06 July 2010

CintaKu Sampai Ke Etopia

"awak ingat saya nak sangat berlaki kan awak dulu?"

marah benar Zainab kepada Hamdan malam itu. Punca asal usul pergaduhan kecil sahaja, bermula dari Zainab ditegah dari terus membasuh pinggan dan diajak menonton wrestling. Bukan Hamdan sengaja mengada ngada, namun sesekali hendak juga menonton wrestling bersama isteri tersayang. Bukan apa sudah agak lama mereka tidak berdua duaan dan sementara kesempatan yang ada semasa Rahim anak yang bongsu masuk PLKN ni lah masa untuk kembali berbulan madu. Hajatnya sesudah usai wrestling itu nanti bisa saja dia mempraktikkannya bersama selepas itu.

Bermula dari itu Zainab sudah merunggut dan berkeras mambasuh pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Pantang benar di bersenang lenang jikalau masih ada kerja belum diselaikan, rasa bagai berzina tak cium mulut katanya. Dari bebelan yang kecil terus kepada hal hal yang lebih rumit, contohnya Hamdan dari minggu lepas disuruh menebas lalang belakang rumah namun masih tega tidak berbuat apa apa. Dan merebak pula ke hal asyik melepak lepak di kedai Seman sampai santak magrib baru nak balik. Tersentuh pula isu seutas rantai emas yang digadai setahun lalu masih belum tertebus.

"habis kau fikir aku pun tergamak nak kawin dengan kau dulu?" bentak Hamdan pula.
"Habis tu buat apa awak kawin dengan saya" jerit Zainab.

Fuh macam berat je cerita ni, ni kalau sambung tulis ada yang bercerai pulak karang. Baik jangan sambung, tak elok la sampai ada laki bini bercerai berai. Stop!

11 komen:

ashraf sahdan said...

kehkehkeh. macam drama.

gua dah terbayang muka Rosnah Mat Aris berlakon watak Zainab.

aloy_paradoks said...

Ashraf :
wa,,, lu style mcm pengarah pengarah la,, kalau tengok skrip atau sinopsis tu jenis bayang muka pelakon punya..

Amal said...

hahah. sambung lah aloy!

artisticklytouch said...

tak semestinya bila bergaduh akan bercerai bai, Mr & Mrs Smith, gaduh punya gaduh terus beromen... best kan?

A.K.U.D.O said...

kan bagus buat citer begini...takdelah sampai cerai atau mati sbb dah mls nak fikir ending.

triple x malaya said...

tido kt hakim lg bagus

aloy_paradoks said...

artisticklytouch :
ui itu ganas sangat tu,, tak sangup aku nak pukul bini sampai mcm tu..

AKUDO :
ha bagus kan,, lain kali buat lagi.

Triple :
ah lembik..

✖Maqruf Lim✖爱 你✖ said...

nih masuk genre gapo nih?

FareeZan said...

bongek.

encik ADAM said...

etopia tu katne?

fndrocka said...

scene bergaduh tu kena potong ke.ni mesti gaduh tak pakai baju.