"Welo"! ludah Raycan ke pasir yang berdebu.
Kalau begini gayanya mahu saja Raycan berpaling dari perjuangan dan cita citanya, mahu saja dia kembali ke planet asalnya dan hidup senang lenang disana. Dia bukan orang susah, dia orang senang. Arwah Atuknya meninggalkan bertan tan harta buat ayahnya. Ayahnya pula tak meninggalkan apa apa buat Raycan, semua diberi kepada ibu tirinya yang cantik jelita. Dan ibu tirinya itu menjadi kekasihnya pula kini.
"Oh tuhan jika kau benar, muncullah kau dihadapanku dan buktikan kekuasaan-Mu" keluh Raycan.
Suasana sepi, beku dan kaku.
"Oh Tuhan, aku seru dan aku pinta buat pengahabisan"
Seraya itu bumi dirasakan bergegar. Langit cerah bertukar menjadi hijau. Pohon Pohon qilo bergoyang kencang ditiup yaci.
"Apa yang kau keluh kesahkan Raycan? Bukankah aku telah memberi mu satu amanat"
Kata sesuatu yang baru muncul itu kepada Raycan.
Raycan terkejut diam seribu bahasa.
"Adakah engkau Tuhan?" tanya Raycan.
"jadi kau fikir aku siapa" tanya sesuatu itu kembali.
"Jadi engkau lah Tuhan aku, dan Tuhan kami semua?" soal Raycan Lagi.
"Apa ke bengap sangat ko, tadi panggil, dah panggil banyak bunyi pulak"
Lalu sesuatu itu mengeluarkan sesuatu yang seakan bercahaya dari perut langit, maka cahaya melingkari tubuh sesuatu itu dan berkatalah sesuatu :
"Tahukah kamu Raycan, bahawasanya aku sentiasa...."
- Dah cukup jangan nak baca cerita mengarut ngarut ni lagi, boleh sesat akidah lak kang -
Kosa kata :
Welo - Haiwan makian di planet itu (jika di bumi, babi contohnya)
Qilo - sejenis pokok kayu
K/K : Jangan Lupa datang MIMPilem nanti bawak baju baju terpakai untuk didermakan kepada Rumah Orang Orang Tua Ampang.
8 komen:
itulah.. ni kalo lu teruskan cerita jugak memang nak kena la dengan gua.
kau ni nak tulis ke tak naak sebenarnya...:-P
hehehe...suka wat gempak jeklah...
rugi xdapat pergi..
baju2 terbuang ni makcik klener dah angkut awal2 lagik
mungkin orang x faham ape yg lu nak samapikan..tp gua faham ape yang lu sampaikan..
lisa surihani kem slm
hahaha
macam2
Post a Comment