K/K : Info pelakon Nautika disini.
Gua memang Bz tahap tenuk skang ni. Pementasan Nautika terus dalam latihan, projek Ayuh dalam proses mengumpul Karya dan ini projek Colour Of Malaysia dilancarkan sekali.
Anda dijemput menjayakan projek ini.Sebuah projek jangka panjang mungkin 3 tahun untuk dijayakan. Orait, ini adalah projek mengambil gambar dan terbuka kepada sesiapa yang mahu dan suka mengambil gambar. Gambar yang anda ambil adalah hak dan tanggungjawab anda.
Konsep program ini, ialah kita akan berkumpul bersama di sesuatu lokasi yang ditetapkan dan mengambil gambar mengikut tema yang ditetapkan.
Seterusnya aktiviti ini akan berjalan selama 3 tahun lebih kurang, dan apabila genap usianya kita akan bersama mempamer karya anda itu yang membawa ceritanya tersendiri, kita mahu gambar itu bercerita apa kisahnya.
Untuk Jangka pendek, anda dijemput terlebih dahulu mengambil gambar dalam masa terdekat dengan tema "Pasar Malam" dan karya anda itu akan dipamerkan di Majlis MIMPI akan datang pada 27hb febuari ini. Kira macam preview la untuk event akan datang.
Projek ini dijalankan untuk memberi ruang kepada pecinta foto mempamerkan karya mereka, sebab pameran2 besar adalah untuk jurufoto2 profesional, dan anda? marilah sertai Projek ini yang dinaungi oleh PARADOKS.
Untuk menyertainya hubungai angota PARADOKS yang menyelia projek ini :
Nurancang - 013 6163479
Ataupun boleh juga hubungi anggota yang lain.
5 komen:
PARADOKS itu group utk ape?
P/s: maaf,xtau..
wah.. menarik..
Rara: macam grup kat fesbuk tu.. belia benci dadah.. tau? haha..
wa nak joint okay
paradoks nie group shuffle lah.
Rara :
Sila lihat ini - http://pakatanparadoks.blogspot.com/
Dzul Hafixi :
ya,, belia benci dadah..
Mamai :
Mesti la ok..
Bias :
Ha kan...
Post a Comment