Pada hari aku terima surat tawaran sambung belajar di UiTM, aku terus jumpa Syam. Dia hepi giler terus ajak aku pergi makan. Tapi dia cakap dalam masa yang sama dia sedih jugak sebab aku terpaksa pergi. Dalam sehari 24 jam boleh dikatakan selama 24 jugaklah aku jumpa dia. Tempat tidur kami sama, tempat kerja juga sama, mana ada Syam ada aku. Jarang dia pergi mana aku tak ada.
Sebelum Aku rujuk Syam untuk memilih pengkhususan apa dalam bidang MASSCOM, dan dia syorkan aku pilih Public Relation walaupun masa isi borang tu sepatah haram aku tak tau apa itu Public Relation. Dan ye,, Syam jugak yang bertanggungjawab isi borang permohonan aku di internet kerana masa itu aku masih buta I.T.
Tup Tup aku dapat tawaran temuduga, masa tu dalam bulan Ramadhan. Pada malam sebelum temuduga lebih kurang jam 11 malam aku keluar makan dengan Syam. Lepak punya Lepak sampai ke sahur jam 5.30 kami masih disitu. Lepas makan sahur balik mandi dengan mata rabak terus gerak ke Shah Alam. Kami kene gerak awal sebab Shah Alam masa itu adalah sesuatu yang asing. Melilau jugak la hari tu nak cari mana dia menatang UiTM tu, redah punya redah akhirnya sampai jugak ke UiTM. Sementara aku hadapi sesi temuduga yang makan masa berjam jam tu Syam tido dulu sebab mata dia dah rabak giler dah.
Sepanjang pengajian di UiTM aku jarang turun ke Bukit Beruntung, namun sekali sekali menjejak kaki kesana Syam makhluk yang pasti aku temui. Restoran Mamak Salam Sentosa menjadi medan wajib kami berborak sampai pagi, sama macam zaman zaman dulu dulu sebelum ke UiTM. Kami akan berborak segala benda terutama dari Politik hingga ke Muzik. Aku memang tak pandai main muzik namun pengalaman aku menonton dan mendengar itu banyak maka aku bisa berbicara soal muzik. Syam suka bercerita kisah kisah masa dia umur sebaya aku dulu. Dan ya,, semenjak ketiadaan aku disana Syam dah mula kenal Laptop dan Laptoplah temannya yang baru kini.
Setiap kali mengunjungi dan ketika hendak balik ke Shah Alam pasti ada sesuatu hak milik kepunyaannya yang menjadi milik aku. Dia akan membuka almari dan melihat mana mana koleksi pakaian yang disukai untuk diberikan kepada aku. Boleh kata kebanyakan T-Shirt yang kerap aku pakai kini adalah asalnya dari dia dan kene dengan citarasa aku pulak. Masa aku menulis entry ini juga T-Shirt hitam yang sedang aku pakai dan beg sandang merah disisi juga adalah pemberiannya. Begitu juga pendrive yang aku gunakan masih ada namanya "Unrestmind". Dia pernah suruh aku delate nama Unrestmind itu dan gantikan dengan nama aku "Aloy", tapi aku menjawab "biar nama asal, itu kenangan untuk gua sampai bila bila ada nama Lu"
8 komen:
sedih walaupun tak kenal die..terharu.....al fatihah
begitulah kehendakNYA.
kita yg masih bernyawa teruskan kehidupan dan ingatlah kita juga akan ke sana akhirnya.
sedeyhnyew..
xpe lew..
moga diew aman di sana..
alFATIHAH...
semoga tabah menerima permergiannya...
aloy..
member baik memang susah nak cari..
takziah bro..
arwah la yang cite kat gua pasal name betol lu loy..
al fatihah..
semoga arwah tenang di sana.
ko teruskan perjuanagn arwah mesti gembira kalu ko bejaya. -arini komen mcm serius
semoga arwah tenang di sana.
ko teruskan perjuanagn arwah mesti gembira kalu ko bejaya. -arini komen mcm serius
Post a Comment