29 July 2009

Benda Hijau

Hati resah gelisah, perjalanan terasa semakin berat. Hati membentak ingin segera sampai. Perjalanan dengan Kapcai memang menyeksakan, helmet tanpa pelindung bagaikan sial yang menjadi jadi. Angin lintang dari kereta yang memotong laju turut menyerpihkan sisa kecil habuk dan batu ke mata. Mata merah terasa pijar, perit.

Jika berkereta pasti perjalanan menjadi semakin lancar dan tidak terlalu menyeksakan. Hidung turut sebu menyedut asap asap hitam. Kapcai? huh, seksa. Angin lintang dari lori lori besar membuat kapcai terasa tersedut kebawah lori bergerak laju. Lebuhraya memang sangat merbahaya untuk sebuah kapcai buruk seperti ini.

Leka difikiran dengan perihal permasalahan itu dan ini...
Syuuuupppp.... Lori besar memotong, segera muka lidah depan beg coklat ternganga dek hentaman kuat angin lintang... Sempat dilihat kertas kertas kecil menderu keluar ke lebuhraya,,,

Hah! terperasan, ada seakan akan benda hijau turut keluar. Sempat tangan kanan menekup ke paha. Dapat! tapi kapcai tidak lagi stabil, seakan goyang dan mahu jatuh ke kanan lebuhraya,, risau maut menanti segera tangan kanan mengendali kembali pemulas minyak. Benda hijau terbang.... terbang...

Ye! break dipulas, berhenti setelah kira kira jarak 3 tiang elektrik dari benda hijau terbang. Benar! itulah not besar yang tunggal, RM 5.

Digilis kereta, terlihat dari juah not hijau terbang... tapi entah kemana.
Berfikir............
Itu saja not hijau untuk menuang minyak bagi perjalanan pulang. Not tunggal.
Berfikir............
Lengan seketika lebuhraya, pusing segera kapcai, lalu tepi tepi usha usha kalau ternampak lagi dimana not hijau itu... jauh... jauh... makin jauh... not hijau tiada.
Takpe....bukan rezeki....

Pusing teruskan perjalanan,, pulas minyak perlahan, masih berharap not hijau terlihat...

Zap..... kereta menderu laju... nampak not hijau terbang dan melayang ketepi sedikit..
Berhenti tepat disitu... bongkok kan badan sedikit dari atas motor capai not hijau disebelah kanan.....

PONNNNNNNNNNNN!!!!!
Sebuah Toyota Hijau tak sempat mengelak..
Di tangan yang berdarah... tergemgam erat not hijau untuk meneruskan kelangsungan.
Kepala yang bersepai tercerai tempurungnya dimerata rata. Lebuhraya... basah memerah disirami darah..

28 July 2009

Puing Puing

Gua menulis di sini.

24 July 2009

Tiada Tajuk Lagi..

MIMPI (Dunia Gelap)








K/K ; MIMPI,, kekurangan gambar.
K/K ; Terima kasih semua yang tolong promosi.

23 July 2009

"Ketika Sampai Disitu"

Angkan jam digital di motokar telah melepasi angka 12. Sekarang waktu yang sesuai, takkan tanak merasa kot? Silotape kata cari dekat area Shah Alam pun boleh dapat. Budak Mie kata ada, mesti ada punya. Mana boleh takde.
Tapi gua fikir, alang alang dah sampai Chow kit, cari kat sini la banyak pilihan.
Boleh pilih mana yang berkenan. Cantik belakang cerita, janji boleh puas. Kalau tak malam ini tak bererti apa apa.

Lalu SACC mall gua sudah nampak bersepah tepi jalan. Angah Silotape kata "ha tu dia, tu dia!" gua sudah nampak target. Ye gua nampak.. Membukit dan lazat...

"Apa lagi! u-turn! u-turn!" ek eleh, kecoh je Budak Mie. Macam budak habis tingkatan 5. Kelam kabut giler semangat Silotape buat u-turn.. Lepas buat u-turn lalu jalan sehala tu gua usha lagi target.. Clear, memang selera gua. Sampai, Gua turun dari motokar, derap tapak demi tapak.. Silotape dengan Budak Mie gerak serentak jugak.

Hati gua makin membara, degup berdegup kencang seperti genderang mau perang. Detak berdetak untuk melampiaskan segala nafsu terpendam.. gelora membara agar segala yang tertahan dilepaskan. Gua berkira kira untuk menjadi manusia paling rakus malam ini.
Dan sampai disitu....

"ini cempedak! bukan durian! ape da cempedak dengan durian pun tak kenal"

Malam, bawah metol bulat, memang cempedak macam durian.

k/k : Kalau lu tak tengok Astro Awani esok(khamis) jam 9.30, lepas tu lu nyesal seumur hidup, jangan salahkan gua.

21 July 2009

Tribute To CAD


Ada CAD satu ni, PARADOKS rasa macam dah ada Storm ataupun Lori satu tan. Malam MIMPI tu takat nak sumbat tiga gulung tikar getah, sepuluh kerusi merah, pasu pasu bunga, apa benda segala tabir dan langsir, meja makan serta ke pokok pokok kayu sekalipun takde masalah. Beres... Bisa diatur.

Lu jangan tak tau, kemampuan CAD ni pernah memuatkan 10 orang dewasa sekaligus dalam 1 masa. Pernah mencari pasal di kawsan Parlimen juga turut dikejar polis di Putrajaya. Macam mana boleh tak perasan ada lampu merah. Ketika hati dirundung kebosanan dimalam hari, terus memecut ke melaka. Tapi peliknya tetap di Shah Alam pada paginya.

Tribute CAD turut diolah oleh Dark Ray, juga Bias.

K/K : Gua juga menulis tentang LALUKAN di sini

20 July 2009

Gua Jumpa.....

Ruang telah hampir penuh, debar gua makin kecang bertiup.. Tetamu mula gelisah, tapi syukur mereka sedia menunggu dan memberi sokongan. maaf maaf kerana majlis habis lewat lantaran kita bermula lewat sementara menunggu ketibaaan para tetamu yang membuat persembahan. Kami merancang, tapi perkara tak terduga biase berlaku. Dan gua juga mohon maaf kepada undangan Khas iaitu Shah dimana kita terpaksa memendekkan sesi Beliau.

Mengikut senarai tetamu yang dijaga oleh Raihan, jumlah kehadiran tidak kurang dari 150 orang. Tapi malang gua tak nampak satu pun awek cun, gelap,, gelap,, semua gelap,, nak makan pun teraba raba.

Semua yang membuat persembahan berjuang dengan ikhlas, tanpa bayaran. Gua tabik lu orang. Blogger blogger yang hadir dari jauh dan dekat, terharu gua. Yang datang dari Majlis pertama, kini datang lagi. Jadilah sahabat untuk selamanya. Kesudian kalian semua amat amat Gua hargai.

Maka selesai sudah MIMPI kita, kepada yang terkecil hati... terguris perasaan Kami mohon ribuan ampun dan maaf, kepada yang membuat persembahan.. teruskan perjuangan dan kami mahu kita berkolabirasi lagi untuk sesuatu yang lebih bagus..terima kasih banyak.. dan semua tetamu, tanpa kalian apalah maknanya semua ini. Segala kekurangan dan kelemahan gua mohon ribuan ampun dan maaf.

Tanpa Galeri Shah Alam, dimanalah kita akan berMIMPI. Komited dalam membangunkan seni dan terima permohonan kami tanpa sebarang bayaran.. Moga Allah sahaja dapat membalas budi baik pihak pengurusan Galeri Shah Alam.

Serta ucapan penghargaan gua buat semua rakan rakan yang byk membantu menjayakan MIMPI samada dalam PARADOKS atau pun luar, sebab MIMPI takkan terlaksana dengan hanya satu orang ini sahaja, gua tak perlu sebut nama lu orang, tapi lu orang tau siapa diri lu orang...

K/K : Gua jumpa Sehelai sweeter hitam separa macam jaket, betulis BIMA serta berline merah, kuning, biru. Siapa punya, sila tuntut pada gua.

17 July 2009

"Beberapa Jam"

Gua mmg takde plan nak sampai hingga ke tahap ini, gua memang tak pernah plan ini akan terjadi pada hari ini. Semuanya berlaku tanpa gua sedari, semuanya berlaku bukan dengan kehendak gua. Benarlah kata pepatah, makin kita kejar, ia semakin jauh berlari, tapi bila tak dikejar, ia dekat menghampiri. Itulah karaoke.

Gua biar Angah Silotape melakukan segala urusan, gua hanya diam berteleku disebelah sambil berkira kira mahu menyanyikan lagu apa sebentar lagi.
"Bilik 11 ye" ramah je pekerja pusat karaoke di Sunway Piramid menunjuk arah bilik pada kami.

Sebaik saja pintu bilik ditutup dentum terus berdemtum irama sumbang memecah hawa gegendang telinga. Benar gua tak sangka. Memang tak sangka. Kalau Awie dengan Amy nyanyi berduet pun semput bawak lagu Gemuruh... Gua selamber je amik part Amy dengan Awie sorang sorang. Pulun. Ceh! takde la susah mana pun lagu ni.

Tiga jam bagai nak beku dalam bilik. Pada jam ke4 segera keluar apabila rasa rasa macam dah nak puas. Lagu Ahmad Jais pun dah tinggal sikit je belum nyanyi.
Angah Silotape dah keluar dulu,,, keluar sambil memeluk erat tubuh tanda kesejukan.
Gua usha kanan, usha kiri.... capai apa yang patut dicapai,, letak dalam poket.
Gua tanak ulang alik dua tiga kali masuk bilik tu lagi, amik henpon tertinggal la, dompet la, jadi gua pastikan betul betul tak ada barang tertinggal. Dan tegukan dari jernih Jus Belimbing gua habiskan untuk tidak menghampakan hasrat hati.

Dipintu keluar Budak Silotape dah usha gua,, tengok gua macam tak puas hati, tau la gua tak bayar duit karaoke tadi. Tak payah la buat muka tak puas hati. Bukan selalu gua tak bayar, baru dua kali je.

Amoi karaoke dah usha gua macam gua ni lelaki paling menghairahkan.
Angah usha tepat ke poket tepi sisi kanan gua.
Gua turut usha.. Gelombong.
Ceh! Celake! sape letak Mikeropon wayerles ni dalam poket gua.

K/K : Majlis MIMPI ahad ni..... 55 jam je lagi.. lu tido je 20 jam. Jadi tinggal 35 jam.

15 July 2009

Dari Kawan Kawan

Permohonan untuk melenakan MIMPI di Pondok Galeri Shah Alam dibatalkan. Hati gua mula kucar kacir mengenangkan pemberontakan hanya tinggal beberapa hari ataupun beberapa jam. Perbincangan kembali diadakan dan pihak Galeri Shah Alam bersetuju memberikan ruang yang lebih baik dan besar iaitu dewan terbuka Galeri Shah Alam. Dulu pun mereka dah syorkan tempat tu ataupun Panggung Laman Budaya. Tapi tak perlu kot, bukan demand atau apa. Cuma tempat itu terlalu bagus dan gempak buat majlis sekecil ini. Kami cuma mahukan Pondok itu dan mereka bersetuju sebelum ini.

Kami cuma perlukan ruang yang kecil dan terhad, Pondok atau Restoran Lama menjadi pilihan kerana keadaannya yang agak usang, warisan dan dekat dengan alam semulajadi.
Ada pokok kayu, semak semak sikit, dekat dengan air maka Sesuailah untuk majlis yang tak seberapa ini. Tak perlu sistem bunyi dan penghiasan pentas, semua dekat dan lepak bersama. Kami khuatir jika diberi ruang yang besar, tapi majlis nye nampak ciput, segalanya akan jadi ZERO.

Oleh kerana MIMPI akan dilenakan di Dewan Terbuka Galeri Shah Alam, maka gua harap majlis ini masih lagi santai dan rileks. Dan persembahannya masih mahu seperti dari kawan kawan untuk kawan kawan. Gua positif mungkin tetamu kali ini lebih ramai dari yang dulu, maka sebab itu Pihak Galeri berkeras memberikan kami ruang Dewan Terbuka itu.

Dan kerjasama yang baik dari Pihak Galeri Shah Alam dan MBSA kami ucapkan ribuan terim kasih.

K/K: MIMPI adalah bersila di lantai, untuk keyakinan anda dan mata saya sila pakai seluar, kain atau skirt yang labuh.

11 July 2009

Rita Rudaini

Tengok Tivi tengah tengah malam memang best. Tambah tambah lagi Astro, time ni la nak tengok citer yang ulang ulang. Tapi takpe, bagus untuk yang tak sempat tengok lagi. Nak layan lagi off lampu nyala rokok sebatang. Fuh sebijik macam Ho Nam dalam Young And Dangerous. Sliding koridor kene bukak, biar asak rokok keluar, ganti asap kereta dari highway yang masuk. Sekurang kurangnya udara keluar masuk dan tiada berbau hapak.

Layan gak "Rahsia Hati" ni. Dapat bini Macam Rita Rudaini lagi layan.
Kalau gua gey, kompom gua MIMPI Aaron Aziz tido nanti. Arwah Shukrey Hashim leh tahan kelakar. Layan...

Lagi layan kalau layan keropok sekali.
Krup krap krup krap..
lain macam, keras semacam...
Sial! sape letak makanan kucing kat sini?

07 July 2009

Amri dan Sensei

Hati tak keruan.. 4 minggu Amri tak masuk kelas. Amri rasa banyak giler benda tertinggal. Macam mana la nak jawab final nanti. Itu takpe, lambat lagi. Tapi apa Amri nak jawab kat Sensei nanti, die kompom tanye. Kejap ada, lama hilang, kejap ada lama hilang.

Pukul 7.30 Amri dah sampai kelas. Ada 2 orang student pompuan dah get ready dalam kelas. Awal giler sampai, lebih awal dari Amri, Amri rase die dah paling awal ashari dah.

"Hai" Amri cube buat buat mesra walaupun wajah Amri memang tak mesra.
Diaorang senyum senyum pelik kat Amri, Mesti ingat Amri dah berenti belajar kot.

"Erm.. Sensei ajar ape ar 4 minggu ni?" Amri nak tau jugak

Tapi benda yang menarik minat Amri bila diaorang bagitau.
"sensei dah tukar tau. sensei lama dah takde. Skang sensei baru. Baru minggu lepas masuk"

Wajar Amri bersinar sinar.

Habis kelas tu lepas semua orang keluar kelas. Amri pegi dekat sensei sebab nak beli buku dan sebab Amri masih belum beli buku dan sebab waktu sensei lama bawak buku je mesti Amri tak bawak diri Amri, waktu Amri bawak diri Amri, Sensei pulak tak bawa buku. Tapi sensei tanye.

Sensei : Kenapa saya baru nampak awak hari ni?
Amri : Or saya tak datang minggu lepas Sensei, Sensei baru amik kelas ni Minggu lepas kan. Kebetulan saya tak datang minggu lepas.

Glosari : Sensei - Cikgu

K/K : Satu lagi Group akan main untuk MIMPI, Diyana's Stories. Kul 2 pagi tadi die kol gua. Gua ingat org nak ngorat gua.

"Antara Pengalaman Gua di Kelas" (Klasik)

Segar lagi kenangan pada hari pertama di semester pertama, gua dah riak riak sebagai pelajar baru universiti yang bersemangat. Bulatkan tekad dan iltizam. Hari pertama gua dah siap salin jadual kelas dan menjadi 2 pelajar terawal yang siap daftar subjek elektif sbb gua takut kelas Radio TV Presentation penuh.

Pada semester 5 yang lalu juga kenangan itu masih segar dan makin membara.

Puan : Eh You siapa? You student kelas ni ke?
Gua : Ye puan, saya kelas ni.....
Puan : Hah! tak pernah nampak pun.
Gua : Erm... saya pun tak pernah nampak Puan.
Puan : Ok! Apa masalah U lepas 2 bulan baru masuk kelas?

06 July 2009

"Coke Satu Ye Bang"

Ada yang bertanya apa itu Majlis MIMIPI sebenarnya, adakah ia teater, bacaan sajak, ataupun persembahan musical. Ok dalam konteks muka depan, MIMPI setakat ini adalah Majlis Puisi dan Akustik. Jadi itulah konsepnya MIMPI.

Dalam erti kata yang luas pula, memang MIMPI itu adalah teater. Ini kerana teater itu ialah aktiviti atau perlakuan melakukan sesuatu untuk dipersembahkan kepada orang. Ia dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan dan menarik perhatian orang lain. Jadi secara ringkas, seorang guru Sejarah yang sedang mengajar didalam kelas juga sedang berteater. Seorang penjual jagung rebus yang menjerit Lelong! Lelong! juga sedang berteater. Dan yang sering dijadikan contoh oleh guru guru teater ialah Penjual Ubat itu juga sedang berteater. Tak caye tanye Khalid Salleh.

Maka sebab itu juga MIMPI adalah merupakan salah satu permainan teater, tetapi kami zahirkan dalam bentuk Puisi dan Akustik. Makanya semua dimalam itu berteater, pembuat persembahan, pengacara majlis yang kacak, dan penonton yang masa makan nanti cube bercakap kuat untuk menarik perhatian gadis atau jejaka yang berada disitu.

Ok tinggalkan cerita MIMPI, sape yang rasa bosan2 tu datang la layan.
sentuh sedikit kenapa masyarakat tidak kenal dunia teater, dan kenapa masyarakat angap teater itu bosan dan bosan ada beberapa faktor. Faktor utama yang dikatakan gua tanak ulas disini iaitu faktor penonton itu sendiri, samada tidak minat atau kurang peka. Tapi gua nak ulas faktor penggiat itu sendiri.

Ada penggiat yang dasyat semangatnya dalam membikin teater. Nak cakap berapa tahun berkecimpung memang dah lama la, tapi kenapa ia begitu sebu dan memualkan. Resepinya mudah, mungkin die tidak menonton persembahan2 pembikin lain. Tidak melihat bagaimana teater itu mengalami evolusi, tidak melihat bagaimana pengarah lain melakukannya, bagaimana ia terekperimentel, terevolusi dan sebagainya.

Ada perkara yang memualkan gua bila seorang kawan berkata pada gua
"Aku tanak tengok teater teater ni, asik asik Hang Tuah, asik asik Hang Jebat, takde perubahan. Tak bosan ke asik macam tu je"
Itu bukti yang sememangnya die buta, gua setakat ni tak pernah berlakon pegang watak Hang Tuah ke, Hulubalang ke, Datuk Bendahara ke, ape-ape ke je la. Teater sekarang dah lain la, dah ada kisah tentera pengebom Abu Sayyaf, dah ada hubungan seks terlarang. Gua cakap ni bukan makna gua terar.. Gua belajar dari orang nak ajar.

Gua jumpa kawan gua yang lain secara tak sengaja..
"Woi panjang rambut sekarang.. berlakon jadi Hang Tuah Ke?"

Aduh... malas dah gua nak jawab.
"Bagi Coke satu ye bang, ko ape citer skang?"

05 July 2009

MIMPI

Seperti yang dihonarkan sekali lagi "MIMPI" bertandang bersama "Dunia Gelap". Gua tanak bina janji setinggi langit, bersinar segunung intan, cume kali ini isyaallah akan menjadi lebih baik dari yang sudah. Nama nama yang tertera di poster sudah berjanji untuk datang memberikan sesuatu, dan diharap lu orang semua sudi untuk menerima sesuatu itu.

Sekali lagi gua tegaskan ini bukan majlis gergasi yang garang, hanya majlis kecil di pondok yang romantis. Berita baik watak utama kita "air soya" akan turut berada disitu.
Tapi kalau niat datang nak cari awek susah la, sebab gua pun ada. Kalau nak cari pakwe hensem mungkin dapat kot, juga sebab gua ada.

Dengarkan pekikan suara mereka, petikan gitar mereka dan bongkarkan cerita seorang Tajalli.

K/K: Gua rasa Dark Ray akan bertobat lepas ni.

Update : Kepada yang berminat nak pergi sila sahkan kehadiran anda di no Henfon yang tertera di poster atau di blog ini pun boleh. Agar mudah untuk kami menyediakan sedikit keperluan mengikut jumlah tetamu.Terima Kasih.

03 July 2009

Makin Banyak Hei! Hei!

Gua tak pasti tentang perkara ni. Tapi benarkah jika semua manusia itu hidup menurut peraturan dunia ini akan aman? Ligat jugak otak gua memikirkannya, dan sama ligat juga berbagai permasalahan dan kemungkinan lojik yang bertalu talu.

Jika semua semua manusia mengikut peraturan maksudnya tak akan ada peperangan kan?
"Hei jangan bunuh orang sesuka hati, kita ada undang-undang"
Kalau Yahudi itu ikut peraturan tadi pasti sekarang gua boleh minum Kopi di salah sebuah restoran di Israel.

"Rahman! jangan langgar lampu merah. Bahaya!"
Kalaulah Rahman patuh pada peraturan tadi pasti ibu tunggal yang mengambil anaknya pulang dari sekolah itu tidak mati disitu, dan sekaligus menjadi Mia yatim piatu.

"Hei kau tak boleh itu! Hei ini salah", makin banyak hei! hei! makin banyak jangan! jangan!.

Memang rasanya hidup akan aman, Tapi gua tak rasa hidup ini akan ada warna kalau semua manusia itu patuh pada peraturan. Gua tak tau dan tak pasti samada hidup ini akan sempurna jika tiada yang melanggar kesalahan.

Hidup yang sempurna pada gua tak semestinya lu nikmati segala yang baik baik saja.
Kerana selain manis gula, lu perlukan cuka juga untuk menikmati keenakan hidangan itu.

Kalaulah semua orang naik motor ada lesen, pasti kita tak perlu manusia itu menjawat jawatan polis. Jika semua manusia tak mahu melakukan kesalahan, pasti Pak Cik Rahim tak diperlukan sebagai warden penjara. Jika tiada orang yang memperlakukan seperti apa yang dilakukan kepada altantuya, pasti Karpal Singh tidak perlu menjadi peguam.
Jikalah Fauzi tidak memukul guru sandaran itu, entah apa kerjanya Guru Kaunseling itu sekarang.

Benarkah jika semua manusia itu patuh pada peraturan, hidup ini akan lebih sempurna dan indah?

K/K : Itu poster baru, kalau tak datang jugak Lucah la. Kepada yang dah tolong promosi tu terima kasih. Kepada yang akan nak tolong promosi gua ucapkan terima kasih jugak. Nak bagi duit takde.

01 July 2009

Bongok....

Wak diterjermah dalam bahasa melayu ialah Pak Cik.. tetapi dalam istilah jawa, "Wak" tidak terhad kepada lelaki sahaja, malah perempuan agak berumur juga "iso" dipanggil "wak". "Iso" juga adalah istilah jawa dalam erti kata melayunya bermaksud boleh.

Untuk pengetahuan anda, seorang lelaki warga Britian baru saja menyiapkan modul dan pelan pengiktirafan untuk kompeni kompeni yang berjaya mencapai standart terbaik dalam perkhidmatan dan produk mereka. Modul dan subjek telah tersedia. Cume nama saja belum ada. Untuk merehatkan minda beliau datang ke Malaysia bercuti, sewaktu melewati sebuah perkampungan jawa beliau terdengar perbualan berikut.

situasi 1:

Lelaki 1 : pirong kopang ike wak?
Lelaki 2 : orak payah la, arek ngenlok wai yo iso.
Lelaki 1 : Iso yo wak? terima kasih la.
Lalaki 2 : Yo, iso, iso.

situasi 2:

Wak : Mat Salleh ike iso ngomong jowo orak Sahar?
Sahar : Orak iso la wak.
Wak : erm.. orak iso orak opolah.
Sahar : aku yo iso wak.
Wak : Yo lah, anak e wong orak iso ngomong jowo yo ngoblok tenen.
Sahar : iyo la wak, yok.mampir rumah ku yok.
Wak : iso iso.

Lalu Lelaki British bertanya pada Sahar pemandu pelancongnya itu.

Dalam lorat inggeris.

LB : Erm Sahar, dari tadi saya dengar iso, apa itu iso?
Sahar : or, iso itu bahasa jawa sir, maksudnya boleh. kalau sebut iso, semua boleh.
LB : Jadi Iso itu maksudnya boleh!
Sahar : Ye tuan! Boleh!

Lalu Lelaki Britis balik ke negaranya dan menamakan tahap piawaian nya itu sebagai ISO, yang bermaksud boleh. Ada ISO semua boleh, dan kini ISO telah sampai ke tahap ISO 9002