Petang ini seperti petang petang sebelumnya Karim Benzima akan bermain bola di padang sekolah. Satu satunya padang yang terdapat dalam kampung itu dan satu satunya padang yang ada tiang gol, tiang sebenar benar, berkat hasil Cikgu Besar Leman yang dipindahkan ke sekolah rendah itu lima tahun lepas. Selain dari padang ini yang selainya adalah padang ragut, takpun padang jarak padang terkukur yang mana tanahnya menjadi lapang selepas banjir besar tak lama dulu.
Hari ini Karim Benzima mau jadi hero, semalam pasukannya kalah kepada pasukan Halim. Padanya bukanlah Halim yang bagus bermain, cuma anggota yang menyertainya semua jenis kaki tak berbedung. Hari ini siapa nak masuk pasukan Karim Benzima Karim akan tapis dulu. Ismail antara orang nak ditarik masuk ke pasukannya. Ismail padanya adalah penghantar yang bagus, Ismail bisa saja membolosi pertahan lawan dari posisinya disayap kiri, dan terus membuat hantaran lintang untuk dirinya dihadapan gol, dan Karim sendiri mampu sahaja meledakkan gol kerana keparannya mencari ruang diantara pemain. Jika dia bergandingan bersama Ismail tiada apa lagi yang mampu menghalang. Cuma semalam Ismail terlewat sampai, dan ketika sampainya dia, pasukan Halim kekurangan seorang pemain, maka akhirnya Ismail membantu jentera di pasukan Halim.
Kasut but yang diperbuat dari getah itu disarungkan kekaki busuknya, diacah acah kedua hujung kakinya keudara, letak kedua kaki ke tanah dan terus berdiri. Terasa yang berdiri kini adalah seorang pejuang, penuh aura dan pesona, mampu menggegarkan pertahanan pihak lawan. Langkah disusun, basikal dibawah rumah dicapai, kayuhan pertama bermula dan basikal bergerak laju menyusur ke jalan besar.
10 minit berlalu, bangunan sekolah mula kelihatan, kecil, kecil, sederhana, sederhana, besar, besar, dan makin besar kelihatan bangunan sekolah. Kelibat manusia mula kelihatan, sekali imbas telah dapat dikenal pasti siapa empunya gerangan. Tak lain tak bukan Shariman berbaju merah mengadap padang, Sudir tidak berbaju duduk di atas basikal, manakala Husin Kickers tercapuk dibelakang basikal. Duduk ditanah mendongak ke arah Sudir Pian rasanya. Karim Benzima makin dekat, makin mendekat, dan benar itu Pian.
"Mahe hagi hang hain" tanya Karim Benzima secara rawak kepada sesiapa saja.
Pandangan Pian beralih ke arah Karim Benzima.. ditenung sekejap.. beralih semula ke arah Husin Kickers dan terus menyambung ceritanya.
"Mahe hagi hang hain" tanya Karim Benzima sekali lagi apabila soalannya itu tidak berjawab.
"ape ir, ahhu hanye hak hawak pung.." gomel Karim sendirian.
Setelah lama diam disitu, Karim Benzima memerhati dan mendengar saja mereka berborak sakan. Topiknya agak menarik, kisah Yati budak kelas karim Benzima yang cun melecun. Semalam Husin Kickers terlihat basikal merah jambu Yati tersadai di pinggir semak ladang tebu dekat jambatan besi, dan yang menariknya, di sebelah basikal merah jambu itu tersadai sama basikal Mountain Bike hitam Halim. Maknanya kata Husin Kickers pasti mereka berdua juga ada disitu. Husin Kickers syak pasti mereka berdua ada didalam ladang tebu tu. Apa yang dibuat ha itu yang kita semua tak tahu.
Ceritanya lagi, untuk mendapatkan kepastian Husin Kickers menyorokkan basikal jauh kedalam semak hingga tak ternampak dek mata. Kemudian mencari posisi yang sesuai di belakang pokok berhampiran puluhan pokok kedabu untuk melihat benarkah Yati dan Halim ada disitu. Lama kemudian dari celah celah pokok tebu muncul Yati dan Halim berdua berpimpingan tangan. Sebaik sampai di basikal gemgaman tangan mereka dilepaskan dan masing masing mengambil basikal lalu Halim berkayuh ke Baroh, dan Yati berkayuh ke Darat.
Berbagai tekaan dibuat oleh mereka, menurut Husin Kickers dia pasti mereka berdua telah berzina, dan menurutnya lagi beruntung sungguh Halim. Di pihak Pian pula dia pasti dan mengiyakan fitnah Husin Kickers itu. Manakala Sudir pula tidak berani berkata apa apa katanya, walaupu akhirnya dia berkata "wah! macam mana la rasanya Halim dapat tu ye".
"Dah la, jom balik. Lambat ni" saran Sudir kepada mereka yang lain.
Eh! takkan nak balik dah. Main pun belum lagi. Risau Karim Benzima didalam hati. Mana budak budak lain ni. Getus Karim Benzima lagi. Tapi dalam hati je la.
"Uei,,,, mahe onghang ark main main ni.. ape un hak ade.. om ar mahen hanyak ni je.."
"Main apenya? orang dah nak berbuka ni. Balik la buka puasa! bulan depan je main" Marah Sudir kepada Karim Benzima.
Cis! Celaka! macam mana aku leh lupa arini start puasa! amuk Karim Benzima dalam. Patut tak de sape turun.
3 komen:
part but getah tu memang rare. Boleh pula gua lupa artifak sejarah tu.
Cis! Mula-mula aku tengok tajuk ingatkan Karim Berzina.
khalid Jamlus mana?
Post a Comment