



Baik pada 10 haribulan mei ini satu projek "Perfomance Art" akan diadakan di ruang legar kafe aswara bermula jam 8.30 malam. Gua Aloy Paradoks dan Rayza MukMin akan beraksi dengan karya masing masing. Bagaimana dan apa itu rahsia cuma apa yang pasti ini bukan teater.
Tapi sebelum itu pada 8 hb dan 9 hb ni Mei ini, iaitu sehari sebelum projek "Perfomance Art" Karnival Keusahawanan Seni diadakan di perkarangan Panggung Ekperimen ASWARA, ia satu platform bagi usahawan seni memasarkan produk seni mereka. Dan kemuncaknya ialah pada sebelah malam persembahan "Teater Tradisional Mek Mulong" menyusul. Persembahan Mek Mulong berasal dari Kg Wang Tepos di kedah dan konsepnya menyerupai Mak Yong yang lebih popular. Untuk Mek Mulong ini gua akan beraksi selaku pemegang watak Awang (Peran) pada persembahan malam kedua. Tiket untuk persembahan Mek Mulong berharga RM5 pelajar dan RM10 dewasa. Info lebih lawat SINI. dan SINI.
Kemudian pada 14,15 dan 16 ini pula PARADOKS akan beraksi di Lorong Seni Putrajaya. Sesiapa yang berminat menyertai PARADOKS untuk membuat persembahan dan membuka gerai jualan barang seni sepanjang hari itu silakan. Tiada yuran penyertaan dan kemunculan dikenakan. Untuk persembahan jalanan PARADOKS akan muncul pada Jumaat dan Sabtu(14&15 mei) bermula jam 3 ptg hingga 5 ptg. Dan Ahad pula persembahan dari jam 5 ptg - 6 ptg.
Juga pada 1 June sebuah Teater bertajuk Hanturisme arahan Fakhrulrazi membuat persembahan di Panggung Ekperimen ASWARA bersempena PETA (penilaian tahun akhir) dan Gua Aloy Paradoks bersama Rayza MukMin bermain juga didalam Hanturisme ini. Persembahan jam 8.30 malam.
Dan pada penghujung Julai awal Ogos sebuah teater Bertajuk Hegemoni Karya dan Arahan Aloy Paradoks mengambil tempat di Stor teater DBP.
10 komen:
GEMPARK!!!
font tajuk besar kecik besar kecik tu...
macam bapok!
bro gua mau joint tapi kali nie gua ada hal la...
Mek Mulung Cahaya Bulan aku pernah jadi Raja Gergasi!
Dark Ray :
baru la aswara..
Mamai :
ok ok,, apa ada hal,,,
Pegawai Khalwat :
or best best,,, aku jadi awang la ni..
Awang Pengasuh ye? Pakai topeng kayu separu kaler merah, bawak parang yang ada kepala orang tu?
Berjumpa Wak Raja kan?
He he he.... menarik tu, aku paling suka lagu-lagu dia.
aku le awang yang nyanyi off tune ha ha nanti aku hadir.
cak semulot!!!
*show yang lain tuh ko invite jelah kat fb, nanti aku lupa
Pegawai :
aku tak hafal lagu,,, aku awang yang banyak main..
artistick :
hang out of key,, aku langsung diam ja nanti..
gua slalu tak dapat hadir event lu..isk
sokong!
Post a Comment