Seminggu sudah keadaan Zainal begitu, makan bila terpaksa, itupun sedikit, rumah tidak terurus, keadaan diri tidak sesempurna manusia. Hari ini masuk hari keempat dia tidak bekerja. Rakan rakan di pejabat yang menelefon mahu bertanya khabar apa kisah apa cerita, Bos juga sudah bosan asyik menelefon, namun semua hampa kerana nombor yang didail tidak dapat dihubungi. Telefon Zainal terperuk dibawah meja, dibiarkan sepi tidak berbateri. Sengajar dibiarkan begitu, dia tidak mahu sesiapa mengganggunya. Biar, biar dia begini kerana rasa hati ini tidak siapa yang mengerti.
Zainal sudah tidak kisah apa yang mahu terjadi pada dirinya, jikalau dia mati pun ketika ini tidak pernah diambil peduli, malah mungkin itu jalan terbaik bagi dirinya kini. Diikutkan hati, semalam semasa keluar mencari ketenangan diri mahu saja dia sengaja memandu laju dan menghentam lori didepannya. Ataupun melanggar lampu merah biar menemui kemalangan dengan kenderaan lain. Mati lebih baik jika begitu, dari hidup menjadi punca segala siksa. Tapi hati khuatir juga, jika apa yang dilakukan itu tidak membuahkan hasil, dirinya tidak mati, tapi seksa menanggung cacat seumur hidup, ah itu lebih menyiksakan.
"Awak nak kalau saya bagi cinta simpati pada awak?"
Itu kata kata dari Syakila yang membuatkan seluruh tangkai hatinya layu dan lemah. Lemah tidak bermaya hingga segala kata katanya lepas ini tidak berguna lagi. Simpati? apa guna dia terus memujuk jika sudah itu keputusan muktamad dari Syakila? Simpati? bermakna itu bukan cinta! Ah setan sungguh. Dulu Syakila yang benar benar mendesaknya menyatakan perasaan dan hasrat hatinya.
"Kalau lambat nanti nanti menyesal, terlepas"
Itu kata kata dari Syakila yang membuatnya berani menyatakan cinta untuk melamar Syakila menjadi kekasih hatinya. Lama juga dia membuat keputusan itu. Setelah 2 bulan mereka kerap bersama, keluar, berjalan, makan, bergembira, meluahkan masalah dan berkongsi cerita, semua itu atas landasan kawan. Tapi corak dan sulamannya tidak seperti kawan, berat kepada pasangan kekasih sebenarnya. Dan untuk itu Syakila menyedari perasaan Zainal terhadap dirinya dan mendesak Zainal untuk berterus terang agar segalanya jelas dan tidak terselindung.
Namun apabila Zainal meluahkan perasaannya, menyatakan isi hatinya..
"Nanti I fikirkan" itu jawapan balas yang diterimanya.
Nak fikirkan apa lagi, kata Zainal di benaknya. Kalau suka dan terima terus saja terima, dan kalau tak suka dan tak mahu terima kenapa perlu sebelum ini mendesak agar dirinya berterus terang. Untuk apa? Untuk mempermainkan perasaannya, untuk menambah koleksi mangsa yang telah diperdayakannya. Sebelum ini Zainal hanya memekakkan saja telinganya dari hujah kawan kawan yang mengenali Syakila. Kata mereka Syakila itu kerap bertukar pasangan, suka mempermainkan lelaki. Namun Zainal tidak pernah percaya itu walaupun terfikir juga bagaimana kalau benar kata rakan rakannya itu.
Tapi itu semua segera dilupuskan dari kotak fikirnya, mungkin kali ini Syakila benar benar ikhlas, mahu berubah dan dia bertanggungjawab membawa perubahan itu dalam diri Syakila. Lagipun mana mungkin dia menolak peluang untuk memiliki Syakila, gadis yang dianggapnya cukup cantik dan punya tarikan yang tersendiri. Sepanjang 26 tahun dia hidup tidak pernah dia mencium harum wanita seperti harumnya Syakila, membelai lembut rambut selembut rambut Syakila, menyentuh tangan sesuci tangan Syakila.
Kini dia rindu, rindu rambut beralun Syakila, rindu harumnya tubuhnya Syakila, rindu basah basah lembut jari jemari Syakil. Ah itu semua mengundang rasa sakit dalam dirinya. Tidak tertanggung lagi rasanya semua ini. Keliru dan terus keliru, kenapa selama ini semuanya berjalan lancar, elok dan indah. Tapi bila dia menyatakan segalanya semuanya berubah, menjadi taufan yang memusnahkan hatinya. Tapi dia telah berfikir panjang sebelum ini, berfikir tidak mahu meluahkan hati dan mahu cinta serta perjalan indah mereka terjadi sendiri, namun Syakila mendesak mahukan kata cinta, mendesak dalam cara yang paling halus tapi keras tanpa perlu menyatakan secara terus.
Zainal diam membeku ditepi tingkap. Melihat indahnya Kuala Lumpur diwaktu malam dengan cahaya yang kemilau dan bergemarlapan. Namun keindahan itu tidak dirasakan kini. Keindahan malam di Kuala Lumpur seolah mengejek dan mempersendakan dirinya. Terasa mahu benar dia mahu menjerit agar segala kekusutan keluar sirna bersama pekikan itu nanti.
Seketika kemudian jantung Zainal mula berdegup laju, sejuk terasa segar, keindahan malam di Kuala Lumpur sudah meresap dalam dirinya, tidak lagi mengejek tapi menjemput untuk bersama. Terbang.... melayang..... dan terlena.
................ ESOK MALAM.......................
(Kamrudin Mape - Buletin Utama) Pihak Polis masih menyiasat samada mayat Zainal Iskandar yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 26 mempunyai kaitan dan mempunyai unsur jenayah atau tidak. Namun setakat ini, pihak polis belum menjumpai sebarang bukti.
5 komen:
titik.
puhhh, nasib baik terjun banggunn jer.igt kan dah lari ke pulau tioman atau ke muzium banggunn bersejarah
Aku dah google dah mak Erot tu.
Kesian dia mati tak sempat pi berubat dgn dia :(
entry isu semasa ni.
Boneka :
Titik jugak.
Shyrudin :
Nak bagi best kene ada mati mati.
Saat Omar :
dah google,, bagus,,,, hahhahaha. Gua rasa lu tak perlukannya.
Yang Indah :
sebab entrynya juga semasa....
Post a Comment