Menonton teater DETIK karya Idham Hadi dan Arahan Said saiful. Lakonan Fazleena Hishamudin, Faizuan, Siti Nurlida dan Sofian Bujang. Aku tidak berhajat untuk membuat review panjang, cuma ingin berkata bahawa ia boleh ditonton. Aku pernah menonton filem pendek Sinkronis juga lakonan Fazleena Hishamudin dan aku merasakan dia tidak boleh berlakon, tetapi melalui teater DETIK aku menarik balik rasa itu dan mengatakan bahawa Fazleena Hishamudin memang boleh berlakon dan lakonannya tidak mengecewakan.
Cuma aku sedikit terganggu dengan kehadiran Korus, lagu yang dimainkan setiap kali pada bahagian monolog dan mungkin pembawa watak "Petanda" boleh ditingkatkan lagi. Secara keseluruhan layak ditonton.
Esok masih ada satu lagi pementasan DETIK di Panggung Laman Budaya KL, jam 8.30 malam dan masuk adalah percuma kerana persembahan ini sempena Manisfestasi Teater Kebangsaan 2010.
k/k : maklumat filem PINTU KE PINTU di http://pakatanparadoks.blogspot.com/
6 komen:
sape fazleena?
aku tengok teater ni masa festival teater.
nak tengok gak!!!
fazleena..
adik gua tu bro..
idham hadi yan tulis wa wa wa tu bulan?
jangan lupa mai tgk show aku bulan seploh.
Post a Comment