Hari ini, khamis 1 april. Filem arwah Anuar Nor Arai sifu filem Malaysia iaitu "Johhny Bikin Filem" akan ditayangkan di Universiti Malaya dari jam 2 petang hingga ke 6 petang (Uncut) dan 8 malam hingga 10.00 malam (versi pawagam). Tiket berharga RM 5 boleh didapati di pintu masuk.
kisah Johnny, seorang anak muda dari kampung yang menjadi ketua gangster yang berpengaruh di Singapura dalam tahun 1950-an. Ketika itu dunia filem Melayu dikuasai oleh kapitalis Cina dari Hong Kong, dan gangsterisme menjadi sebahagian daripada pelengkap sosial zaman itu. Johnny dengan kekayaan dan pengaruhnya berhasrat membeli studio filem di Singapura setelah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang primadona filem Melayu.
Filem berdurasi 5 jam ini merupakan karya terpanjang pembikinannya dalam sejarah perfileman di Malaysia. Menggunakan format hitam putih, filem ini dipendekkan durasinya menjadi 107 minit bagi membolehkan produk terbitan Universiti Malaya ini diterbitkan. Di barisi oleh pelakon Erma Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan, Wafa, Zack Idris, Allahyarham M. Amin dan ramai lagi dan ini merupakan filem Malaysia yang ditunggu ramai terutama oleh penggiat penggiat filem dan pejuang seni.
7 komen:
best ke?ko belakon x
ada keluar dvd x?
best ke x? nak tengok..
peh. macam best je...
huh...5 jam..
kenape hari khamis?
Farezan :
filem ni dibuat kira kira 15 tahun lepas,, tapi tak lepas tayangan sbb terlalu lama 5 jam.. jadi takkan 15 tahun lepas aku dah berlakon lak kan..
Yang Indah :
tak ada,, sbb tak lepas tayangan..
Hujan :
best bagi yang memikir.. tapi 5 jam faham2 je la,, bpe org yang tertidur..
Jo :
susah nak cakap..
Sharamli :
erm..
Mimpiyangsempurna :
sbb hari lain tak boleh kot..
Post a Comment