30 June 2009

Kunci kereta Amri

Amri ingat benar, memang disini die meletakkan kunci ketenye.
Tapi sekarang dah tak ada. Kalau tak diambik orang, takkan boleh hilang.

Amri : Jat, ko ada amik kunci kete aku tak?
Jat : Tak ada.

Amri : ko ada nampak?
Jat : Tak ada.

Amri : Dalam rumah ni kite berdua je, kalau tak aku yang amik mesti ko.
Jat : Cube cari betul2, ntah mana ko letak.

Melilau Amri cari. Putus asa bukak baju, baik tido.

Jat : Aku keluar dulu la.

Jat tutup Tivi.
Jat bangun dari bersila...
Amri pasti...tu ha.....!

Amri : Ceh! dasar gemuk....

K/K : Gua menulis Rashid Maidin Part2

28 June 2009

Die Rindu Nasi

Gua pernah kenal Die sorang kawan..nak balik sekolah satu hari gua gerak dengan Die ke kedai cina biase tempat budak budak hisap gam. Gua plan nak beli air sbb haus sangat tekak kering, dan matahari sangat panas. Rumah Die area tu, Die nak singgah kedai tu sebab nak beli sebungkus megi.

Gua nampak Die masukkan sebungkus megi rm70sen tu dalam beg sekolah. Gua cakap "Huyo sedap la makan megi, aku lama tak makan megi. Asik balik rumah je makan nasi. Bosan"
Die tengok gua, die balas cakap gua.

"kalau macam tu tukar, bak nasi ko, aku dah lama tak makan nasi. Makan megi je. Fedup! Aku rindu rasa nak makan nasi. Kadang kadang tengok orang makan nasi sedap je"

Gua diam, gua tak balas apa apa dan tanak balas apa apa. Gua tanak bila gua cakap nanti Die ada point untuk terus bercakap pasal kerinduan die terhadap nasi. Dan apa yang di cakap tak gua sangkal didalam hati, sebab gua percaya.

Die gua kenal sejak gua pindah ke sekolah baru di bandar masa darjah Lima. Kami sekelas dan die sering dibuli oleh Adot, tapi die tak diam aje. Masuk tingkatan satu masih lagi sekelas.. sekelas hingga ke akhir tingkatan 5, gua terus ke tingkatan 6. Die tak suke orang yang bersifat kebudak budakan, namun gua tak pasti kenapa Die masih berkawan dengan gua. Duduk sebelah gua lagi dalam kelas. Die banyak merungut tentang orang itu dan orang ini pada gua.

Namun yang pasti Die yatim piatu. Sebab itulah die yang gua kenal ketika itu, rindu nak makan nasi.

Punca Punca

Kekalahan Paradoks FC kerana:

Merokok dengan cergas sebelum masuk ke padang, dan banyak lepak dari panaskan badan. Budak teater pun 30 minit panaskan badan sebelum masuk pentas.

Kasut penjagan Gawang, Nike Original ni.. tapi untuk senam robik punye.

Boleh pulak Kapten pakai kasut sebelah lain.

26 June 2009

"Gelakkan...aje"

Rahmat : Babi teruk kau ni..
Amri : Apsal?
Rahmat : Jangan la gelak kat awek tu.
Amri : Kelakar apa.. mana boleh tak gelak.

Rahmat : Ye la, sian la die. Tergolek.
Amri : Sebab tu aku gelak.
Rahmat : Jangan la gelak kat die, malu la die.
Amri : Apahal pulak, kalau aku jatuh orang lain boleh gelak. Takde fikir lak. Jadi kenapa time orang lain jatuh aku tak boleh gelakkan. Tak adil la macam tu.

K/K : kita berhak untuk gelak, sama seperti kita digelakkan. Jadi kalau nampak ada minah control cun nak mampus jatuh tergolek, gelakkan aje. Sebab belum tentu kalau kite jatuh die tak gelak.

Festival Teater Selangor

Gua terseksa menyaksikan setiap persembahan. Terseksa Batin dan Minda. Kemana pergi akal pikiran kamu semua.

25 June 2009

Puing Puing

Seorang Rashid Maidin (Part 1)

24 June 2009

Adot Part 3 (klasik)

Gua tak tau apa masalah gua dengan Adot, tapi gua tengok die memang macam sial. Masa gua baru datang sekolah ni darjah 5 Duan dah cakap, Adot ni celake. Semua cikgu benci die. Konon die paling otai kat situ. Gua yang baru datang pun die nak tunjuk otai kat gua gak. Gua takkan nak diam je. Tak cukup masa sekolah rendah, sekali lagi masuk tingkatan 1 gua sekelas dengan Adot. Dah la sekelas, boleh pulak kali ni gua duduk sebelah die. Hampeh.

Tapi situasinya dah lain, Adot bukan lagi seteru gua. Tapi berganding bahu ketat gua. Koloborasi gua dan Adot menjadi. Untungnya sebab Adot punya liputan yang luas. Black dari tingkatan 5 memang kawan Adot. Apoi budak tingkatan 3 pun kawan die jugak. So memang gua tak perlu rasa terancam. Kecuali dengan Cikgu Roslan yang selalu sangat nak jumpe kami, nak ajak berborak la, main sukan pilih pilih rotan la. Main tampar tampar muka la.

Gua tanak detailkan apa perjalanan kami masa tu.. Tapi malang tak berbau hujung tingkatan 2 Adot dibuang dari sekolah. Adot masuk sekolah Metedis, tapi dua minggu disana, Adot dibuang lagi sekali. Terus Adot tak sekolah.. Tapi masa tingkatan 3, tiap hari sebelum pegi sekolah gua lepas rumah Adot dulu. Lepas tu Adot amik keputusan berhijrah ke KL. Gua harap die jadi manusia yang berguna untuk diri die sendiri pun jadilah.

Adot Part 2 (Klasik)

Minggu depan tarikh untuk pulangkan buku teks. Cikgu Roslina tulis senarai harga perlu dibayar kalau kalau ada buku buku yang hilang mengikut subjek. Wajah Adot gelisah jangan cakap (Rujuk entry lepas kalau tak tau sebab apa)

Hari Jumaat tu gua balik rumah bukak beg gua perasan dua buah buku teks gua hilang. Takpe, gua tau mesti Adot punya kerja.

Hari isnin masa rehat gua check buku buku Teks Adot yang dah berikat kemas untuk dipulangkan sebentar lagi. Gua pasti sebahagian besarnya buku curi, Dan gua kenal 2 buah buku gua ada disitu.. Tapi nama gua dah diconteng dengan pen hingga tak nampak nama lagi. Bijak, bijak sebab kalau die padam guna lequid, lequid itu boleh dikikis semula.

Cikgu Roslina masuk je lepas Rehat tu untuk bawak semua pelajar pegi bilik SPBT gua terus g depan kasi adu baik punya.
Aloy : Cikgu, buku saya hilang dua buah.
Cikgu: Ha! Ganti la. Bawak duit?
Aloy : Tapi saya tau sape yang amik.
Cikgu: Sape die?
Aloy : Adot cikgu.

Cikgu panggil Adot kedepan, Cikgu soal siasat Adot. Tapi Adot memang cool, bijak dan smart. Sikit die tak gabak. Pendek citer gua turunkan dialog dialog terakhir,

Adot : Kalau ni buku ko, mana nama ko. Semua nama aku.
Aloy : Ko dah conteng nama aku, bubuh nama ko.
Adot : Macam tu ko takde bukti.

Cikgu diam.. cikgu usha gua.
Cikgu: erm... kamu tak ada bukti, macam mana saya nak tolong kamu. Ini buku Adot.
Aloy : Ada cikgu, saya ada bukti ni buku saya.
Cikgu: Mana?

Gua amik buku tu, bukak 2 muka surat dari belakang. Di situ tertera nombor nombor berikut dari atas ke bawah.

22, 51, 67, 83, 96,

Aloy : Cikgu tengok ye, ini no 22.. bila saya bukak muka surat 22 nanti ada bukti ini buku saya.

Gua bukak muka surat 22, disudut yang kecil tertera tertulis nama gua dan nama kelas. Seterusnya 51, 67, 83, 96... dan setiap helai itu gua tunjukkan buku ini milik gua. Gua yang tau rahsianya. Begitulah juga buku seterusnya.

Adot diam terlopong. Cikgu Roslina yang ragu ragu mula percaya. Tembelang sudah pecah...... Erm cume tembelang gua, kenapa Adot terpaksa buat begitu yang belum pecah.

22 June 2009

Adot_ Part 1 (Klasik)

Gua terduduk dekat ruangan bacaan dalam bilik darjah. Gua bingkas bangun, gemgam penumbuk. *PaP!* Penumbuk padat gua melekat di muka Adot, tengok Adot dah macam tertunduk segera kaki gua sepak layang ke perut Adot. Tak seimbang, Adot jatuh terduduk di lantai, tapi sebaik Adot bangun balik penumbuk Adot terus mengena sasaran mata kanan gua. Dalam sekelip mata Gua dan Adot dah bergumpal, ntah berapa banyak penumbuk gua hayun, dan entah berapa banyak penumbuk gua kene, gua tak sempat nak kira.

Adot makin menggila, dua dua jatuh.. tapi tangan tak lepas mencekak dan menumbuk.
Gua dah hilang kewarasan. Hanya bunyi penumbuk saling mengena mengisi ruang kosong darjah 5 biru. Dush* Dush* Pang* Dush* Pang*

Tetibe gua rasa badan gua ditarik ke belakang, ditarik menjauhi Adot. Tapi semakin ditarik semakin kuat Adot mencekik leher gua. Perit!
Cekikan Adot terlepas, gua nampak Teacher dan Duan memegang Adot.
Pergerakan gua kini terikat, kedua tangan gua dipaut kemas kiri dan kanan.
Gua toleh tengok rupanya si Budak Asrul dan Lan. Asrul tu budak yang jadi orang tengah dalam entry gua sebelum ni.

Gua tak daya nak meloloskan diri dari mereka. Cilanat. Tapi gua tengok Adot makin meronta nak menerkan ke arah gua. Duan macam dah tak daya nak pegang.
Nafas Adot turun naik kencang, mata tajam tepat ke mata gua, muka bengis dan dendam kesumat jelas kelihatan. Memang berang.
"Fauzi! Sudah!" Akhirnya satu pekikan maha kuat dari Teachers menghentikan kami berdua. Baru gua perasan buku kat situ habis berterabur, rak bahan bacaan dan terbalik. (Fauzi nama sebenar Adot).

Teacher hangin, suruh berenti lepas tu sound Adot. Gua tak ingat apa die sound. Masa teacher tengah hangin Adot terus keluar kelas, balik. Yang gua ingat masa nak keluar Adot sempat lepaskan kemarahan nya di daun pintu kelas. Habis diterajang pintu bilik darjah 5 biru.

.......................

Seminggu dendam gua pada Adot tak habis, Adot pun usha gua lain macam.
Gua tau Adot tunggu poin je nak touch gua. Gua cakap sama Asrul gua tak puas hati. Asrul kata rileks, jangan cari pasal lagi.

Rehat tu Asrul bagi cadangan kat gua. Die kata, dari gaduh sakit badan baik kita buat die merana sepanjang tahun. Gua tanya "apa caranya?".

Tengahari tu gua balik lambat dengan Asrul, lepas semua orang keluar gua selongkar meja Adot. Die ni mmg jenis tak pernah bawak balik buku, semua tinggal dalam meja.
Jadi hari tu beg kami jadi berat dengan buku buku Adot, tak cukup beg gua, gua isi dalam beg Adik Asrul dan Lan. kami balik sekali.

Akhirnya dari Jambatan Besi Kg Bahagia, gua hayun satu persatu buku Adot terbang melayang ke Sg Perak. Asrul dan yg lain tumpang sekaki meraikan kejayaan itu.

Esok seperti diramal, setiap sesi dan subjek Adot kene maki hamun dengan cikgu yg masuk. Buku kerja takde, buku teks ntah kemana, buku tulis tak dapat dikesan.
Dan Adot sentiasa menjadi mangsa leteran cikgu hingga hujung penggal persekolahan.

Hehehehehehehhehehhehhehehe.
Gua jarang main kotor.

K/K: Ekoran tindakan gua itu ada lagi kesinambunganya.

Budak India Tinggi (Klasik)

Gua langkah kaki pegi blok sebelah, kelas budak tingkatan 4.. bertengtangan je dengan blok gua kelas tingkatan 5. Tinggal satu kelas je tingkatan 4 yg belum selesai, gua sampai keadaan kelas agak bising, dengar citer cikgu mesyuarat dekat perpustakaan.

"Tok! Tok!" gua ketuk pintu biru. "Ketua Kelas" gua cakap
Budak budak tu mmg tau, kalau gua datang je mesti nak jumpe ketua kelas.
Ketua kelas pun dah faham. Nampak gua, die terus datang. Kelas bising.

"Woi!"
gua toleh, sorang budak India tinggi tengah duduk atas meja Cikgu.
"Ini worang ar, selalu datang bikin sibuk... hari hari mau jumpa ketua kelas, sibuk saja... orang mau rileks pun tak senang"

Budak India tu sambung lagi: "Hari hari bikin kacau"....kelas senyap.
Gua usha India ni kecik je dah. Buat muke cibai bila gua pandang tajam.
Gua masuk, Tong sampah hitam besar gua sudah capai.

"Pang!" gua tak sedar bila masa gua hayun kat kepala die.
Sampah berselerak atas meja cikgu.

"Woi lu apahal" India Tinggi bersuara
Gua amik tong sampah balik. angkat.
Hayun terus masuk kepala die.
"Pang"! gua kasi terajang sekali.

"Ko apehal sibuk sibuk, aku punya hal dengan ketua kelas, bukan dengan ko, ko nak sibuk pehal?"

Budak India tu dah bangun nak hentak gua, tapi budak melayu dalam kelas pegang die.
Gua blah.
.
.
Rehat tu gua solo, gua makan Mee Sup. Member gua Ajib dalam kelas die, tengah mengorat Farizan.

Gua nampak budak India tadi datang dari jauh.
Sampai usha gua tak lepas lepas. Kawan die sudah ramai keliling.

Babi! nak usha usha gua pulak. Tak puas hati ke?
Gua angkat kepala kat die, maksudnya "apahal?".
Die pun angkat kepala.

"Apa? Apa?" Die tanye gua.

"Siyungggggg.... pang!"
Tau tau muke die dah bersepah kuah sup.

Die cekak gua.... gua cekak die balik...

"lancau lu ar, ada kenal ka saya sapa?"
"Lu pun ada kenal ka saya sapa?" gua balas balik.
Asrul budak kelas Farizan datang.
Asrul : Ok sekarang ni nak setel mcm mana?
Gua : Luar!
Asrul : Ok, fight ar! jumpa kat luar lepas sekolah.. Tunggu simpang Kg Bahagia. Aku org tengah.

Budak India tu kesat kesat kuah sup kat kat muke.
Gua kuar 20sen.. gua nak beli air sirap jalan clear je,, semua budak ketepi.
.
.
Jam dah pukul 12.30... kelas dah nak habis. Gua mula tak sabar. Hati memberontak... membara.. dendam kesumat...air sirap.. Gua yakin budak India tu dah kumpul semua kawan2 die.

Bunyi je loceng Gua bergegas pegi Dewan Makan Asrama, Tengok Ajib dh ready nasik.
Gua amik tray, senduk nasi. Makan sambil usha budak aspuri yang lawa lawa. Ajib Usha farizan..

Lepas makan nasi gua masuk bilik tido.

Ajib : Ermmm,,,, mampos la budak India tu tunggu ko.

21 June 2009

FC !

Lu jangan tak caye, gua pun susah nak caye. Paradoks FC dah ditubuhkan. FC tu maksudnya football club. Die kata sure boleh menang, para pemain direkkrut dan kesemuanya merupakan pemain terbaik masa Pendidikan Jasmani kat sekolah dulu. Gua masa Pendidikan Jasmani memang sengaja tinggal baju kat Asrama, leceh la lepas tu nak sikat rambut balik, muke peluh peluh minyak mmg awek tengok tak selera.

Lagipun memandangkan ada sorang bekas budak sekolah jahat gua Optimis Paradoks FC akan memberi saingan. Dan yang sorang lagi pandai main hempuk duit, dan yang pasti juga betis die besar.

K/K : Lu jangan lupe klik Paradoks FC yang warna biru tu, die ada sebut nama Gua, Adam and Dark Ray.

19 June 2009

Amri Tengok TV

Bangun tido badan masih malas malas, kalau boleh nak tido terus sampai besok pagi.
Kipas putar perlahan, sejuk sejuk terasa melilit tubuh. Cahaya matahari masuk sikit sikit terlepas kawalan langsir biru. Cahaya yang sedikit menceroboh ruang tamu, menjadi tetamu.

Tangan tekan butang On di TV.
Siaran bosan stesen yang mahal. Berjaya atau tidak, bolos saja dinding itu.
sepuluh kali episod pun benda sama macam tahun lepas.

Amik remote tekan cari chanel lain.
Tekan tekan tak tukar, tekan tak tukar, tekan butang lima masih Bolos saja dinding itu.
Tekan Butang 3 juga bolos saja dinding itu.

Takkan bateri habis kot..
*pap* *pap* ketuk remote kat tangan.

"Woi bodoh! itu kalkuator aku la!"

"Or"

18 June 2009

Rock kene ada Otak

Kurang lima minit pukul 9 pagi. Gua bukak TV saluran Dua Puluh Lima Tahun. Ada rancangan yang biasa Malaysia Today. Gua sandar di kerusi. Ada satu band muzik dalam racangan tu baru lepas persembahkan satu lagu. Pengacara datang soal soal macam biase la.

Sembang sembang bongok lebih kurang, tanye tanye itu ini perihal kumpulan. Vokalis kumpulan biase la cakap kobar kobar, padahal pengacara tu tanye bukan sbb nak tau sangat pun, die just nak buat keje die dan nak isi slot tu. Tu aje.

Bila ditanye ape jenis muzik.
dengan slumber vokalis tu jawab lebih kurang begini:

"Erm kami memperjuangkan progresif rock, tapi penyampaian kami lebih tegas dan menyampaikan tema tema keamanan. Selalunya orang akan fikir yang negatif negatif tentang rock ni, jadi kami nak ubah perkara tu"

"Pala Hotak ko banggang!" gua darah dah mendidih dengar mamat tu cakap.
Masalah skang sape yang negatif, lu ke masyarakat?
Lu yang negatif sebab fikir masyarakat ni masyarakat ini masyarakat negatif.
Kalau lu yang perjuangkan muzik tu pun rasa masih ada stigma negatif dalam masyarakat terhadap muzik tu, apahal beb?

Sekarang orang dah matang la, Bukan muzik yang negatif atau positif.
Negatif atau Positif itu manusia tu punya kerja. Kene manusia yang negatif, negatif la, walupun itu zapin. Kalau manusia itu perilakunya positif, positif la ia.

Lu ingat ni zaman Wings baru nak naik ke lu boleh cakap macam tu, dulu boleh la, rock je rambut panjang... rambut panjang je jahat. Sekarang masyarakat dah rasional.
Jangan ingat masyarakat kita ni bodoh sangat walaupun suke buang sampah merata rata dan tak flush di tandas awam.
Gua memang tak suke dengan band ni semenjak diaorang masuk pertandingan Rock Unite 200enam lagi.

Lu yang sebenarnya negatif, nak kata masyarakat ni plak pikir nagatif.

"Cakap macam orang tak ada pendidikan" Akhir bebel gua sebelum gua On PC.

K/K: Tetibe gua rindu dengan kaset Megadeath gua yang ustaz Aziz rampas kat Hostel dulu.

Fenomena

Tiga hari fenomena ini belum hilang dalam jiwa gua, tiga kali gua dah repeat. Gua cari sampai dapat, gua dah tau siapa Ikal, Lintang, Mahar, Ah Kiong, Kucai, Syahdan. Siapa mereka dan bagaimana kehidupan mereka kini. Dan siapa Ibu Muslimah itu. Nyesal Gua lambat tau..

Bersama Ikal , Bersama Bu Mus

16 June 2009

Titik ke Mata Pun Tak Pedas (Klasik)

Atuk gua Pak Andak Kama balik dari pasang bubu kat laut. Bawak balik ikan sembilang banyak... Atuk gua parking "Proton Saga" die tepi tepi bilik air, mcm biase sebelum mandi die akan basuh "proton saga" dulu. Lepas tu baru mandi.

Mama gua baru siap masak, opah gua tengah anyam tikar. lepas mandi Pak Andak Kama naik rumah, pakai kain pelikat. Perut Pak Andak Kama dah berbunyi, ni kalau die turun dapur takde nasik mau die merempan pegi Selekoh makan "Mee Si Tangkoi".

Pak Andak Kama bukak tudung saji buluh tu. Nasib baik ada nasik, Pak Andak Kama amik ulam putat, cicah putat dalam sambal belacan... masuk mulut..

"uhhhhh...... sambal belacan dititik ke mata pun pedas"
tapi atuk gua cakap kat gua... Giler ganas orang tua ni,, titik ke mata tak pedas katanya.

..............................

Esok lepas balik kelaut macam biase, Pak Andak Kama basuh "proton saga" dulu, lepas mandi nanti baru naik ke rumah... Mama dah siap masak, Opah tak ngamyam tikar, tapi hari ni die bungkus tempe pulak.

Pak Andak kama bukak tudung saji buluh, Pak Andak kama senduk nasi, amik kuah lemak, amik putat cicah sambal belacan... Arini Pak Andak Kama makan nasi diam diam je, tak cakap ape ape... Kadang kadang gua dengar bunyi mulut hembus nafas..

Lepas makan gua tengok Pak Andak Kama bawak tuala pegi bilik air kat luar mandi lagi sekali.

Panas la tu kot.. maunya tak panas, habis cabai kat kebun gua petik untuk mama buat sambal belacan. Mama suruh... Gua tak tau.

Glosari:
Bubu - Perangkap ikan.
Merempan - mengamuk sambil hempas hempas barang.
Putat - sejenis ulam hutan yg pahit.
Proton saga - Honda Ex-5.
Mee Si Tangkoi - Nama Apek jual mee tu, Tangkoi(orang cina)
Belacan - Bodoh la kalau tak tau.

Memori Kapur Tulis

Zaman kapur tulis dah lama berlalu, mungkin masih ada sekolah yang menggunakannya lagi. Tapi pasti kurang dan mungkin itu didaerah pendalaman. Gua ingat lagi, selain dari warna putih, kapur tulis ada macam macam warna. Merah, kuning, hijau, unggu...
Masa di Sk Sg Tiang Baroh, gua selalu menjaga stok kapur tulis. Gua akan pastikan kapur tulis ada didalam kelas sebelum cikgu masuk. Kalau habis, pejabat sekolah dituju.

Kapur tulis jika ditekan terlalu kuat semasa menulis dipapan hitam, akan terbang serbuk serbuk halus yang gugur dari kesan gesekan.. Bunyi nyilu pasti kedengaran jika gesekan semakin laju dan ditekan kuat,, selalunya kalau cikgu nak tulis cepat la. lagi laju lagi nyilu bunyinya.. srek... srek... nyikk...

"Pap"!, kalau bising ada la yang nak kene baling dengan kapur. Pernah member gua bertanda putih bila Cikgu baling kene tepat kat dahi.
*Dey Tambi*
Gua lupa nama Cikgu tu, tapi yang pasti gua takkan lupa wajahnya... die pompuan dan ada hubungan saudara dengan gua. So gua akan menjaga disiplin diri, segan.

Selian dari Papan hitam, pemadam adalah pelengkap hidup kapur tulis.
Pagi pagi sebelum cikgu mengajar, di luar kelas dekat koridor akan ada budak budak yang bertugas hempuk hempuk pemadam papan hitan ke lantai dekat longkang, longkang! bukan kongkang! Habuk habuk putih berterbangan keudara, kalau tersebut perit kerongkong rasanya. Maka sambil buang habuk kene tutup hidup dan jauhkan dari muka. Cikgu kata habuk tu bahaya, boleh menyebabkan batuk kering.

Dalam jaga jaga tu ada jugak si lahanat yang rajin takde keje pegi kikis kapur tulis tu, serbuk kapur tadah atas kertas lepat tu lipat lipat simpan. Lepas tu jadi senjata pegi hembus dekat member member. Ni gua biase kene, pedih jangan cakap bila masuk mata.. Menggagau pegi toilet basuh muke... Lepas tu mata merah je.

*bodoh la ko! boleh bute tau tak!"

Ada yang kecik kecik dah patah tu boleh kumpul kumpul buat main baling.. kalau takde yang dah patah, amik je yang baru boleh patahkan, sama je. Balik rumah baru perasan banyak tompok tompok dekat seluar, kene peha la, kene punggung la. Dah balik tu jugak baru perasan, ada lagi lebih lebih kapur patah dalam kocek seluar..

Tak lama lepas tu, darjah 5 gua pindah masuk sekolah Sultan Idris 2 di Teluk Intan, duduk dengan mak gua. Masa gua masuk sekolah tu, takda lagi kapur tulis.. Semua kelas dalam fasa menggantikan papan hitam dengan papan putih. Pen Marker menggantikan kapur tulis. Kecuali kelas Kemahiran Hidup saja yang masih mengekalkan Papan Hitam dan kapur tulis sementara menanti stok tambahan Papan Putih yang lewat tiba.

Sejak itu... Kapur tulis yang membentuk abjab abjab A.B.C,
angka angka 1 hingga 10..
suku kata suka kata mudah permulaan gua pelajari..
.
.
Menjadi memori.

15 June 2009

Amran !

Majlis "MIMPI" lagi sebulan..... Tema 'Dunia Gelap'.
Semua sila bersedia.. Sape nak buat persembahan, bernyanyi, bersajak, bermonolog atau bermain silap mata dan labah labah silakan.... Baik lu orang join sebelum majlis ni jadi makin besar. Bila dah besar nanti dah ramai orang susah nak bersembang. Kepada yang datang majlis pertama dulu, MALAM, gua ucapkan terima kasih dah sudilah datang lagi.

Selepas "MIMPI", jika tiada aral dan aris, projek Filem Pendek atau indi film atau filem budget standart harga nasi ayam oleh Paradoks akan berjalan seperti dirancang.

14 June 2009

Laskar Pelangi...

Atas saranan seorang kawan, gua cari Laskar Pelangi.... gua ketinggalan,
Dan hasilnya.... sangat sangat SUKA.... bukan sekadar suka. Malah takjub, tak ada pelakon yg cantik cantik.. tapi segala galanya cantik, sangat cantik.
kenapa la Tanah Tumpah darah gua kekurangan pembikin filem yang ada rasa.

11 June 2009

ko Main Tipu! (Klasik)

Serpihan kaca dari botol Coca Cola gua tekan, gua tarik, bentuk satu garisan atas tanah. Garisan gua tarik dan bercantum jadi bulatan, maka yang gua buat tadi ialah bulatan. Bulatan diatas tanah.

Warie Pak Cik gua dah gemgam sebiji guli. Perjanjian dibuat, berapa wang pertaruhan. Selalu bermula dengan pertaruhan kecil, dari kecil pertaruhan akan menjadi besar. Kadangkala keuntungan mencecah puluhan ribu ringgit, dan kurang juga kekalahan menyebabkan menanggung kerugian yang besar, jika sistem imuniti diri kurang akan menyebabkan emosi terganggu serta mengalami trauma untuk kesan jangka panjang.

Permulaan gua dan Warie setuju. 20sen seorang sebagai wang taruhan. Jadi dalam bulatan kini ada 4 keping duit 10sen. Selepas undian dicabut gua menjadi pendahulu untuk membuka gelanggang. Guli susu gua laga lagakan biar keluar bunyi dan spirit.

*pap*! gua hempuk duit dalam bulatan. Duit makin terbenam.
Undang undang permainan, gua perlu hempuk duit tu dengan guli hingga keluar untuk membolehkan duit itu menjadi milik kita.

Warie mengambil posisi terbaik, sapara mencangkung. Tangan kanan keatas seolah olah menuju nuju.
*pap*! sekeping syiling 10sen terkeluar.
jadi menggelejat menggelupur Warie dapat duit tu. Gua diam.

Oleh kerana berjaya membawa keluar dan mendapat duit tu, maka lagi sekali giliran Warie sehingga dia tidak mengluarkan duit.
*pap*! sekeping keluar..
*pap*! lagi sekeping keluar..
*pap*! lagi satu keluar..
*pap*! keluar jugak..

Dalam sekelip mata gua kalah pusingan ni. Hati gua makin panas. Panas tak boleh cakap. Gua rasa sama panas macam tempurung yang atuk gua bakar kat bangsal kelapa sebelah ni. Untuk pusing kedua persetujuan seringgit sorang dipertaruhkan..

Warie letak 2 keping 50sen. Gua letak sekeping syiling warna emas.

Selaku juara pusingan pertama Warie membuka gelanggang.
Warie target duit warna emas dulu.
*pap*! tak keluar... Gua bersorak gembira dalam hati.

Giliran gua.
*pap*! hampa..

Warie:
*pap*! *pap*! *pap*!

Semua duit tu tergolek diluar bulatan. Balum dikutip oleh Warie, sebab die nak kutip semua sekaligus.

"mana aci! ko main tipu!" Gua dah tak tahan melihat kebiadaban beliau.
"tipu ape pulak? aku yang menang, aku yang pukul keluar" Warie menegakkan benang basah.

"ko bagi la aku jalan pulak, asik ko je. Babi la" gua dah ketap bibir.
"Dah aku yang menang, aku la jalan" Warie makin galak.

"Ko main tipu, tak bagi aku chance!"
Dalam panas hati gua amik duit duit tu semua, gua gemgam, zappppp!! gua pungkang dalam parit...

Warie diam tengok gua.. Warie cari kayu nak hentak gua. Gua pegi tolong Atuk merangkap bapak si Warie bakar tempurung kelapa kat bangsal.

K/K: Biar putih tulang, jangan putih mata.

Ciri Ciri Wanita Idaman Saya

Perhatian untuk semua wanita di luar sana.
Berikut adalah ciri ciri wanita idaman saya.

1. Tulen.
2. Sporting.
3. Aktif.
4. Berdikari.
5. Penyanyang.
6. Cantik.
7. Bijak.

erkk,,, jap! jap!
ada ke?
yang cantik TAPI bijak?

10 June 2009

Never Landing Story

Bahagian dua sudah terbias disini

(Bahagian 3)

Celake punya Man Babi, saya panik.

"Tulakahamu ninamtai ajejaknaiji dihaso?"
Kata Man Babi kepada saya, artinya : Ko nak makan bakso tak?

"dihaso aje nangkui alopopte"
Saya balas, artinya : Macam mana pulak ada Bakso dalam hutan buta ni?

"Huhangkui alaima terakpui diokyai taipun deempem rorase nangkui"
Jawab Man babi, artinya: Hutan pala bapak ko, ni Restoran aku la.

"ok okei supormut weqhutio"
artinya : or ye ke..

Man Babi masuk kedapur "Restoran Ala Rimba" untuk mengambil bakso.

Kostum tarzan masih tersemat dibadan saya,
Mana layan tarzan makan Bakso,, kalau ayam panggang ke, baru stylo.

"Babi takde? babi?"

(Bahagian 4 sila jumpa inipaiseh..)

08 June 2009

"Berani Mati _ Warkah Terakhir"

Seperti diketahui, "Berani Mati" telah lulus penilaian dan akan dipentas pada Festival Teater Selangor. Gua sangat teruja. Tapi pada pukul 5.30 petang tadi. Dukacita "Berani Mati" ditarik kembali untuk "Festival Teater Selngor".

Alasan dan sebab munasabab, "Berani Mati" terlalu BERAT, KERAS dan LANTANG.

benar, tiada kebebasan berkarya di MALAYSIA.

Bohong la kalau gua tak kecewa... Tapi itu yang ditetapkan oleh Mereka yang hebat hebat itu. Yang pasti, gua belajar sesuatu dari "Berani Mati"

Terima Kasih tuan Pengarah.

06 June 2009

Sirap Myanmar 2001 (Klasik)

Gua dah plan baik dengan hafiz. "Esok kita bakal jadi jutawan". Hafiz menurut saja tanpa banyak kerenah. Balang air yang dipinjam dari Abang kantin gua simpan kemas kemas kat bucu katil. Barang mentah semua dah beli. Tinggal plastik bungkus je belum beli. Jap lagi boleh.

Horey hari ni hari Temasya Sukan dan Kantin. Gua dah wakilkan Puan Nor Ainy selaku pengetua untuk memantau perjalan temasya hari ni. Kerana gua akan bizi bersama hafiz menjual air di restoran kami.

"Aloy, air ni nak bubuh nama apa ar"
Gua tengok Sirap cincau ni memang mengancam.
"Erm,,, ko tulis situ Sirap Myanmar"

"Sirap Mymmar macam ni ke" Hafiz mula mempersoalkan kredibiliti gua.
akhirnya dalam sedu sedan hafiz menulis sambil dilinangi titisan air mata.
SIRAP MYANMAR RM 50sen!

"Air ni pulak ko tulis OREN KEMBOJA!, yang ni tulis BANDUNG JAKARTA!"
Tiada lagi suara mempersoalkan kredibiliti Gua dari Hafiz

Gua saje plan nak jual 50sen, biar murah dari orang lain dan biar cepat laku.
Kak Saadah pengerusi MPP jual air bikarbonat Rm1. Mahal tu.
Kak Saadah kata:
"Mana aci Aloy jual murah. Tak laku air ar kitaorang"
Nasib la.. Nak meniaga tak fikir strategi.
............
Malam makin larut. Jam baru, baru saja menunjukkan pukul sepuluh.
Tenaga gua habis banyak. Di loker Asrama gua tersandar. Tersandar depan duit yang berlonggok. Tercapai hajat gua nak jadi orang kaya.
Hafiz leka mengira duit syiling dan kertas.
"Berapa semua?"
Hafiz jawab
"17 ringit"

Hafiz kira:
"Kita untung 17ringgit.. Maknanya lepas tolak modal 30 ringgit kita dapat sorang 13.50".

Gua diam... diam... Hafiz usha gua. Gua pegi Dewan Makan, cari nasi sama ikan goreng kat dapur. Mak Mah tukang masak buat bunyi "Syoh Syoh" halau kucing. Kucing makin ligat selongkar cari lauk.

*cilanat punye Sirap Myanmar, Oren Kemboja dan Bandung Jakarta*

Amri Main Tikam

Masa Amri kecik kecik dulu ada jual mainan tikam tikam. Bukan tikam sampai mati. Tapi tikam sampai kene. Kalau kene dapat hadiah dan ganjaran. Ada anak patung, ada anak dara, ada rumah banglo, dan ada hadiah seringit. Duit belanja sekolah akan ada baki dalam 30 sen. Boleh main tikam tikam.

Amri nak robot Suria Baja Hitam. Tapi tikam tikam amik nombor dan dapat hadiah dah habis. Tinggal tikam duit je.

lepas beli ais krim pop warna hijau di patah dua, Amri dapat dua batang ais krim. Sambil nyonyot ais pop yang belah atas Amri beli satu tikam, 10 sen je. Tak mahal pun.

Amri bukak kertas tikam.
"Kene sekupang la!"
Tak berbaloi kalau ambik duit, baik ambik tikam lagi satu.
"Kene dua kupang la!"
Nak amik 2 kupang ke nak amik tikam 2?
Amri amik tikam 2.

Amri bukak satu.
"Cis terima Kasih!"
Amri bukak satu lagi
"Wow kene 2 kupang lagi la!"

Amri amik 2 tikam lagi.

Amri bukak satu,
"Terima kasih!"
Amri bukak lagi satu
"Sama sama!" Amri jawab.

Ada sekupang.. Amri yakin pasti menang singit, kerana tikam tinggal satu je.
Amri beli satu tikam. Amri bukak kertas tikam...
dan...

Sewaktu tokey bukak kotak tikam yang baru..

Amri balik jalan kaki sambil nyonyot ais pop belah bontot.

05 June 2009

Dari Kepala Hotak Berjambul

Entry yang lalu gua keluarakan rasa gua tentang erti keberjayaan dalam konsep kotak hotak gua.
Kini gua nak bongkar pulak apa yang gua rasa tentang "Kematangan". Kalau skema nak ikut kamus dewan dari segi maksud, Matang itu bererti masak! pernah tak lu dengar mak lu cakap, "Nasi tu dah matang dah, jom la makan". Faham faham la maksudnya masak tu.

kematangan diklasifikasikan sebagai kesempurnaan berfikir... Ada teori yang menyatakan bahawa seseorang lelaki atau wanita itu akan matang pada usia sekian sekian. Siapalah gua untuk menyangkal segala macam teori yang dibikin oleh para cerdik pandai itu.
Cume jauh dikampung atma gua.. Bagi gua manusia itu tak pernah matang. Ye! TAK PERNAH CUKUP MATANG! Faham tak? TAK PERNAH CUKUP MATANG! ini bukan marah... ini nak kabor je.. bak kata Cikgu Nuri. Bukan marah.. kabor je.

Bukan usia yang membuat mamalia ini berada pada tahap apa yang anda anda semua katakan sebagai matang. Yup bukan usia. Usia hanya nombor nombor yang menipu. Belum tentu lelaki umur 30 tahun itu lebih hangit fikirannya dari lelaki yang 25 tahun ini.

Apalah erti lelaki itu jika hidupnya diatur oleh mama, bidang pengajian dipilih oleh Papa. Duduk menelaah pelajaran dirumah seharian. Tamat pengajian mendapat kerja bagus di firma firma kebanggaan. Sedangkan seluruh hidupnya tidak kenal erti hidup sebenar. Tidak kenal bagaimana mencari syiling dibawah almari untuk sebungkus Mee Segera. karut!

Bagi gua, kualiti pemikiran ditentukan oleh faktor bagaimana dia menjalani hidupnya sebelum ini. Apa yang dilalui sepanjang hidup dan segala macam kes serta cerita yang dikutip sepanjang perjalanan itu. Jauh perjalanan luas pengalaman adalah metafora terbaik dalam membiaskan maksud gua ni. Ingat! Metafora.. sahaja.

Dan kenapa Gua kata manusia itu tak pernah cukup Matang? Yup tak pernah cukup matang, cume kualiti pemikiran dan penaakulannya sahaja yang menjadi lebih baik.
Pernah tak lu lalui satu hari, kemudian lu duduk di meja dengan rasa yang kosong. Dan kemudian berdetak dalam dada lu, Bahawa hari ni lu rasa lebih matang dari 3 tahun lepas. Dan kembalikan cakera kenangan, pada 3 tahun lepas lu rasa lu dah cukup matang sudah. Malah lebih matang dari 3 tahun yang terdahulu.

Dan tak mustahil pada 3 tahun yang mendatang, lu akan rasa bahawa inilah matang yang sebenarnya.. Ya Hari ini! Jadi? Kepala Hotak gua yang berjambul ni kata,
kita sentiasa merasa diri kita semakin hari semakin matang setiap hari, pemikiran tahun ini lebih baik dari tahun semalam, dan begitulah seterusnya. Maka proses kematangan itu tidak pernah berhenti dan sebab itu gua kata manusia tidak pernah cukup matang. Tidak dan Tidak. Kerana bagi gua apabila sudah matang bermaksud otak lu tidak lagi akan berkembang. Ini gua panggil sebagai kebolehan berfikir dengan lebih baik dan peningkatan kualitinya.

Ini rasa gua pada usia ini, pada usia akan datang mungkin rasa gua akan jadi lain.
dan mungkin berubah sama sekali. Kerana rasa itu berubah apabila semakin banyak yang kita lalui.

K/K: maksud gua Kematangan yang sebenarnya masih jauh.

04 June 2009

Kisah Gua dan Doktor... (Klasik)

2005, lagi sekali gua malas nak g kerja. Gua malas betul nak g kerja. Malas betul!
Bagun tidur gua bukak tv. Takde plan untuk arini. Lepas mandi otak ligat fikir fikir kan. Apa cara dan tindakan untuk bermuslihat dengan Doktor yang diupah khas kompeni untuk menjaga kebajikan pekerja nye. Nak cari getah betik susah. Bukan susah nak cari, tapi susah nak buat sebab takde orang yang nak tolong buatkan. Kalau gua nak buat sendiri memang tak boleh. Asik terpejam je mate ni.

Mak Cik gua sudah selesai masak nasi goreng. Suruh gua makan. Gua nak makan.. tengok nasi goreng.. tak jadi makan. Gua tak boleh makan. Sebab bukan gua tanak makan. Gua nak makan, tapi tak boleh. Sebab? Sebab gua kena ambik MC dulu lepas tu baru boleh makan.


Ngam ngam gua berenti depan kedai mamak. Mamak sudah kenal sama gua,

"Apa mau dey?"

Tangan gagau dalam peti sejuk..
Coca Cola dua tin gua capai. Gua gogok satu tin, sekali gus. Hisap rokok. Gua gogok lagi satu tin. Jadi jumlah kesemuanya dua tin bukan?

Cepat!... cepat pegi klinik sebelum terlambat. Cepat pergi masa gas sedang bergelodak dalam perut yang kosong..

Sampai klinik kali ni ramai pulak budak Kilang Kereta dalam klinik. Aduyai..kene tunggu giliran. Selalu kalau hari isnin memang ramai budak kilang kereta sakit. Kalau hari ahad takda lak nak sakit sakit, alasan semata mata.

Satu teknik yang gua belajar, minum coke dalam jumlah yg banyak masa perut kosong akan menyebab perut seolah olah bergelodak. Maka apabila doktor letakkan steteskop di perut. Doktor akan sangka kita sakit perut. Tapi pastikan kita minum Coke masa perut kosong.

Setelah agak lama menunggu... gua masuk. Seperti yang diduga.
"U punya perut dah Ok ni.. Lepas Lunch nanti boleh masuk kerja"

Kalau tak sebab budak kilang kereta ramai sangat gua dah dapat la sekeping sijil.

K/K: Sebab lama tunggu perut gua dah kembali stabil... Irama Jazz je,,, regge dah tak bunyi.

Amri ke Kedai Buku

Amri didalam sebuah kedai buku. Kedai buku didalam sebuah pasaraya. Pasaraya yang belum runtuh. Amri pegang sebuah karya Jailani Taslim. Tajuk karya tu "Terlanjur Hatinya Luka". Amri dah lama cari novel ni. Merata toko buku dan toko senyum dijelajah baru kini dijumpa. Amri letak kembali di rak. Buku berada di rak. Rak didalam kedai buku. Kedai buku didalam pasaraya. Pasaraya belum runtuh.

Hajat dihati nak dikebas. Tapi takut nanti tersangkut kaki ketika ke syurga. Duit di poket tak berapa nak ada. Benar kata Ustaz Aziz di asrama dulu, bila kita nak baca buku, kita tak ada buku sebab tak ada duit. Tapi bila kita ada duit, tak ada masa nak baca buku. Amri kini di situasi satu.

Amri letakkan buku kedalam sikit. Jauh dari tempat asal.
Minggu depan ada duit Amri datang nak beli. Minggu depan Amri akan ambil.
Ish!!!! tapi tak boleh... nanti ada orang lain beli dulu. Takpun nanti pekerja kedai buku akan susun balik di tempat asal. Melepas la Amri nanti.
Nak kol member pinjam duit semua zaman makan nasi koboi.

Amri ada idea... Amri kene tebalkan muka.. dan jujur..

"Cik, saya nak beli buku ni. Tapi sekarang saya takde duit. Boleh tak awak simpan kan dulu, nanti minggu depan saya ambik, boleh cik?"

"Or kalau macam tu, sy akan tampal nama awak kat buku ni, letak bawah meja. Minggu depan awak datang mintak dekat saya"

"Ok. Oh ye... macam mana kalau saya datang nanti awak tak kerja pulak. Elok bagi no telefon awak. Nanti sebelum datang saya kol tanya awak kerja ke tak. Ok?"

..................................................................

Malam tu... pukul 11.

"Hai Mira. Amri ni. Tgh wat pe tu? dah tdo ke?"
......mesej delivered......

03 June 2009

Bukan Nak Paipon Pun (Klasik)

Kalau gua nak pegi keje gua dah boleh bangun ni. Jam pukul 6, sempat lagi. Tapi gua bukan jenis makhluk yang rajin pergi kerja. Pukul 7 punch card adalah waktu yang terlalu neraka bagi gua. Kuar dalam pekat gelap pagi, balik dalam remang gelap senja memang memualkan. Kalau ikut gua nak duk umah je makan nasi sambil tengok cerita cina petang petang pukul 6. Tapi bapak gua bukan ada tinggalkan sebuah firma guaman pun untuk menjadikan gua bersenang lenang.

Hari ini gua nekad tanak pegi kerja. Hari ni gua nekad tanak lagi angkat guni garam yang berat 50 kg tu. Gua nekad tanak kerja dengan Nepal. Biar Khoo supervisor gemuk pening nak cari orang kerja. Biar dan biar...

Tetibe gua dengar:

"Woi ko tak pegi kerja ke? woi tak pergi keje!"
Setan betul.... Pit sepupu mak gua merangkap Pak Cik gua memekak.
Gua tengok jam pukul sepuloh. Setan betul.. awal lagi.

"Ko nak amik MC tak?" Pit dah mula sibuk sibuk.
Ni kes nak ajak gua jalan jalan la ni.

Dengan malas gua bangun.. lepak jap kat ruang tamu.
"Hari ni ko nak cari dekat mana?" Pit memekak lagi.

Gua angkat tuala g mandi terus, malas nak cakap banyak. lepas gua mandi Pit lak mandi.

"Nak cari kat mana ni?" soal Pit masa gua mula mula start enjin motor.
"Cari je la kat Bukit Beruntung ni, aritu tengok ada" jawab gua masa motor mula bergerak.

Yes! target sudah ditemui... depan rumah cina kat Bandar Bukit Sentosa. Gua berhentikan motor tepi sikit dari rumah tu. Takut tuan rumah perasan.

Gua amik 2 batang.. Gua bagi kat Pit suruh pegang. Pit takut takut.
"Balut dengan paper la, karang polis nampak" ragu ragu Pit.

Sampai kat tempat yang clear gua patahkan benda tu.
Gua bukak mata gua luas luas. Pit mulakan tugas. Tapi gua tetap takut takut gak.. Sakit beb. kejap kejap mata gua pejam,,, kejap celik..

Pit try nak masukkan.. gua terus pejam rapat. Tak masuk.
Gua bukak mata lagi.. Pit try lagi.. gua pejam lagi.. Tak jadi!

"Woi! Mata ko diam la, bukak luas luas!" Pit bagi arahan.

"Ingat tak sakit ke bubuh getah betik kat mata" bentak gua dalam ragu ragu..

Hari tu gua pegi Klinik Ng Singh kat Rawang,, dapat MC dua hari.
Almaklumlah... orang "SAKIT MATA"... kalau tak cukup nanti datang tambah MC lagi.

02 June 2009

Gua Tak Tau Nak Bagi Tajuk Apa

Masa tu gua letak Gambar die kat info board di sebelah atas meja study gua. Lukisan Absurd atau Abstrak yang gua bikin khas menjadi alas wajah ayunya. Tak dapat gua bayangkan betapa sayang gua pada die ketika itu. Wajahnya sering mengganggu tidur malam dan siang. Itu semasa tidur, kalau nak tidur lagi payah, rindu akan menyerang. Jika rindu menyerang rasanya amat sakit. Pasti kalian bersetuju dengan gua kan. Bersetuju bahawa rindu itu sakit. Gua sering terbayang, die enak berbaring di sebelah gua, rambut halusnya memukul mukul mesra pipi gua. Memang romantis dan bahagia sungguh. Tapi sayang, ini hanya suara hati seorang kekasih, bagai nyanyian syurgai, takkan berdusta.

Waktu tu jika rindu gua rasa nak lari ke hutan,
gua rasa macam nak berteriak di pantai.

Kalau ikutkan hati gua ketika itu, gua ingin lari meninggalkan dimana gua berpijak. Gua ingin sama berpijak dimana dia berpijak.

Tapi suatu hari gua dihimpit kecewa bila gua dengar ada insan lain yang telah mencuri hatinya. Ya.. memiliki dia... gua rasa dunia ni gelap.. kelam. Gua rasa macam gua perlu lari ke hutan, ataupun belok ke pantai.

Kini gua dengar die kembali sendiri. Masih adakah sisa cinta untuk gua. Gua mahu sisa itu biarpun cuma sekelumit rasa...

Kalau lu sudi nak tau siapa dia, pegi la ke sini,
dan dengarkan betapa indahnya......

"Telanjang Bolen" (18SX)

Amaran : Cerkon ini mengandungi unsur unsur lucah yang tidak keterlaluan. Anda dinasihatkan mendapat bimbingan ibu bapa atau kaunselor sekolah ketika membaca cerkon ini. Paling koman pun, Pembimbing Rakan Sebaya jadi la.

Seingat Jober sudah tiga tahun rasanya dia tidak pulang ke kampung. Sial punya manusia, tanpa usul periksa dia dituduh bersubahat menjadi rakan Gey kepada Man Zulka. Maka bagi mengelakkan nama baik Kampung Baik tercemar maka dia dihalau keluar dari kampung. Phtui... dasar anjing semua manusia. Jika diturutkan hati mau dibakar saja seluruh kampung itu. Biar semua penduduk kampung tinggal bogel sehelai sepinggang kerana tak sempat menyelamatkan harta benda yang terbakar di malam hari.

Nanti bila semua penduduk kampung dah bogel bolen kata orang Perak nak ditangkap gambar. Lepas tu nak dihantar ke majalah Mastika dengan tajuk "Seluruh Kampung Berpesta Seks". Didalam artikel tu nanti nak difitnahkan bahawa Imam di kampung tersebut adalah pengasas pesta dan pasta tersebut dan tua mudi turut sama bertukar pasangan. Hahahahahah, baru tau... nak dimalukan semua mereka yang telah memalukan dirinya tiga tahun lalu.

Hidup kota Pen Rai ini banyak dugaan nya. Berbekal muka yang ala Bollywood yang dimiliki Jober mampu hidup sederhana di Kota Metrosetan ini. Untung die berkulit agak gelap kerana dengan mudah die bisa mendapat pelanggan. Pelanggan Jober lazimnya terdiri dari wanita bujang lewat usia dan Jober beruntung kerana menurut perkiraan masyarakat ini, orang berkulit agak gelap mempunyai daya kekuatan di ranjang yang berlebihan. Syukur itu semua bakat dan anugerah yang tidak disiakan begitu saja.

Man Zulka khabarnya sudah lama berkahwin dengan Iraza. Namun hingga kini belum dikurniakan anak, itu dah pasti la, kalau tak lama ada budak kecik kat kampung tu yang mukenya macam Jober. Kalau tak dah lama Jober kene bertanggungjawab.

Di kota Pen Rai Jober jatuh cinta pada tokey butik henbeg. Gadis bertubuh montok dan seksi itu sudah setahun dikenali. Pernah jugak diajak keluar makan bersama dan mengadakan hubungan seks. Namun hingga kini Jober belum pasti sejauh mana jauhnya hubungan ini. Raihanas memang gadis yang lembut, cakap tak pernah meninggi suara. Penuh dengan rengekan manja dan yang pasti bijak dalam memenuhi kemahuan lelaki masakini. Yes.. bak kata Patungcendana... Maskulin... hahahahahhaha....

Selain dari dirinya, Raihanas juga rapat dengan Shairudin.. juga berkulit gelap sepertinya. Berkulit gelap itu lah yang membuat dirinya kucar kacir bila mengenangkan Raihanas yang sering tak dapat dihubungi. Takut kalau kalau prestasinya dibanding bandingkan. Sejak dari kecil die memang tak suke dibanding bandingkan dengan sesiapa. Kucing belang dirumah mati dibunuhnya semasa kecilnya dulu, itu gara gara Mak Limah menyatakan kucing pun tau bangun tidur awal berbanding dirinya.

Berbalik pada Raihanas, ingin rasanya die mendapatkan kepastian malam ini juga. Adakah dia satu satunya lelaki yang Raihanas cintai. Adakah Raihanas mampu hidup tanpa dia disisinya. Mampukah Raihanas hidup susah dan senang bersama.
Henpon berjenama NokNakGak dicapai.. Lantas nombor Raihanas dicari cari. Namun tidak dijumpa.. Oh lupa,,,, dia save no Raihanas sebagai "Sayang".

Hello sayang, I nak kan kepastian. Sanggup tak U kawin dengan I? Sangupkah U hidup bersama dengan I dalam susah dan senang? Mampukah U hidup tanpa I disisi? Jawab sayang.. I nak jawapan kepastian dari U.

Raihanas kaku dihujung talian.. " Hei... ko dah giler ke? ko tu aku bayar untuk jadi Toy je la. Dasar gigolo tak sedar diri". Raihanas kembali geli geli tatkala Shairudin sudah jadi petani yang berjaya di sebuah kebun nenas.

K/K : Segala surat menyurat dan rayuan untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran tidak akan dilayan(terutama ke U.K), kerana MARA telah kekurangan dana.

01 June 2009

"Ala Thai"

Shah Alam
"Masakan panas Ala Thai"

Melaka
"Sajian panas Ala Thai"

Kuala Lumpur
"Istimewa! Ala Thai"

Kg Melayu Subang
"Masakan Ala Thai"

Port Dickson
"Ala Thai"

K/K :Babi betul! Semua Ala Thai. Takde ke "Ala Perak", "Ala Terengganu", Ala Negri Sembilan"...... Ingat ni Thailand ke?