Keadaan dalam surau agak lenggang, memang sebenarnya lenggang pun sbb zaman sekarang ni mana ada orang nak pergi surau sangat. Amri membaringkan tubuhnya bersebelahan dinding. Amri melenakan matanya.
Sekejap Amri sudah terlena, masuk sepasang lelaki duduk duduk tak berjauhan dari tempat Amri melena. Sepasang lelaki berborak borak hal dunia itu ini bersoal jawab begitu begini. Dari hal pelajaran anak anak hingga ke insuran kereta yang dah nak habis dan fikir nak sambar kereta baru pulak dan merebak ke hajat nak cuba cuba berbini dua. Suara serak serak ala Salim dan bass ala ala Jamal Abdillah mengejutkan Amri yang melena. Terkejut saja namun bangun dia tidak. Amri cuba untuk melena lagi, dicuba berkali kali namun gagal dek terganggu oleh suara sepasang lelaki itu.
Amri : Sedara, boleh tolong senyap sikit. Ingat surau ni tempat berborak ke?
Sepasang lelaki diam termanggu manggu, namun seorang dari sepasang lelaki itu segera berkata.
Lelaki : Habis tu lu fikir surau ni tempat tidur pulak ke?
8 komen:
hahahaha
amik dia
padanlah
dua2 kena
duh.aku fikir melena berak berdarah tu.haha
Aku ingatkan nama Amri tu Amri Melena, ala-ala Latin gitu.
amri tido dh siap amik wudhuk ke
aku suka melena ni...
hahaha. kan kena. kahkahkah
aku selalu je tidur kat surau..haha
hai.dah lama tak singgah
Post a Comment