15 February 2010

MIMPI vs NAUTIKA!

NAUTIKA sudah selesai, terima kasih Tuhan atas segalanya. Untuk Gong Xi Fa Chai, panggung tidak kosong dan sepi, terima kasih para penonton. Terima kasih melabur wang dan masa untuk menilai dan mendengar. Penghargaan Gua pada semua penggiat dan karyawan seni yang menyokong, para blogger, para wartawan dan semua yang hadir. Cuma apa yang gua harapkan dilain kali adalah kerjasama dari mereka yang ingin menonton. Percayalah Paradoks tidak suka bermula lewat dari masa yang tertulis di poster. Melewatkan show walau sekadar 10 minit membuatkan maruah gua jatuh ke lantai. Maaf andai gua agak ego tentang perkara ini.

Jika di negara luar, penonton yang ingin masuk selepas pintu ditutup tidak dibenarkan sama sekali. Kerana jika pintu itu dibuka mereka percaya energi itu tertarik keluar dan persembahan menjadi hambar. Dan pada gua pula, gua kurang senang penonton masuk selepas adegan bermula, kerana dia mungkin akan terlepas bahagian awal yang penting dan mencengkam. Maka jika terlepas bahagian itu ia akan menjadi cacat dan risau jika keluar nanti tidak berpuas hati, dan memberikan pandangan yang negatif padanya tentang persembahan itu.

Untuk itu gua berhajat di pementasan kerja Arahan gua yang akan datang apabila pintu ditutup terutama selepas prolog dilepaskan tidak ada lagi tetamu yang dibenarkan masuk. Insyaallah.

Nautika pula pada gua adalah masa dan ketika untuk penonton menilai siapa sebenarnya Paradoks, apa pemikiran, idea dan falsafah yang dipegang serta kritikan. Inilah masa nya untuk menilai dan mempersoalkan. MIMPI bukan medan untuk menilai Paradoks, kerana di MIMPI persembahan adalah dari orang lain. MIMPI adalah gelanggang kelolaan Paradoks untuk pengkarya lain.

Gua berhajat mahu membawa NAUTIKA keluar dari Selangor, mungkin ke Ipoh atau Penang, atau Kuantan. Kekangan kewangan mungkin menjadi masalah, namun bukan penghalang.

K/K : Nantikan Next Projek MIMPI 4 pada 27 haribulan Febuari 2010 ini.

14 komen:

GhOsToNe said...

wah2!

tahniah2!

DzulhafixiceD said...

mimpi gua dtg ye aloy..
tp lu jgn wat kt paris plak..
hehehe..

patungcendana said...

Jumpa kau di MIMPI 4. :-)

mamai said...

tahniah kerana dah berjaya....semoga ada lagi

sharamli said...

kat kelantan xnak??

encik ADAM said...

terima kasih kepada aloy semuanya....

siti murni ishak said...

ya...datang ke Penang....i tunggu!

peja said...

satu kerugian wa xdpt nk g tgk Nautika...

aku amy said...

hmmmm....sedeynya nautika dh abes....

aloy_paradoks said...

Ghostone :
Terima kasih..

Dzulhafixice :
yup mesti.. lu kena datang gak..

Patungcendana :
Yup,, jumpa disana disana disana...

Mamai :
terima kasih banyak bro,,, gua terharu dengan sokongan lu..

Sharamli :
tanak,,, walaupun banyak orang kelantan dalam Paradoks,,

En Adam :
ha ni la budak kelantan tu,, ada tiga lagi yg kelantan gak,,

Siti Murni Ishak :
entah bila la beb..

Peja :
lain kali gua restage datang la ye,,

Aku Amy :
Nautika belum habis lagi sebenarnya,, tunggu kemunculan semula,, pelakon masih sama semuanya.

b@sikaltue said...

congratz bro..haha

bias® said...

27? okay...okay...

{lumut} said...

gud job bro!!!!!!!!!!
bangga nye aku baca entry ni.
=)

Pegawai Khalwat said...

Mai penang aku ejas tempat show. Free!

Tapi perjalanan dengan penginapan hangpa ejas sendiri. Tak free!