ajaran Sesat, mengumpul kekayaan diatas ketaksuban pengikut ko,, tak pun ngaku Tuhan,, baik aku bunuh ko kecik kecil lagi" Marah Husin kepada Azizul yang menjerit sambil menarik pensil itu keluar dari matanya.
Kini anak mata Azizul terkeluar bersama pensil dan tergolek diatas lantai.
4 komen:
huh....brutal.18sg ni...
oh...aku first rupanya...hehe
menarik minat aku untuk membaca sampai noktah yang terakhir...di rungkaikan secara halus tentang sistem dan bagainya...haha....sempoi yang mendalam..cun!!
Superb.
Itu lah dia, akibat suka buat crita gebang :D
agak brutal.....issskkk
Post a Comment