30 October 2009

Environment Theater NAUTIKA !





Sebahagian penonton bukan pelakon

28 October 2009

Hari Ni Khamis..

Hari ni, Khamis... gua akan pentaskan NAUTIKA.. dilakonan oleh budak ni dan penakluk air.
Maka terimalah INI!

Saya

Awek saya bernyanyi di sini.

27 October 2009

Aku

Bagaimana hubungan aku dengan Nasha Aziz, sekarang aku sangat bz... Beri aku masa sayang.

24 October 2009

Seminggu Berlalu

MIMPI "berat" dah seminggu berlalu, terima kasih semua yang sudi hadir memeriahkan suasana. Terima kasih semua yang sudi membuat persembahan dan menghidupkan suasana, segala komitmen anda menghidupkan apa yang digerakkan oleh penggerak indipendent seperti kami.

MIMPI malam tu terpaksa bersaing dengan beberapa event lain lagi yang lebih besar seperti Sua Rasa tv9 di stadium, Teater Lingkaran Kapur projek akhir pelajar Fakulti Seni Persembahan UiTM, Teater Tok Janggut, serta banyak lagi yang lain termasuk lah open open house yang sedang suntuk sebab dah hujung raya. Maka dengan saingan saingan itu MIMPI menghimpunkan seramai 60 orang peMIMPI pada malam itu. Terima kasih kepada semua.

Walaupun kali ini tak ramai macam sebelum ni, tapi gua enjoy sebab gua dapat bertegur sapa dengan hampir semua orang selagi orang itu tak sombong.

Shoffi Jikan...

Shah Jamat

Imran Yusoff

Roy

Hakeem

SALINA

Smuglers

PARADOKS

Persembahan Ekstra dari Vitamin

dan Harry

Terima Kasih Semua.......

22 October 2009

Heaven

Satu hari Prof tanya satu dewan, apa Heaven tiap orang. Tapi tak semua dia tanya, dia tanya secara rawak je. Budak pertama ditanya apakah heaven nya.. dan begitulah seterusnya.. Kebanyakan hari tu ramai orang cakap heaven mereka bila mereka ada banyak duit dan dapat apa yang mereka nak.

Ada satu budak tu, kata heaven dia nak negara yang sentiasa aman dan makmur. Arhhh very political Dr cakap. Dia kata bagi la heaven yang gempak sikit.. ada unsur unsur imaginasi seks yang tinggi ke. Dia tanya lagi... ada pulak orang cakap dia nak main dengan artis sekian sekian... ok la tu.. dan ada pulak mamat tu cakap, heaven bagi dia bila dikelilingi oleh lelaki hensem yang kacak dan berbogel. Gempak heaven.

Mukhriz sebelah gua tanya kat gua..

Mukhriz : Kalau die tanya heaven lu apa lu nak jawab?
Aloy : ada la, kalau dia tanya baru jawab. Apa heaven lu?
Mukhriz : Aku nak kumpul semua yang masuk miss world taun ni. Tiap tiap malam aku nak main sorang sorang.
Aloy : huh... dasyat selera lu.

Dan akhirnya mmg Dr tu tak tanya apa heaven gua.
Kat luar dewan.

Mukhriz : kalau dia tanya apa heaven lu tadi, lu nak jawab apa?
Aloy : Gua nak kawin sebulan dengan Manohara.

20 October 2009

Demi

Malam tadi gua dah bincang dengan Dark Ray, gua terpaksa buat keputusan yang pedih dalam hidup gua, gua tak jadi pilih seorang guru sebagai suri hidup gua. Apakan daya, dan gua juga terpaksa menolak Lisa Surihani DEMI seorang teman. Gua akur, akur untuk kembali kembali kepada cinta lama gua Nasha Aziz. Maafkan aku sayang kerana terlalu lama melupakan dikau.

K/K : sape ada banyak Gambar MIMPI"berat" silalah pas kat gua... guna fesbuk atau email..

12 October 2009

MIMPI kat mana Bang?

Kali ni gua rasa baik gua tulis satu entry khas bagaimana untuk datang ke MIMPI. Sebelum sebelum ni gua tak pernah post entry macam ni. Sumpah! maka sebab tu akhirnya Triple X yang pegang HP gua.. Untuk pengetahuan korang, yang jawab mesej2 dan call masa MIMPI dulu tu beliau yang balas dan jawab.

Untuk sampai ke Galeri Shah Alam, lu orang boleh naik kereta persendirian ataupun tumpang dan pinjam, motor persendirian ataupun tumpang dan pinjam. Juga boleh nasik bas dan basikal. Tapi selain itu lu orang juga boleh naik van, kelisa, wira, proton saga dan iswara. Tapi jikalau tak ada itu semua naik Perdana, waja, kancil, Satria Neo pun boleh. Namun jika anda berjalan kaki juga amat amat digalakkan.

Galeri Shah Alam nak cakap betul betul kat kawasan persiaran Tasik Shah Alam area seksyen 3. Kalau tak tau jugak, tau tak Plaza Alam Sentral Shah Alam, ala tempat yang korang tengok rakaman Senario tu, ataupun tempat jual jual yang ada buat auditon Raja Lawak dengan Pilih Kasih tu. Masa audition tu ramai giler orang dengar ceritanya, sampai habis nasik campur kat medan selera Seksyen 2.

Jadi Galeri Shah Alam ni adalah berdekatan area Plaza Alam Sentral ataupun disebelah belakangnya ke kiri sikit. Ataupun kalau tau bangunan PKNS.. ala yang banyak jual kerepek kerepek... tudung tudung dengan jamu tu... ha! itu la PKNS.... PKNS tu jalan terus je pastikan tasik sebelah kiri,, dan depan sikit tu dah sampai Galeri Shah Alam.. ada pintu pagar, ada pondok pengawal, tapi pintu tak kunci dan pengawal tak pernah ada.. Jangan risau, parking tepi tu dan masuk la ke Galeri. Kat situ nanti banyak orang yang pelik pelik, berlagak ceria dan ramah, maka tanyalah...
"MIMPi kat mana?" Nescaya mereka akan menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

09 October 2009

Dimana Lighter?

Gua skang banyak menulis kat sini buat sementara waktu..

06 October 2009

Berat, Berat, Berat, Berat,

Senarai lengkap pembuat seni di Malam MIMPI.

MIMPI 3 penghargaan kepada mereka yang menyokong projek MIMPI 1&2.

Seila Group mereka yang tegar menyokong Paradoks dalam MIMPI.
Roy, budak kelantan yang minat main gitar dan menjual jeans di Uptown.
Smugglers band yang membantu promosi Paradoks dan mencari band lain untuk MIMPI 2.
Budak yang tiba tiba datang nak buat show dan begitu komited ialah Adik Hakeem.
Kumpulan Shah yang Nak menginsafkan manusia dari Pertubuhan Penawar Selangor.
Imran Yusoff pengarah Teater Nyai Dasima
Paradoks nak buat 2 drama senyap.

Orang yang ada rasa dan jiwa Soffi Jikan akan datang memetik gitar. Itulah Fendi Afifi(Man Laksa), Ketua Komander(Kala Malam Bulan Mengambang), Guard(Los dan Faun), Zul Kapan(Rock), Mamat Ibrahim(Orang Minyak Naik Minyak) dll.

4 kumpulan setiap kumpulan 2 buah lagu.
2 penyajak dan
2 Drama Senyap

Tarikh : 18hb Oktober 2009 (ahad la)
Masa : 8.00 malam - 10.30 malam (sila datang awal sbb kita nak habis cepat)
Tempat : Mana lagi? Galeri Shah Alam jugak.

04 October 2009

6 kati (lebih BERAT)

Aloy : Kawin dengan Cikgu bagus, golongan berpendidikan.
Dark Ray : Tapi aku nak kawin dengan artis.
Aloy : ko jangan la kawin dengan artis.
Dark Ray : kenapa?
Aloy : Entahla,, susah nak cakap. Macam hipokrit pun ada, tapi tak mcam tu.
Dark Ray : Artis golongan berseni. Baru sesuai dengan kita.

Aloy : Ini bukan masalah sesuai. Tapi masalah ego. Ko tau konsep diva?
Dark Ray : itu la pasal kita mesti lagi hebat lagi dia. Baru dia tak boleh ego.
Aloy : Aku nak kawin orang orang biasa je, yang tak terkenal. Senang hidup.
Dark Ray : Cari la artis pompuan yang betul2 perjuangkan seni. Baru betul.
Aloy : Tak payah la, kalau setakat nak glamer tak payah la.

Dark Ray : Aku nak kawin dengan artis, Habis tu kalau Lisa Surihani ajak ko kawin ko tanak la?

Aloy : Kalau Lisa Surihani nak la.

2 kati = 6 kg : Husin Kampung Pisang

Suatu Petang yang damai, saya dan Dark Ray (Bakal MC MIMPI) pegi melawati sebuah pusat pendidikan yang terulung dalam melahirkan warga pendidik di negara ini.

Aloy : Nanti kalau kawin dengan Cikgu best jugak kan?
Dark Ray : Tengok orang jugak la.
Aloy : Untung apa, kalau dia keje pagi, petang ada dekat rumah.
Dark Ray : Pengetua sekolah aku sampai petang dekat sekolah.
Aloy : Jangan kawin dengan pengetua sekolah ko.
Dark Ray : Tapi dia cantik.. pengetua, tapi tak nampak tua.

Aloy : Cikgu ada cuti lebih sikit dari orang lain. Tak ada la Bz sangat untuk kita.
Dark Ray : Aku nak kawin dengan artis.
Aloy : kawin dengan cikgu dia boleh didik anak anak.

sejam kemudian...

Aloy : Apa pasal tak nampak bakal2 cikgu yang cantik cantik kat sini?
Dark Ray : Entahla..
Aloy : erm patutla... maybe sebab semua yang pakai tudung kot..
Dark Ray : Lu memang celaka!

01 October 2009

"BERAT"

Hallo Hallo... MIMPI Insyaalah akan mengarok lagi, kali ni bertemakan "BERAT" dan tarikh nya pada 18hb oktober bertempat di Galeri Shah Alam.. gua janji kita akan habis awal, mungkin selesai tepat pada jam 11 malam atau sebelumnya.

Sebanyak 4 kumpulan akan membuat persembahan akustik, serta 2 naskah Silent Drama dan Puisi.

K/K : Dengar citer kali ni dah ada sound system pulak.