Husin : Aku dah tak boleh tahan sangat ni..
Amri : kenape?
Husin : Dari tadi ajak ko makan tanak makan.
Amri : Tunggu la kejap.. cube jadi orang sabar sikit.
Husin : Nak sabar apenye lagi. ko nak aku mati kebulur?
Amri : ko ni tak nyempat nyempat la.
Husin : Mampos ko la, aku nak g makan.
Amri : ko boleh tunggu orang balik jumaat dulu tak?
Husin : orr.. boleh kot.
31 August 2009
29 August 2009
Husin Markasan (akan datang)
Husin Markasan yakin semalam memang duit nye dah habis. Kalau tak, takkan saje saje Husin Markasa buat terlupa bayar masa makan malam tadi. Dah sampai rumah baru teringat. "Eh terlupa nak bayar makan! esok je la".
Kalau nak kata duit beranak, takkan duit beranak. Husin Markasan tak pernah amalkan letak apa apa tangkal dalam dompet.
Tapi mungkin benar. Memang Husin Marakasan tersalah kira malam tadi. Duit terselit celah celah la ni.
"Woi dompet aku tu! ko nak bawak g mane?"
"or kau punye ke.."

28 August 2009
26 August 2009
Musibat !
Cerpen 1 episod
Danial sengaja membiarkan kakinya terjuntai juntai hampir mencecah air. Arus mengalir lesu dari darat ke baroh, terus memenuhi setiap ruang dan salur yang mampu terisi. Resamnya air akan sentiasa memenuhi ruang yang bisa diisi asalkan tidak terhalang. Dan resamnya manusia adakala akan melalui hari hari yang penuh sunyi sepi. Tanya pada hati apa yang tidak puas dengan dunia ini.
Dari titi tempat melabuh punggung Danial melihat seluas sawah yang sedang menguning, syahdu bagai selautan emas terbentang. Angin bertiup dari barat ke selatan asik mengalun alunkan lautan emas yang bagaikan berombak. Dalam kesyahduan ada kesedihan yang meruncing. Jika dibiar pasti makin gamat runcingannya, pasti honar seluruh urat nadi dan deru nafas berterabur tidak bersatu.
Petang semalam mayat Abah selamat dikebumikan. Dalam usia sehijau padi yang menghijau sial hidupnya bertambah tambah. Beberapa malam sebelum Abah pergi mengahadap penciptanya Abah sempat berpesan. Abah berpesan biar apa yang berlaku dalam hidup Danial perlu tabah dan kuat melakonkan hidup ini. Abah kata hidup ini ibarat sebuah drama. Sebuah drama akan ada Heronya. Dan dalam drama ini Danial lah heronya. Kata abah lagi Hero perlu berani hadapi siapa musuhnya sekalipun.
Dan selepas malam itu, abah tidak lagi banyak bercakap. Abah menjadi pendiam yang teramat sangat. Abah hanya bercakap bila perlu.. bila perlunya Abah mintak air, bila perlunya Abah ke Tandas untuk berak dan kencing. Abah tidak lagi mengadu sakit sakit dan pinta dipicit badan. Hanya batuk batuk kasar abah yang jelas kedengaran. Abah lebih suka dibiarkan sendirian. Dan dalam sendirian itu, Danial sendiri tidak pasti bila Abah hembuskan nafas terakhir. Yang pasti pagi semalam tidak seperti pagi pagi sebelumnya. Puas disahut dan digegar seluruh badan Abah tidak juga menjawab. Danial pasrah.. inilah masa sekian lama dikatakan Danial perlu hadapi. Pagi itu terburai air mata anak jantan kecil ini. Terpekik jerit tangis sendu Danial.
Dulu pada hari hari terakhir ibu, ibu juga berpesan. Danial mesti berani. Danial mesti berani kerana sampai satu masa Danial perlu melakonkan hidup ini tanpa ibu dan Abah. Kata ibu, jika ibu perlu pergi dahulu, begitu juga dengan abah. Abah juga akan perlu pergi dahulu. Waktu itu Danial keliru.. terlalu keliru dan terlalu sulit untuk mengerti. Cuma kata ibu.. hidup ini sangat buas.
Selepas ibu pergi untuk selamnya, abah bawa Danial pulang kekampung. Badan abah juga mulai melemah dan sakit sakit. Kadangkala abah sukar nak bernafas. Menurut abah mereka perlu pulang kekampung kerana masa abah juga tidak lama. Dan sampai suatu masa nanti Danial perlu hidup dengan atuk dan opah saja, tiada abah, kerana abah akan menemani ibu. Atuk dan opah akan menggantikan tempat abah dan ibu. Danial akur walaupun benak dihati begitu sukar diungkaikan segala kekusutan yang membelit.
Dan memang hari ini, petang ini Danial semakin tabah. Danial semakin kuat. Danial merasa airmata ini adalah airmata terakhir yang akan dititiskan untuk seumur hidup ini. Untuk apa lagi airmata selepas ini? kerana seksa dan ujian terbesar dalam hidupnya telahpun ditempuhinya kini. Telah pun diselesaikannya. Maka segala masalah dan cabaran yang mendatang hanya permasalah picisan yang mungkin pada orang lain besar dan dasyat sungguh musibatnya.
Maka pada suatu hari jika ada cabaran melanda.. akan Danial ucapkan
"arhhh.. aku telah lalui musibat yang lebih celaka dari ini"
''''''''''''''sepuluh tahun lalu''''''''''''
Rashid termenung, esakan dan amukan Amera tinggal hanya esak esak yang lemah.
Tiada apa lagi yang terdaya dan mampu Rashid lakukan. Apa yang sepatutnya berlaku sudah berlaku. Celaka yang terbesar dalam seluruh hidup ini sudah datang. Datang dalam dirinya, terus kepada Amira.. dan yang pasti natijah itu turut meremukkan bayinya yang masih kecil.
Sesalan kini bukan lagi sesuatu yang menguntungkan, celaka bagaikan jelas didepan mata. Dosa ada dimana mana. Dosa rashid mencelaka pada Amira dan Danial.
Dan celake itulah kasih sayang yang Rashid pupuk selama ini.
Perlahan Rashid mendakap Danial yang lena di buaiyan. Mudah mudahan Danial tidak terkena natijah H.I.V ini.

23 August 2009
Kin dan Roland (Klasik)
Sbb ramai tak faham citer ni, biar gua tambah pengenalan sikit. Kisah berlaku masa gua tingkatan 5 dan suatu hari tu gua didatangi oleh seorang guru disiplin iaitu Roland. Sedang gua projek curi line public phone
Mat kelam kabut masukkan telefon dalam beg, Honda Roland makin hampir. Wayar wayar yang berselirat kat bawah public phone tu gua masukkan balik dalam tiangnya. Tutup pintu wayar tu rapat rapat. Ngam ngam je Roland sampai keadaan kembali clean.
"Kin! sini jap kin"
Mat dah gerak balik asrama bila keadaan dan situasi betul2 tidak mencurigakan. Gua rasa Roland tak tau. 'Kin' adalah panggilan Roland pada gua sejak die mengajar gua sains masa tingkatan 1 lagi. Dan 'Roland' juga adalah gelaran yang diciptakan oleh gua untuk dirinya yang kemudian nama gelaran itu menjadi popular.
Roland : Kin, tolong saya Kin.
Gua usha muka Roland, lain macam lak. sejak bile die jadi Gey ni.
Roland : Ko tolong ajar si L*** tu.
Gua tak faham, gua tanye la.. ajar ape.
Roland : Die dah kurang ajar dengan saya. Siap telefon2 rumah saya lagi buat kacau..
nak ugut ugut lak.
Gua pandang Roland. Roland pandang gua. Mata kami bertentang. Saling menatap.
.
.
.
Esoknya Si L*** dah terduduk dekat tiang telefon. Itu tindakan bawah sedar. Gua pun tak tau. Rasa kesian pun ada jugak. Memula tadi macam ok. Gua ingat nak datang borak borak manje je. Tapi ntah macam mana rasa macam ibarat bersenggama tak bercium lak. Maka gua sempurnakanlah kitaran haid itu tiada prejudis dan gua tak payah buat keje 2 tiga kali.
.
.
dan Minggu depannya pulak Roland terjumpa gua
"Kin, dah takde dah kin. Die tak kaco. Dah takut la tu"
Gua : Ok dah tu, die pun dah janji tak kaco lagi dah.
Gua dah kompius.. ape tugas sebenar Cikgu Disiplin ni.
K/K : Entry ni gua save as draft dah lama. Nak publish ke tanak. Nak publis ke tanak.

22 August 2009
17 August 2009
Anak Emak Tak Pulang Petang
Cerpen ini akan mengandungi 12 episod, maksudnya 12 bijik blogger akan menyambung nyambung cerpen ini. Blogger yang diminta menyambung perlu menyiapkan satu episod dan kemudian past kepada blogger lain pulak. Kalau lu agak agak budak tu tak de bakat nak buat atau jenis update blog sepoloh tahun 10 kali jangan la past kat die. Apabila sampai orang ke11 dan nak past ke orang 12 tulislah, "cerita ini akan diakhiri oleh....."
Maka Terimalah... "Anak Emak Tak Pulang Petang"... Jeng.. Jeng...Jeng!
Esah Serai masih menunggu nunggu di muka pintu, badan tuanya yang kulit mula menjatuh disandar sedap sedap ke daun pintu. Lalu dibuka daun rokok dan tenyeh tenyeh tembakau balut daun keladi digulung gulung membuat rokok. Kejap kejap matanya merenung jauh ke hujung jalan, kot kot suaminya Husin Dam pulang menjengah. Namun hampa seperti lagu To'Ki yang sedang sedap sedap berkumandang di radio buruk bersiaran Radio 1 Ipoh.
Hatinya resah gelisah, suara RTM si dejay tidak enak seperti selalu. Si Amri anak bongsu masih belum pulang pulang sejak dari petang semalam. Malam tadi habis seluruh kampung dikerah mencari Amri di Kebun, kedai Dam Aji mahupun pusat karaoke terkemuka namun tak juga dijumpa jumpa. Nak kata dibaham dek Tok Rimau, Masakan Blogger itu makan itu orang, diculik orang... takkan la Si Amri tu nak dijadikan pelacur. Tak Lojik. Disorok bunian? Ah! ini bukan majalah Mastika.
Asap rokok gulung mula berkepul kepul di bibir mungil Mak Esah Serai. Ya, bibir itu pernah munggil berpuluh tahun lalu, bibir yang mengucap cinta kepada Husin Dam dan mengucap dua kalimah Syahadah.
Sedang leka Mak Esah mengulit kenangan silam, kelihatan Pak Husin Dam terkocoh kocoh mengocoh pendayung basikal. kelam kelibut, dada Mak Esah berombak kencang, perasaannya mula libang libu kata orang Perak tu.
"Ada jumpa budak tu Paknya?"
Cerita ini akan diSETANkan oleh DArk Ray.
K/K : Budak Paradoks juga mengarok di sini.

13 August 2009
"Awek Sabah"
Keluar dari aswara jam dah jam 11.00 malam. Meroyan ape gua buat kat sini dari 8.30 pagi tadi. Badan dah mula sengal sengal. Cita cita nak segera balik hempuk kepala kat bantal , mata pedih dah macam mabuk mabuk sikit. Lepas bulatan bukit aman gua terus pecut amik jalan federal, dari federal akan terus ke Shah Alam.
Sekarang tak macam dulu dah, terkial kial cari jalan kat KL. Sekarang gua dah kolumpo.
Dulu awek Sabah ajak gua dating kat Times Squere, mampos gua cakap gua bz giler minggu ni. Tapi sekarang tidak lagi.. Never and never, until went went. Cakap je nak dating kat mana?
Sama jugak macam gua baru mula mula datang Shah Alam, setakat yang tau seksyen 2 kedai mamak beli rokok je la. Nak gempak sikit makan dekat Big Mug Plaza Alam Sentral, giler stylo student semester satu. Lama duk Shah Alam gua dah tak lepak Seksyen 2 dah. Tak Lepak dah Plaza Alam Sentral. Gua lepak dekat sekyen 7 pulak.. makan nasi koboi baru 2 ringit.
Gua usha kiri kanan jalan..
gua usha bangunan bangunan yang ada...
Memang rasa lain macam.
"ceh! celake! macam mana boleh jalan ke Cheras lak ni?"
K/K : Gua menulis "Ulamak dan Seniman" di sini, di blog berat gua.

12 August 2009
Hai Aloy
Gua jalan jalan tanpa arah tujuan..
Gadis : "Hai Aloy"
Aloy : "Erk! Hai.. kita kenal ke?
Gadis : "Takkan tak kenal kot?"
Aloy : "Tak, lu kenal gua ke?"
Ini kes peminat misteri nak ngorat gua la ni.. terus terang je la.
Gadis : "Ni aku la......"
Ceh! member sekolah. lain kali bukak la topeng tu dulu...

11 August 2009
Ayam Itu
Sajak ni gua cipta masa makan nasi kat Kedai makan..
Ayam itu nampaknya sedap....
tapi tak! erk!!!!!
Ayam itu nampaknya sedap....
tapi tak! erk!!!!!
10 August 2009
Eh! buat ape?
Eh! buat ape kat sini? - Takde ape, saje je.. tunggu orang rumah beli barang.
Lama dah tunggu - Lama gak la.
Erm.. orang pompuan biase la... kalau dapat shopping.. letih kaki kite dibuatnya - erm.. biase la tu.
Kau skrg keje mana? - berniaga sendiri skang, buat kecik2..
berniaga apa? - berniaga ayam goreng dekat pasar malam.
Hui, banyak untung tu - boleh la sikit sikit,
Yela, skrg ni keje swasta pun susah, byk kene buang - erm, orang keje gomen jugak untung.
eh takpela, sy balik dulu, bini kau lama dah ke shopping? - erm... petang semalam die masuk, belum keluar lagi.

07 August 2009
Arba'a
Sebuah cerita di sebuah kem orientasi.
Rahim : Ko tau tak niat?
Sulamian : aku tak sure sangat la.
Rahim : apela ko ni, jahil betul. Sampai niat pun tak tau.
Sulaiman : aku yang ni jarang buat. Yang lain ok.
Rahim : or ye ke.. ok la tu.
Sulaiman : Cube ko bace dulu, nanti aku ingat la balik.
Rahim : err? "usolli farho subhi, arba'a rok.....erm"
Sulaiman : ...........
Rahim : Ah,, aku selalu bahasa melayu je. Boleh gak.
kini Rahim, mesra dipanggil "Arba'a" oleh rakan rakan.
P/S : Perbendaharaan Hidup di Puing Puing.

05 August 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)