04 February 2010

Aku Hero!

Masa kecik kecik gua dulu gua selalu berfikir, berfikir kerana keliru. Kalau tuhan itu ada mana dia? gua rasa budak budak lain pun macam tu kot. Tapi bukan soal itu yang gua nak cakap. Gua nak cakap soal Hero. Ntah jadah pekebenda gua percaya masa kecik dulu yang hidup ini adalah suatu lakonan, ulangi.. gua percaya yang hidup ini adalah lakonan, hidup ini sebenarnya permainan dan sandiwara. Jadi gua cenderung menyalahkan Atuk gua yang suka tengok Hindustan tiap tiap ari Sabtu pukul dua kat TV3 tu kot.

Dalam cerita Hindustan Hero akan disanjung dan diakhirnya dan menanglah bila gaduh tu. Gua ingat lagi waktu tu hero yang femes antaranya Mithun yang gua minat, pastu ada lagi Rishi Kapoor, Amitha Bachan jangan cakap la. Hero Melayu pun ada tapi tak berapa la efek dia macam Hero hindustani. Yang gua ingat faveret masa tu Mustafa Kamal la... roda roda kotaraya.

Dan untuk itu gua juga percaya dalam lakonan kehidupan ini ada Heronya, tapi siapa Heronya? Itu masalah gua yang memeningkan kepala. Gua sering bertanya pada diri sendiri "Siapa Aku?". Gua kompius adakah gua Hero, pelakon tambahan atau apa? Bila hidup ini lakonan siapa pengarah? mesti ada pengarah kan? maka gua buat kesimpulan ketika itu Tuhan adalah pengarah cerita ini. Tapi bila pulak nak habis.

Sudahnya bila makin terpengaruh dengan Mithun dan hari hari pulak dengar lagu Mohd Rafi maka gua percaya gua lah Hero dalam dunia ni. Gua nak jadi Hero! Dalam dunia ini orang lain adalah pelakon tambahan, Tuhan adalah pengarah dan gua Hero. Yes!

Hari ini, bila dah besar gua masih mengatakan bahawa gua Hero. Dan rupanya kita adalah Hero sebenarnya. Kita Hero dalam diri kita sendiri dan cerita kita. Kerana setiap cerita kita, siapa lagi yang berhak jadi Hero kalau bukan diri sendiri? Kitalah Heronya. Maka tanam dalam diri "Aku Hero".

K/K : Gua juga menulis disini! dan disini!

14 komen:

hisham said...

memang ko hero pun...heroin pun ko boleh gak...

{lumut} said...

gua heroin..kite semaua ade filem masing2..masing2 pengarah dna pelakon di pentas dunia..all the best bro.

duwenk said...

Dalam displin ilmu agama: khalifah adalah utk peribadi manusia masing-masing. Utk perjuangkan hidup sendiri, keluarga serta bangsa (agama). Justeru, khalifah adalah watak utama dalam hidup. dalam cerita-cerita hidup. Cuma tade di pawagam, tade yang cetak rompak, takde yang tak jadi. Pengarah letakkan dalam kuasa Takdirnya.

Siapa hero?? macam kau cakap la..

mamai said...

ya kita hero dalam hidup kita

jo said...

oh. kalau macam tu gua nak jadi angelina jolie lah. dalam cerita, dia selalu jadi heroin.

A.K.U.D.O said...

aku mahu jadi hero..

seKut taWar said...

hero-

"sakit-sakit dahulu,menang kemudian"

tp aku prefer jadi penonton

yg_indah said...

aku "director" dlm hidup aku.

dzul hafixi said...

hebat la lu kecik2 da pikir bagai..

Anonymous said...

aloy....aku peminat ko...jum kahwin...

GhOsToNe said...

teringin nk brlakon teater jd herO!

Frodo Baggins said...

dengar lagu Mohd rafi? siapa beliau bro? kehkehkehkeh ... yer kitalah hero!!! tapi hero tamil ttp terdasyat ... langgar ketapi menten sasa!


>>____<<

aloy_paradoks said...

Hisham :
mesti la..

Lumut :
tq beb... tq.

duwek :
ye... kita kene jadi hero.,.

Mamai :
ya,, lu hero dimata jasmine.

Jo :
lu ni nak sangat ke bibir besar besar ni? kalau nak cakap..

Akudo :
abis tu? malik nak letak mana?

sekut tawar :
hahhaahha,, bagus,,, nak jadi penonton kene bertiket la..

Yg Indah :
ye betul tu.

Dzul Hafixi :
bukan kita kecik kecik suka fikir ke..

anynimos ;
eh jangan macam tu,,, gua jahat beb..

Ghostone :
orrr untuk itu kita kene belajar dan kaji dulu..

Frodo :
Mohd Rafi? ha itu la penyanyi hindustan paling popular sepanjang zaman.... pernah dengar lagu "An Evening In Paris"?

bias® said...

nak tanak kobis buleh tak?