Amarah mereka tidak terbendung lagi, marahnya mereka kerana Bomoh Kassim pemuja hantu sudah memporak perandakan seisi kampung, kerja laknat dan syirik Bomoh Kassim menyebabkan kampung mereka tak henti henti ditimpa musibah dan musibat. Semalam Rashid telah menemui ajal tatkala menjaring udang di muara. Menjelang tengah malam mayatnya ditemui keras kehitaman kejung didalam perahu. Hanya setelah disiram air jampi dari oleh Lebai Manan barulah mayat mampu dikendur dan dan dimandikan. Namun mayat yang telah menghitam tetap menghitam. Maka berteriaklah Rosmah yang baru dikahwini Rashid sebulan lalu.
Kini orang kampung telah sebulat suara dan sepakat mengatakan bahawa ini semua perbuatan durjana Bomoh Kassim, sejak 3 bulan yang lalu telah tiga orang Janda muda yang kehilangan suami dan kini masuk Rosmah adalah kes yang keempat. Mereka percaya Bomoh Kassim telah terlanjur dalam pantang larang amalannya dan untuk mengelakkan dirinya dimakan oleh amalannya dia terpaksa memberi nyawa 7 orang lelaki yang baru menjadi pengantin baru dan menyetubuhi bekas isteri muda yang ditinggalkan.
Tambahan pula setiap isteri arwah kesemuanya telah mengalami kejadian yang menakutkan dimana mereka mengakui pada malam ke 7 selapas kematian arwah mereka telah didatangi oleh sesusuk lembaga sewaktu sedang hendak melenakan mata, sesusuk lembaga itu akan menutup mulut mereka dan selanjutnya meraka langsung tidak sedar apa yang terjadi hingga keesokan harinya, dimana mereka terjaga dalam keadaan yang seluruh tubuh terbogel dia atas katil dan tingkap yang ternganga. Kini dan malam ini dijangka giliran Rosmah pula menjadi mangsa.
"Hei apa bentak bentak ni? or spesis hantu rupanya, apa ingat aku takut?"
laung Bomoh Kassim sebaik menjengah ke muka pintu.
"Kepala bapak ko hitam! kami semua dah tahu perbuatan durjana kau wahai setan lahanat"
"Or orang orang kampung rupanya, aku ingatkan hantu hantu hendak memberontak tadi, ada apa datang ramai ramai ni, nak ajak pergi makan kenduri ke?" lembut sahaja balas Bomoh Kassim.
"Sudahlah jangan nak berpura pura, kami nak bakar rumah puaka kau ni, biar lari bertempiran semua setan setan" Marah benar Tajul si pemuda dadah itu kepada Bomoh Kassim.
Bomoh Kassim tidak gentar dengan segala ancaman orang orang kampung itu, lagi dicabarkanya adalah kalau mereka benar benar berani. Sebaik sahaja orang kampung hendak mencucuh api ke pangkal atap maka bergemalah seisi alam. Seraya itu berpuluh puluh lembaga muncul membersar di belakang di atap itu. Si Raya panjang hingga mencecah awan dan membongkokkan kepalanya untuk melihat orang orang kampung. Langsuir sibuk berterbangan kesana kemari. Si Toyol pula asik berlari lari anak mengeliling orang orang kampung kerana ingin bermanja.
Melihat suasana yang sebegitu maka bertempiran larilah seluruh mereka itu termasuk mamat mamat dadah kawan si Tajul. Rosmah pula semakin gelisah apabila mengetahui Bomoh Kassim gagal ditewaskan oleh orang Kampung. Sebaik fikiranya mampu berfikir dengan matang dia segera dan mengambil barang keperluan yang benar benar penting untuk dibawa bersama, dan harta harta peninggalan arwah suaminya seperti geran tanah, wang ringgit dan emas berkati kati. Malam itu juga Rosmah berlari segera keluar dari kampung agar dirinya tidak menjadi pemuas nafsu si Bomoh Kassim dan hantu hantunya.
Kini dengan segala harta yang ada, Rosmah enak berjalan jalan di Kota London sambil bershoping membeli apa semahunya. Bomoh Kassim? Ah forget kan saja, dia tak penting dalam cerita ni.
5 komen:
hahaha aku syak nanti bomoh kasim pun pindah london cari Rosmah.
hahahaha
bomoh kassim nih cool
hakhak..
mental betoi..
ak ingt ape lew jd next pd bomoh kassim..
ade smbgan x???
ah. potong. potong.
ni sebab banyak sangat pengaruh cerita hantu dekat tv la ni..haishhh..
Post a Comment