Cikgu Taqi : Awak rasa manusia suatu hari nanti akan macam mana?
Aku : Akan macam mana?.. akan macam mana yang macam mana?
Cikgu Taqi : Manusia akan datang, macam mana mereka?
Aku : kalau ikutkan semakin maju la, teknologi makan canggh, mungkin kereta akan terbang.
Cikgu Taqi : Maknanya dunia makin sibuk la kan?
Aku : ye la kot.
Cikgu : Ye.. manusia akan semakin sibuk, kerja bukan lagi dari 8 pagi hingga 5 petang, tapi 24 jam.
Aku : Habis bilanya nak tidur.
Cikgu Taqi : Tidur akan kurang, kerja ikut pusingan giliran, mesin sentiasa berjalan.
Aku : erm sekarang pun dah ada, dekat kilang kilang banyak yang kerja 24 jam.
Cikgu Taqi : Ha kan? dah ada yang kerja 24 jam. Jadi bayangkan lagi pada masa akan datang. bayangkan betapa sibuknya manusia.
Aku : Tapi teknologi bantu mudahkan kerja, jadi patutnya kerja makin kurang,
Cikgu Taqi : Sebab ada teknologi lagi banyak benda nak dilakukan, lagi banyak benda boleh dilakukan.
Aku : Bagusla.
Cikgu Taqi : Ye bagus, dan manusia akan tidak ada sesiapa untuk bercakap, berborak, bercerita.
Aku : kenapa pulak.
Cikgu Taqi : Semua orang sibuk dengan urusan masing, ada yang takda kawan, takda kekasih, banyak yang kesepian hidup sendiri, ada kerja, kerja banyak banyak sampai tak ada masa nak berkawan.
AKu : erm..
Cikgu Taqi :Jadi waktu tu khidmat Kaunselor akan jadi mahal.
Aku : kenapa?
Cikgu Taqi : Orang perlukan orang lain semata mata untuk berbicara, kerana tak ada orang untuk mendengar masalah dia. Jadi manusia akan bayar orang semata mata untuk berborak dan cerita apa masalah dia.
AKu : Or sampai macam tu sekali?
Cikgu Taqi : waktu tu masa akan jadi mahal, jadi tak ada siapa yang sudi nak lepak borak borak dengan kita apa lagi dengar masalah kita. Jadi orang dibayar itu adalah kaunselor yang perlu mendengar cerita orang.
Aku : Dan kaunselor tu adalah cikgu.
catatan - borak dalam kereta bersama Cikgu Taqiyudin : Tahun 2002
2 komen:
asalkan cikgu tak lempang murid...dan murid tak belasah cikgu...
soklan: cikgu taqi dh kawen aloy bile?
Post a Comment