Filem filem pendek yang bakal ditayangkan di MIMPilem 24 hb ni bukan calang calang dengar cerita. Kesemua pelakon adalah mereka yang hebat hebat di pentas teater tetapi tidak tidak popular di kaca TV anda. Kalau asik asik nak tunjuk muka sama je baik lu orang tengok tv je kat rumah sambil makan nasik, kalau ada scene gaduh gaduh ke nangis nangis ke jerit jerit baru la tengok. Kalau takat borak je buat pe nak tengok kan.
Lagi filem filem ni hebat hebat belaka, Paradoks takkan nak pilih yang tak hebat kan.
PINTU KE PINTU arahan Alif Ihsan Rahman ni pernah memenangi anugerah "Filem Pendek Terbaik Anugerah Nilai Dan Pemikiran Islam". lu tengok tu, sapa kata kami orang seni semua sesat. Lagi satu filem Pintu Ke Pintu ini juga telah merangkul anugerah "PENGARAH HARAPAN - festival filem dan video pelajar Malaysia ke7" Uii kira bukan calang calang la ni.
DESTINASI arahan Tasyrif Tajudin juga Aqilah ini pula filem yang penuh dengan dengan simbolik dan dakwahnya. Pelakon jangan cakap la, ada Adman Salleh iaitu pengarah filem PALOH, ada Mubarak Majid pelakon drama TV, dan Mardiana Ismail. Filem ini pernah memenangi kesan Khas Terbaik juga anugerah Aksi terbaik untuk festival yang gua dah lupa namanya.
RONA MAYA arahan Amer Zaman seorang penggiat muda yang comel ini menampilkan alam fantasi dan realiti seorang pelukis komik. Tidak terlalu sukar untuk memahami jalan ceritanya asalkan anda bijak dan ada indera. Menampilkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Teater Kuala Lumpur 2009 iaitu Ahmad Iswazir, pelakon teater yang cantik yakni Surya dan pakar teater bangsawan Haf Dzi Sofi.
Good Bye Yap Ah Loy arahan Lemon Fong ini mengambil masa dua tahun untuk kajian terhadap sejarahnya. Dan kemudia ditambah lagi masa yang lama untuk menyiapkan animasinya. Filem bercorak Animasi dan Dokumentari ini cuba memberi tahu kita sejarah yang dipendamkan. Pada aku Lemon rasa sangat bertanggungjawab apabila dia membuat filem pendek ini.
Sejambak Bunga Raya Merah Dari Adam Buat Ivana dihasilkan oleh pengarah yang berfikiran kritis iaitu Haf Dzi Sofi. Rival anak seni yang dihasilkan oleh sekolah seni dalam memperjuangkan bakat dan cita cita menjadi inspirasi untuk beliau mengungkap persoalan dunia seni tempatan masa kini. Filem ini harus ditonton kerana anda tidak dapat menjangkakannya.
RASA yang sedang dalam penghasilannya ini buah tangan dari orang muda HOCY adalah karya baru yang segar sekali. Dibuat khusus untuk menyertai tayangan ini, aku terharu kepada kesungguhannya dan budak muda ini harus diberi semangat dan kita harus melihat agar mengerti apa suara hatinya.
Goh Pak! Goh Cak! arahan Najib Khalid, ha yang ini sangat suprise aku kira kerana aku sendiri belum menontonnya kerana pengarahnya begitu sibuk kebelakangan ini.
k/k : Ops... untuk poster sila ke BLOG RASMI PARADOKS.
4 komen:
g0hpak g0hcak..
burgermpak! hehe.. tiru word paradoks. Chaiyo! tuk Aloy n geng.. (will try to come)
bonne chance=)
(^_^)
Post a Comment