Dari atas bukit itu Guyong berdiri tegak memerhatikan sekitar kota yang sedang dilanda kemusnahan. Setelah bermati matian mempertahankan kota itu dari diceroboh sejak mula malam merangkak malam tadi, akhirnya Guyong dan para pahlawannya terpaksa akur kepada kekalahan dan mereka terpaksa berundur bersembunyi di Bukit Hitam. Raja bersama kerabatnya dan para bapak menteri dari awal kehadiran tentera penceroboh lagi sudah diselamatkan dan telah belayar pergi ke Negeri Beranta sejak petang semalam.
Dibelakang Guyong kelihatan askar askar yang telah cedera parah terbaring, mana yang tidak mengalami kecederaan merawat rakan rakan mereka yang cedera. Sebak didalam hati Guyong dapat dirasakan Jalit, orang kanannya yang turut berjuang bersama malam tadi. Jalit masih menunggu nunggu arahan selanjutnya dari Guyong, samada mereka akan terus lari semakin jauh atau bertahan disitu, hendak menyerang kembali adalah tidak waras rasanya pada ketika ini. Ramai para pahlawan telah terkorban malam tadi, dengan kekuatan tenaga tidak sampai 50 orang itu apalah yang boleh mereka lakukan ketika ini.
"Jalit!" Kedengaran suara Guyong memanggilnya.
Mendengarnya Jalit segera mendapatkan Guyong.
"Ada apa pendekar?" Jalit bertanya.
"Kita akan bergerak sebentar lagi, kita perlu bersembunyi dan menyelamatkan diri di kampung kampung yang lebih jauh dari kota. Persiapkan mereka semua, mana yang tidak boleh berjalan, sediakan pengandar. Kita tidak boleh lama disini, takut takut kalau musuh datang mencari" Jelas dan tegas arahan Guyong kepada Jalit.
Mendengar itu, Jalit segera menyampaikannya kepada rakan rakannya yang lain. Mereka semua patuh dan kelihatan mula melakukan apa yang patuh, ada yang memotong kayu untuk dijadikan pengandar, Guyong sendiri mengumpul akar akar kayu untuk kegunaan itu. Menjelang beberapa ketika mereka mula bergerak meninggalkan menjelajah lebih jauh lagi kedalam Bukit Hitam menuju ke balik gunung untuk sampai ke kampung kampung kecil.
Sementara itu Raja sendiri mula risau dan masih tidak tidur tidur sejak malam tadi. Hatinya gundah memikirkan rakyat jelatanya yang tinggal disekitar kota. Baginya biarlah kota itu dirampas atau dimusnahkan, tetapi jangan para rakyat di apa apakan. Kerana baginya tugas kerajaan itu adalah membela rakyat bukannya menyusahkan rakyat. Perjalan laut kenegeri Beranta pasti akan mengambil masa lebih kurang 1 minggu lamanya. Negeri Beranta adalah dibawah pemerintahan menantu Raja Merewas, dan disana nanti dia akan mendapat suaka politik serta akan merancang bersama bala tentera menantunya itu untuk melakukan serang balas. Didalam hatinya dia tertanya tanya juga bagaimana keadaannya Guyong bersama pahlawannya.
Bersambung ..........
1 komen:
hmmmm. bersambung daa,
Post a Comment