Teater itu adalah peniruan, peniruan cerita, watak atau situasi dan diadaptasikan kedalam naskah. Didalam peniruan itu seringkali terjadi peniruan yang buruk sekali sifatnya. Benar tiada salah dan betul dalam seni namun ada cacat dan celanya. William Shakespeare pernah berpesan dan mengajar ilmu lakonan lebih dahulu namun sayang kerana ilmu itu tidak digali, katanya ;
"Ucapkanlah ayatku itu menurut teladan yang baik,
kerana jika terjerit jerit saja
lebih kupanggil Tukang Canang melaungkan
kata kata ku itu".
Kita tanpa sedar meniru kemanusian itu dengan buruk sekali hingga pelakon kelihatan bodoh di atas pentas. Dan pengarah menyaksikan arahannya itu dengan bangga sedangkan beberapa orang yang lain kelihatan jelek sebenarnya. Segala galanya ilmu telah disediakan tinggal kita untuk mencari saja, dan jika tidak mahu menggunakan ilmu yang ada kerana mahu mencipta satu ilmu baru, maka kaji dulu ilmu yang ada agar kita lebih mengetahui. Jika membabi buta jadilah seperti "Kita Bersorak Menang Tapi Seluar Londeh Nampak Punggung".
7 komen:
zaman ni seluar tak londeh pun masih nampak punggung.
ak nk buat teater pasal kemerdekaan or rusuhan kaum 13 mei 1969..
leh tlg???/
Yg Indah :
Benar begitu katamu...
Jantan Keparat :
Boleh, tapi bukan sepenuhnya..
gua buta seni agaknya. gua tak paham ni.. plis..plis..plis...
tolonglah si Jantan Keparat tu
kesian dia
hehe
Jo :
takpe,, kalau buta teruskan hidup dengan segala daya upaya,, tapi jangan la mintak sedekah kalau boleh..
Hans :
wow!!
geng teater nih ramai budak hip hop ke?
Post a Comment