24 February 2010

Hidup Tak Pernah Sial,

Skrip NAUTIKA gua tulis sekitar bulan 8 tahun lepas. Masa menulis gua tak tahu apa akan terjadi pada watak dan apa yang akan berlaku lepas apa yang mereka ucapkan. Menulis bait bait Li dan Husin gua meletakkan diri gua kedalam watak itu, gua merasai apa yang mereka ucap dan hamburkan. Susur jalur jalan cerita itu tidak pernah difikirkan, cuma apa yang gua tetap dan fokuskan apa yang gua nak beritahu didalam skrip ini.

Pada asalnya skrip ini hanya ada dua watak dimana Husin dan Li sahaja, selepas beberapa ketika gua masukkan watak Sarah untuk menambah rencahnya dan mengawal kenakalan dua watak sebelumnya. Maka terciptalah Husin itu untuk Rayza MukMin (Dark Ray), Li untuk Shyrudin dan Sarah untuk Amelia Aziz.

Skrip ini telah gua rombak beberapa kali untuk lebih ringkas dan mudah difahami. Mana mana simbolik dan metafora berbelit gua ringankan. Namun tetap fokus pada apa yang mahu disampaikan. Skrip ini juga telah diajukan kepada rakan rakan yang sealiran dalam bidang ini untuk dikritik dan mereka nilai. Namun gua bukan makan terus terus apa yang mereka beri, kerana ada yang sengaja dibuat begitu untuk menjadikannya begitu.

Samada bagus atau tidak itu pilihan penonton, namun NAUTIKA adalah kesimpulan dari apa yang telah gua rasa dan lihat sepanjang kehidupan ini. Husin, Li dan Sarah adalah mereka mereka mereka yang diluar sana. Mereka yang menjalani kehidupan dengan bukan kemahuan mereka, mereka yang keliru dengan kemahuan dan mereka yang rasa dunia ini berhutang dengan mereka. Namun, hidup ini tak pernah sial.. cuma kita,

6 komen:

paiseh said...

kenapa gua baru tau rayza mukmin itu Dark Ray?

jo said...

bila agaknya gua dpt join?

yg_indah said...

buat apa pun org kata

triple x malaya said...

i dah folo u...

bias® said...

sial tuh macam basial ek?

aloy_paradoks said...

Paiseh :
sbb dulu lu tak tahu..

Jo :
bila kau jadi kekasihku..

Yang Indah :
baguis la..

Triple x malaya :
i pedulik hape..

Bias :
kelakar lah u ni,, macam badul.