30 November 2009

Once Upon A Virtue (Part 5)

Bahagian satu
Bahagian dua
Bahagian tiga
bahagian Pat

Ye! ye! Mami ada ni. Molo tengok la korton tu, Mami nak taip entry kat bollok ni.

Malam itu Molo tak zeni tido, leduonya terganggu dengan peristiwa guun ketua Jumta. Jika diikutkan ada saja caranya untuk dia mengetahui siapa qedmire nya. Dipanggil semua phalic nanti dan ditanya selien lien, mulut boleh merier, tapi kata leduo mereka akan Molo dengar, disitu nanti kebenaran akan terbukti dan qedmire akan diketahui. Akan Molo gunakan kuasa saktinya.

Sementara ditantrum celuq, Jumta duduk di meja toiry ketuanya.

"Baik, sekarang ketua nocitue sudah guun terkejut. Aku melantik diri aku menjadi ketua dalam operasi nocitue ini"

"Kamu! berapa banyak deoderan yang kamu dapat arini?" soal Jumta keras kepada salah satu alien.

"Tiga orang kaya" perlahan jawab alien itu.

"Apa? Tiga fuge kamu plore dapatkan? Huh! kalau begini lambat lagi nampaknya nocitue akan dapat menakluk phalic itu. Leduo aku mula tak tenang. Nocitue perlu cepat!"

Mami sudah pergi kerja. Pagi ini Molo bertekad, biar apapun terjadi zew pembunuhan ini harus diselaikan. Qedmirenya harus dicari dan uinella. Ketika tiba di dapur untuk mengambil deodoran sebagai sarapan paginya Molo terkejut piko.

"Hah!! semua deoderannya sudah hilang" siapa yang ambil? leduonya tertanya tanya.

Jadi dengan penuh kelaparan kerana deoderannya sudah hilang Molo bertindak untuk memakan pintu kaca itu. Tapi segera dia berfikir dolier. Jika pintu ini dimakan bagaimana dia nak ketuk pintu rumah bila balik malam nanti.

"freqqqqq! baik aku pegi Bumbir! minum sirap dulu!"

Bahagian enam diorupkip(disambung) oleh Aliffie Nordin

........

Kosa kata

Korton - Tv
Bollok - Blog para alien
Zeni - Lena
Leduo - Hatinya
Guun - Mati
Qedmire - Pembunuh
Phalic - Masyarakat
Merier - Menipu
Tantrum - Sebuah
Celuq - Bilik
Toiry - Arwah
Nocitue - kita
Zew - Kes
Uinella - dihukum
Piko - sejenis binatang di planet mereka.
Dolier - panjang
Freqqqqq - arhhhhhhh
Bumbir - Tempat menjual sirap

(Gua rasa macam nak buat bangsa baru, setakat bahasa gua boleh cipta)

29 November 2009

Once Upon A Virtue (Part2)

Bahagian Satu bermula dari Dark Ray.

"Sirap so"
Pinta Molo kepada aterik di bumbir haram itu. Bukan tak pernah bumbir haram itu diserbu polis, malah berpuluh laki.. Namun kerana polis disana sama seperti polis di bumi terutamanya india semua itu tidak menjadi hal.

Sedang leka Molo menyalunkan asap asap sirap dari rembesan yang teribias ikut hidungnya dia diburak oleh sesealien.

"Nocitue semua sedang susah leduo kau boleh minum sirap lagi disini"
Molo menoleh kepada siapa yang menegurnya.

"Nocitue jangan terlalu fikirkan"
jawab Molo kepada Nium sealien jenis Molo tapi neaten.

Sambil merenung tepat suio kedalam mata Nium, Molo cuba membaca apa isi hati neaten itu. Dan tahulah Molo kini rupanya Nium telah mula jatuh leduo padanya. Untuk itu Molo cuba berlagak tenang fuge.

.......

Sementara di tantrum celuq mesyuarat, Jumta sedang berulder dengan kroni-kroninya.
"Nocitue perlu fikirkan bagaiman cara yang paling selamat dan berkesan untuk kita snug kedalam phalic mereka.

Seru ketua kepada Jumta dan yang lain itu.

"Nocitue curi semua doederan mereka"
jawab satu dari rakan Jumta.

"tuq! tapi bagaimana? Nocitue mahu mereka tidak sedar bahawa deoderan mereka telah hilang. Bila mereka tidak sedar mereka tidak akan bersedia dan Nocitue akan agate. Baru nocitue plore dalam penaklukan ini"

diam.....

"bagimana?" jerit ketua Jumta itu kemudian.

Diorukip(disambung) oleh Bias.
______________________________

Kosa kata

Aterik - pelayan
Bumbir - Tempat menjual sirap
Diburak - disapa dengan terkejut
Leduo - Hati
Nocitue - kita
Neaten - lawan jenis bagi jantina Molo, kalau dibumi perempuan tapi bukan.
Suio - jauh, untuk renungan yang tajam tepat.
Fuge - saja
Tantrum - sebuah
Celuq - bilik besar
Ulder - Bincang
Snug - masuk
Phalic - Masyarakat
Tuq - Ye la!
Agate - serap, masuk, menyamar
Plore - berjaya
Orukip - Sambung
Deoderan - deoderan la, apa da, itu pun tak tau.

Ada entry di Puing-Puing (jangan klik kalau tak suka)

Mayat Berjalan

Aloy : Ko sekarang buat apa?
Amri : minum kopi.
Aloy : orr.. sial... keje mana?
Amri : keje lama gak, takkan nak benti pulak kan.
Aloy : Mana tau dapat offer lagi bagus ke.
Amri : offer mende, leceh la nak tukar tukar keje ni.
Aloy : ermmmm..

Amri : eh zip aku tak tutup la... nasib baik tak panjang. Kalau tak keluar dah.

27 November 2009

Siapa Takut?

Dalam dunia ni satu benda paling aku takut Polis. Kenapa? Orang jahat, sehajat jahat manusia. Mencuri merompak menyamun apa benda pun dia tak takut. Nampak orang tu nak pukul, cari orang ni nak bunuh.. kejar sana kejar sini cari sampai lubang cacing nak hantar orang dalam lubang kubur. Gempak tu, semua orang takut.

Seganas sejahat jahat dia, dengan Polis tak berani, kene kejar lari. Tengok! orang jahat pun takut, gila kau aku tak takut!

26 November 2009

Jangan Rogol Dia

Saya rajin menulis di sini.

24 November 2009

Kelantan La Katakan

Beberapa hari lepas budak Adam balik Kg, dia baik budaknya. Nak sambut hari raya haji katanya, maklumlah orang kelantan katakan. Perjalannya jauh, mau makan masa sehari suntuk kalau naik bas, kalau naik flight 45 minit la, maklumkan kelantan la katakan. Dia kalau balik kelantan memang tak janjikan apa apa samada budu ataupun bubu, susah nak bawak balik sini kot, almaklumlah kelantan la katakan.

Ada sorang lagi kawan saya EL-Jober, tapi dia tak balik kg raya haji ni katanya. Sebab kampungnya dilanda banjir kini, almaklumlah Kelantanla katakan. Lagi seorang kawan saya juga kelantan macam Adam dan EL Jober, semenjak lepas raya dulu sampai dah masuk raya haji tak pernah muka dia, dengar citer die meniaga cendol kat Cheras sekarang. Kalau nak harap dia sms tanya khabar jangan harap la, takpe saya faham almaklumlah kelantan la katakan.

Tapi berbalik pada si Adam tadi, sekejap tadi saya bukak Facebook.. Eh tetibe lak ada die leh Online? ha! apa? ONLINE? Adam ONLINE? bukan dia kat Kelantan ke sekarang?

22 November 2009

Bertahun Dulu

Amri : Bulan pertama aku beli rokok Dunhill kotak 20
Aloy : ok.
Amri : Bulan kedua aku beli rokok Dunhill kotak 14
Aloy : ok
Amri : Bulan keempat aku beli rokok Dunhill kotak 10
Aloy : ok
Amri : Masuk bulan kelima, aku beli rokok Dunhill KOTOK 7.
Aloy : Ha.. kotok?

* bulan ke 6, amri tak beli Dunhill kotok lagi, bulan ke 7 dia mula cari kerja balik*

Lepas Satu! Satu!

Lepas kes air panas, gua baru nak rileks rilek, habiskan cerita pasal seni itu dan ini, bagaimana membikin seni itu lebih ghairah. Apa rasanya seni itu, apa mahu kau sampaikan dalam seni itu.

Tetiba ada suara dari meja sebelah memecah sunyi.

"Jom tengok SUASANA The Filem esok?"
dia ajak kawan dia.

Gua toleh... ermm.
Seni itu kelakar rupanya. Sampai hari ni gua tak habis gelak lagi.

21 November 2009

Air Panas

Aloy : Bagi air panas ye.
Pelayan : baik.
Aloy : Aku rasa cara yg paling se.....
Pelayan : air panas ke air suam?
Aloy : air panas.

Aloy : Aku rasa cara yang paling sesuai un...
Pelayan : Betul betul panas la. Bukan suam?
Aloy : Bukan! Panas!
Pelayan : or ok.

Aloy : Aku rasa yang paling sesuai sekali ant...
Pelayan : air panas ye.. ok.. tanak suam kan?
Aloy : ..........
Pelayan : or ok air panas.

Gua yang tak pandai cakap ke? atau mamat ni tak pandai mendengar?

19 November 2009

Mayat

Satu mayat ada 4 orang kawan, satu mayat menjadi masalah kepada 4 kawan yang sebenarnya 4 orang kawan menjadi masalah kepada satu mayat. Untuk menanam mayat itu perlukan duit, perlukan tanah. Masalahnya dimana tanah semakin sedikit ini harga tanah semakin mahal. Maka dimana 4 orang kawan itu mahu menanamkan mayat?

Nak dibuang kelaut? takut nanti dimakan ikan dan ikan itu dimakan pulak oleh mereka, maka maknanya mereka memakan mayat itu. Nak dijual? boleh juga.. tambahan pula ada orang yang mahu membeli mayat itu untuk mendapatkan barang ganti bagi tubuh badan manusia.

Kawan 1 : Jadi kami setuju nak jual mayat tu.
Pembeli : Kalau begitu berapa harganya?
Kawan 2 : kami perlu berbincang sesama kami dulu encik.
Kawan 3 : tolong beri kami sedikit masa ya?

Kawan 4 keluar.

Kawan 4 : erk...buurrr... kenyang dah.
Kawan 1 : ko makan apa?
Kawan 4 : Mayat tu la!

Educated Yang Bangang di sini.

18 November 2009

Yeah!

Hari ni, rabu 18hb gua akan berlakon dalam satu enviromental theater. Jam 5 petang waktu Malaysia. Durasi persembahan 30 minit dan kepada anda semua sila teruskan kerja masing masing dan abaikan notis ini kerana kerja anda itu lebih penting. Yeah! Lagipun bukan ada orang nak datang pun dan gua malas nak layan autograf banyak sangat nanti.

K/K : mulai esok saya tak perlu balik 3 pagi lagi. Yeah!

Update - harap maaf, tiket sebenarnya dah habis ye..

17 November 2009

Hang Jebat

Mukhriz : Aku bersyukur dapat bini aku tu.
Aloy : Apsal?
Mukhriz : Dia support aku woo.
Aloy : Tu la beruntung ko. Bukan senang orang lain nak faham orang macam kita ni.
Dark Ray : Erm betul!
Aloy : Ni ko dah ada bini yang bagus, jangan la nak gatal gatal dengan orang lain.
Mukhriz : Ish tak ada la.
Aloy : Susah ko nak dapat bini macam tu.
Mukhriz : Dia yang terbaik dan sesuai untuk aku.
Dark Ray : Erm betul!

Mukhriz : Lagipun bukan senang orang nak faham jiwa pejuang macam aku ni.
Aloy : Erm tu la, nasib ko hidup zaman ni, milenium. kalau ko hidup zaman kesultanan Melayu Melaka dulu, Engkau jadi Hang Jebat dah! tau tak?
Mukhriz : arrr?

15 November 2009

Artis Comey

Dah lama tak dengar perkembang berita tanah air, malam ni pintu hati kembali terbuka nak bukak laman web Utusan Online. Apa salahnya sekali sekali klik bahagian hiburan kan? Tajuk berita memang kelakar kelakar kan? "Acha Tidak Boleh Hidup Sendiri"

Wah! menarik tu. Minah tu jujur mengakui bahawa dia memang sepi selepas berpisah dengan sengau tu dan dia perlukan belaian juga kasih sayang tambahan dirinya juga memang seorang gadis yang manja. Takpe, abang boleh manjakan.

Gosip mengatakan Acha kini bercinta dengan Dafi, bintang kelahiran Akademi Fantasi.
Namun Acha menafikan gosip tersebut, dan katanya artis comel itu hanya teman sesama artis saja tambahan mereka belajar di kolej yang sama, itu saja.

Lagipun tegas Acha jika dia mahu mencari teman, dia akan mencari teman yang matang, bekerjaya dan tinggi lampai.

ha? matang? erkk! kalau gua jadi Dafi esok jugak gua belajar bela misai!

K/K : Baca berita ni memang banyak la benda kelakar.

14 November 2009

Doktrin

(1)

Ntah macam mana Sajak Marathon belum datang lagi, tadi aku dah terlibat dengan Teater Marathon. Dari jam 3 petang sampai 9 malam. Macam macam rasa ada, rasa nak mengamuk rasa nak menumbuk, rasa nak ketawa rasa nak menangis dan rasa macam aku pulak yang jadi MC hari ni. Ye! aku memang MC dan bila dah habis jam 9 malam lebih sikit baru aku sedar ini sebuah Marathon Teater rupanya, chit!! apa da tak cakap awal awal.

Bila dah agak bingung masa setengah, aku pusing area belakang penonton di ruang legar yang kosong dalam Black Box. Jumpa En Rime pelakon teater yang dah lama tak berlakon.. muka toye semacam tanya bila nak habis? berapa teater lagi?

Aloy : Buwek! boleh muntah woooooo..
En Rime : Ha! sama la saya.

...................................................................................

(2)

Sebelum start program yang berjam jam tadi tu, aku lepak kat kafe jap makan nasi dari beras murah dengan ayam goreng...

Tetibe pintu dewan depan kafe terbukak dengan sendiri nya.
Ramai rakyat berbagai negara Asia keluar dan menapak menuju kafe. Gua cool sambil minum air oren makan ayam goreng. Sekelip mata keadaan dalam kafe penuh sesak, aku memang jenis yang rasi lepak kat tempat open air.

Sekejap aku nampak Mansor Puteh datang menuju meja aku, lepak sekali. Tetiba Adman Salleh pulak datang bawak pinggan nasik. Aku mula rasa tak selasa dari sedap lepak sorang kini kene share meja dengan orang lain lak. Dalam rasa rasa tak selesa tetiba plak entah dari mana Othman Hafsham datang bawak gelas teh, baru orang tua tu nak tarik kerusi, Azizi Chunk pulak buat buat mesra nak masuk group gua.

Lepas agak agak sedap borak borak nak buat filem tu filem ni, gua teguk last oren.. gua tarik beg pelan pelan gua blah pegi sambung keje gua kat Black Box. Lepak lama lama nak buat apa, takut ada offer pulak nanti jadi main actor...

K/K : macam tak kene la guna aku aku ni...

11 November 2009

"DEMA" (Evergren)

masa : Lower 6

Tepat 10.30 malam loceng berbunyi menandakan prep dah habis. Kalau ada yang tak tau, prep tu ialah waktu study wajib bagi budak asrama. Seperti dijangka dua tiga saat lepas tu ada banyak bunyi lalu lalang depan bilik aku, bunyi macam ada keramaian semua menuju ke pesta didewan makan ataupun popular dipanggil 'dema'.

Aku buat acuh tak acuh, apa barang makan biskut kering cicah teh o tawar, ingat aku kucing parsi ke? kucing parsi pun memilih nak makan whisket dengan hasil tenusu je.
Asrama yang tadi senyap sunyi dah saling tak ubah funfair, macam macam bunyi ada. Tambah tambah dari dalam dema, paling kuat suara budak lelaki la. Bukan apa, saja nak tarik perhatian budak perempuan yang duk minum teh o. Ini la masa nak tunjuk suara sapa paling kuat. Kalau aku turun sekali sekala, aku sempat gak usha mana mana budak yang cakap kuat tu, lepas cakap mesti mata jeling kat kawasan makan budak pompuan, mana la tau kot kot ada yang terdengar suara kuatnya dan ingin pula nak berkenalan.

Tapi budak pompuan selalu buat buat tak heran je, dan tak ramaipun yang nak lepak minum malam dekat dema. Kalau ada yang lepak pun kebetulan diaorang prep tadi kat dema dan lepak kejap nak minum teh o. Jadi mana mana budak pompuan yang duduk lama lama tu mesti ada agenda mereka tersendiri, kalau tak tunggu surat mesti saja nak test power. Macam membar aku ni.. selalu tunggu surat.

Aku bab bab biskut ni memang tak berapa rasi sangat, sebab kalau nak nasi aku masuk je ikut pintu boleh cari nasi dengan lauk makan malam yang tak habis tadi. Selalunya aku tunggu lepas budak budak junior semua keluar baru lepak dengan pekerja dema, senang sikit nak isap rokok. Asap keluar berkepul kepul.

Tapi ntah apa celaka malam ni, lauk makan malam tadi semua dah habis.. tinggal nasik je. Aku tak keruan, kebetulan petang tadi tak makan sebab aku memang dah selalu makan tak ikut time, masuk dema ikut suka je. Dengan perut kebulur aku balik bilik.
Tak boleh tidur ni.. mana boleh nak tidur!

Aku usha bawah katil ada satu mee maggi perisa asam laksa, sapa punya ar? takpe makan je dulu, nanti bayar la. Lepas makan aku senang hati, hisap rokok boleh dengan aman dan tenteram. Tengah sedap layan nikotin dan tar tiba tiba Pejoi masuk..

"Maggi aku tinggal 3.. sape amik satu ni?" Pejoi mula melepaskan berang separa marah.

Apahal lak mamat ni? rileks la.. Maggi je kot.. baru 70sen. Nanti aku bayar la.

"Ok kalau macam tu aku haramkan dunia akhirat sapa makan maggi aku, aku tak halalkan"
Amuk pejoi sambil keluar dari bilik aku.

Aku buat acuh tak acuh je,, malas nak cakap. Pasal Maggi pun nak haram dunia akhirat, apa apa ntah. Macam Kapitalis!

K/K : banyak kali tertulis perkataan "gua" susah betul la nak ubah.

10 November 2009

Mat Space

Semalam gua bukak Myspace tengok kalau kalau ada benda yang menarik. Pegi home tengok ada satu "friend reques", usha usha dulu sape. Tapi tak kenal Mamat mana ntah, takpelah approve dulu.

Hari ni gua bukak lagi nak tengok kalau ada mesej dari event lain, dan pegi home ada satu "new comment"..bukak..dari mamat tu....dia tulis...

"terima kasih sebab add saya"

ha???????

08 November 2009

Notis PUAS!

Orait beb, Sajak Marathon insyaallah akan dijalanankan pada 12hb disember bertempat di area Bukit Bintang, celah mana? itu sama sama kita tengok nanti. Mana ada kosong situ kita bikin pakatan. Durasi pengembaraan kita bermula tepat jam 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Setakat ni dah 12 orang yang mengesahkan pada gua nak join. kalau ada lagi dua ke tiga orang nak join dan boleh buat sila maklumkan pada gua cepat. Kalau ada orang nak berpuisi sambil main muzik atau bermuzik saja dan bernyanyi pun boleh gak.

Sebab ini konsepnya jalanan maka kalau ada penonton adalah, kalau tak ada pun kita bedal je. Sebab yang penting sekarang biar kita ada RASA dan PUAS.

k/k : kalau ada orang nak main yenki pun ok gak. Gua suka tu.

05 November 2009

Biase La

Masa tu Amri tengak lepak lepak sambil dengar lagu "biasa la budak baru nak naik jadi artis" yang berbunyi dari dalam kedai gunting rambut. Tapi Amri bukan nak gunting rambut.

Melintas Kelibat seorang wanita seksi berjalan masuk yang anggun melangkah ke pintu emporium agak menarik perhatian Amri. Makin lama susuk anggun makin hilang ditelan perut emporium. Kene benar dengan citarasanya, dan dia juga pasti jika wanita tadi melihat dirinya pasti wanita itu merasa dirinya juga kena dengan citarasa beliau.

Amri nekad, untuk menunggu saja di pintu masuk.. Husin Markasan mula berang apabila masuk jam ke tiga. Lagu "biasa la budak baru belajar nak jadi artis" dan bertukar "biasa la kalau pompuan dah mula shopping" tapi itu dalam hati Husin Markasan je. Tapi dia tak marahkan wanita tu, itu hal dia la nak shopping berapa lama pun. Ini si Amri yang bengap sangat pi tunggu nak buat apa?

Masuk 3 jam 10 minit sosok tubuh wanita tadi mula dilihat berjalan keluar, Amri cepat cepat membuang rokok hisapannya dan mengeluarkan gula gula kopiko untuk menyamankan udara. Amri memberi isyarat agar Husin Markasan tunggu disitu sementara dia berjalan masuk mendekati wanita yang sedang berjalan keluar itu.

Dari jauh Husin Markasan nampak mereka telah semakin hampir untuk berselisih, semakin hampir dan hampir, namun berselisih terus berselisih dan Amri terus masuk lebih jauh kedalam emporium dan wanita itu berjalan keluar emporium. Wanita itu terus menghala ke arah Husin Markasan... berjalan...berjalan...dan berjalan dan TUP!! mereka berselisih.

"biasa la, izinkan aku mencintaimu dari belakang" bisik Husin Markasan seorang diri

K/K : tak faham? takpe lain kali boleh faham.

03 November 2009

Kisah Benar!

Sekarang musim hujan, petang petang mesti hujan. Kalau tak hujan petang, malam pulak hujan, pagi pagi pun kadang kadang hujan. Tak ada satu hari yang tak hujan. Kalau hujan hujan ni susah la sikit nak kelaut, time time macam ni la orang yang kelaut rehat tido tido kat rumah. Kalau dalam tv rancangan dokumentari tu selalu tunjuk time musim hujan ni pelaut akan membaiki pukat pukat yang rosak dan realitinya pun mmg macam tu la. Kalau musim hujan ni penoreh getah tak tau la macam mana, tapi ikut novel dan cerpen kanak kanak yang dibaca juga susah untuk penoreh turun menoreh. Dan sumber pendapatan juga terjejas. Wallahualam.

Amri : Susah la skang ni musim ujan.
Husin Markasan : Petang petang hari hari ujan skang. Kalau tak ada baju ujan susah la.
Amri: Aku ni naik motor yang leceh. Takat basah tu aku tak heran sangat. Sejuk apa ada hal. Ini bahaya tau tau, jalan licin la, brek tak makan la.
Husin Markasan : boleh kata skang tiap tiap ari ada kereta eksiden kat Federal tu.
Amri : aku ingat nak bawak keluar kereta.
Husin Markasan : Bawak keluar dari mana?
Amri : Dari kedai! aku nak beli satu. Yang murah murah cukup la. Tak payah hutang banyak sangat.
Husin Markasan : Ok gak tu, boleh aku tumpang g keje sementara musim ujan ni.
Amri : boleh! ingat kalau angkat Mywi ok jugak ye tak? mahal tak ada la mahal mana.
Husin Markasan : nak jimat lagi amik la Viva ke.. Kenari ke.. minyak pun jimat.
Amri : ok gak tu. Tapi baik aku amik Suzuki Swiss terus. Aku lagi minat tu.
Husin Markasan : ok la ikut ko la.
Amri : ok la, amik Suzuki la.
Husin Markasan : bile nak amik? aku follow?
Amri : errrr... nanti nanti la. Pijam ko 10 ringgit dulu, aku nak repair brek motor la, bahaya brek tak makan time time ujan ni.

Akan datang di sini.

02 November 2009

Nasi Ayam Ramli

Masa sampai di kedai makan tadi Ramli dah bulatkan tekad. Biar apa pun terjadi dia tetap akan makan nasi ayam. Kali ni tak ada siapa pun dapat menghalangnya. Biar datang tauke Hong Kong mari bersenjatakan pistol dan parang, namun untuk menghalangnya dari makan ayam tidak sama sekali. Tidak dan tidak!

Brader rambut kerinting disebelah usha usha jeling tajam, kalau diikutkan hati mahu saja dia merogol salah seorang dari ahli keluarga si rambut kerinting itu, jangan ingat kau minum susu kau boleh halang aku makan Nasi Ayam. Chit! podah! Namun pandangan tajam brader itu tidak beralih, masih terus memakukan indera saktinya menumpu ke indera Ramli.

Ramli bukan orang yang boleh dipandang pandang begitu. Pernah sekali seorang lelaki berusia 8 tahun ditumbuknya kerana asyik tatkala memandang wajahnya. Hati Ramli tambah bergetar tatkala Brader itu mula mendonggak donggakkan kepalanya tanda tak puas hati kepada Ramli.

Lantas Ramli segera ke dapur mencari mengambil pisau di tempat Nasi Ayam yang digunakan untuk memotong ayam gantung itu.

"Gapo dio? nok ngocoh?"
Serentak itu pisau di tangan Ramli telah merobek robek perut Brader tadi hingga terburai. Darah merah membasahi dan memancut hingga terkena Ayam panggang yang tergantung.

"Guano kawe nok buat ni"
Kata Ramli dalam kesal atas tindakan melulunya sebentar tadi. Jika tidak diikutkan rasa dan hati bersabar sedikit pasti perkara ini tidak terjadi. Pasti dia tidak menyesal sebegini. Jadi hari itu terpaksa Ramli makan Laksa kerana Ayam tadi dah basah kene darah brader tadi. Esok je la makan Nasi Ayam.

K/K : errrrrrrrrr?

01 November 2009

Dalam Masa Sikit Yang Ada, Banyak Aku Nak Cerita.

Nota Ke-Aku-an

Untuk Nautika dari segi jumlah kehadiran bukan perkara besar. Kalau ada seorang penonton aku akan teruskan, kalau tak ada pun aku akan teruskan jugak, cuma ia akan jadi sesi latihan. Tapi alhamdullilah kehadiran penonton agak memberansangkan, lagi lagi ada majlis makan makan dan persembahan lain di Panggung Orkestra. Aku peduli apa.

Beberapa kritikan dan komen dari penonton juga aku ambil kira, ada yang memang sengaja aku buat begitu dan ada juga yang aku dapat dari mereka. Dalam diri sendiri aku meletakkan kayu ukuran untuk Dark Ray dan Shy dan mereka hampir mencapai kayu itu, jadi untuk latihan dan masa yang begitu aku rasa capai apa yang nak dicapai. Apa yang aku mahu sampaikan telah mereka sampaikan, cuma aku mahu sikit lagi dari mereka untuk pementasan kedua nanti.

Rata rata dari segi persembahan memang itu yang aku mahukan, ala kadar dan tiada pertambahan prop, tiada rasa derita keterlaluan, cuma tekanan dari satu sama lain yang perlu disampaikan. Tiada pendapat yang betul dan salah, cuma ini yang aku mahukan dan inilah aku nak sampaikan.

Satu manusia itu punya masa yang sedikit, tapi banyak benda dia nak buat. Jadi?