-Entry ini sama juga dengan di Blog Paradoks-
Setahun sudah penubuhan Paradoks bermula dengan Earth Hour bulan mac tahun lalu, itu majlis asas yang sekadar dianjurkan dalam ruang sempit tanpa kondisi yang baik. Silap gaya mau ada yang pengsan. Dalam tempoh yang akan mencapai umur setahun ini pada Mac akan datang, pengajuran MIMPI sudah mencapai Fasa ke-4, Plore dan Ekstra masing masing fasa satu telah dijalankan. Maka menjadikan kesemuanya 6 dan mungkin 7 majlis seni Paradoks dalam tempoh setahun.
Selepas ini MIMPI insyaallah akan diadakan sebanyak 2 kali sahaja dalam setahun. kita tidak mahu kehilangan Ghairah untuk berMIMPI itu. Selain itu Paradoks juga perlu fokus pada projek EKSTRA yang juga mungkin minima 2 kali atau lebih. Untuk projek EKSTRA yakni teater almaklum memerlukan masa dan persediaan yang lama, ia meliputi kerja pembikinan skrip, pemilihan pelakon, masuk ke fasa latihan dan pengarahan seterusnya baru dipentaskan.
Selain MIMPI dan EKSTRA juga kita turut berghairah dalam PLORE ("E" perlu dibunyikan). Sama seperti MIMPI, mengumpulkan rakan rakan, karyawan dan peminat seni lain untuk kita sama bermain. Cuma bezanya PLORE dilakukan disiang hari dan kita bermain di jalanan dalam erti kata busKING. Plore akan diadakan setiap kali musim cuti semester Universiti. Ini bermakna sama juga 2 kali dalam tempoh setahun.
Untuk Tahun kedua ini Paradoks akan melangkah dengan beberapa misi dan projek jangkaan. EKSTRA, MIMPI dan PLORE akan berjalan seperti biasa, dan pembikin album Roy iaitu residen artis dan penggubah lagu Paradoks akan dilakukan jika budget mencukupi. Seterusnya pembikinan zine sekurangnya 2 naskah atau lebih. Juga pembikinan filem pendek yang telah lama terperam. Serta sebuah projek Album Khas yang akan diberitahu kelak dalam penghujung tahun jika berjaya disiapkan.
Paradoks mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong perjuangan kami, orang perseorang juga mana mana kumpulan seni yang lain serta mana mana keluarga yang menjadikan kami rasa bahagia. Untuk MIMPI kali ini mungkin tidak seperti tidak seperti MIMPI yang lain iaitu selesa, ada jamuan dan sebagainya. MIMPI kali ini mungkin ala kadar sahaja. Namun jika mahu hadir, hadirlah dengan keikhlasan.
15 komen:
ya aku ingat lagi sambut earth hour bersama paradoks.
langsir jatuh tidak mencacatkan keadaan.haha
Chaiyo!!
Vidadarisakura :
orr terima kasih..
Mimpiyangsempurna :
ya!
bro.....tiger beer satu...
Hisham :
lu agama apa?
gudluck 4 mimpi..
re : ok..t jmpe kt mimpi
tahniah....walaupun gua tak tahu apa-apa..
Basikal Tua :
sama sama luck..
Jo :
bila lu nak tau?
uncle kalau pjg umo akan sampai walau pun sesat di sana kelak
c ya. :-)
c ya :)
sebelum ni saya sebut PLORE tanpa membunyikan E...adei..malu bet0l..
sebelum ni saya sebut PLORE tanpa membunyikan E...adei..malu bet0l..
ala...
bila? bila?
kat mane?
Post a Comment