31 May 2009

Rahim....

Rahim sedar, dari mula Rahim sudah sedar. Bukan sengaja tak mengendahkan, tapi die rasa perlu untuk tidak mengendahkan. Kerana jika diendahkan pasti perjuangan akan terhenti dan terkubur begitu saja. Dari dulu Rahim sudah tahu menjadi anak seni ada getir hidupnya... dan getir itu khabarnya lebih hebat dari yang lain.

Itu ketika berada diluar. Dan kini Rahim sudah berada didalam. Rahim sudah merasa gertirnya itu dan pedihnya perit. Kini Rahim menjadi sebahagian dari orang seni. Memperjuangkan seni. Tidak ada istilah menyesal dalam hidupnya. Tidak pernah merungut kerana inilah jalan yang dipilihnya suatu masa dulu, maka suka atau tidak dia harus melalui dengan kental, kental dan kental.

Jika jiwa mudah lusuh, pasti dari dulu lagi Rahim sudah menukar haluan. Tapi hati Rahim tidak mudah lusuh. Jika bukan dia siapa lagi. Siapa lagi? Tak ramai orang mahu memperjuangkan seni. Bukan salah mereka, kerana memang susah nak cari makan. Kalau tak ada makan macam mana nak hidup?

Dia sedar dia bukan Siti Nurhaliza, yang memperolehi gelaran Datuk kerana kecemerlangannya. Dia bukan Ajai yang kreatif dan ada punya wang royalti. Dia hanya Rahim.. Rahim yang berbangga dapat hidup seadanya, dapat membeli barang dapur, dan menyekolah anak anak dengan hasil seni yang tak seberapa. Biarpun tidak semewah taukey saluran tv berbayar, dia berbangga dan bersyukur kerana rezekinya adalah ikhlas.

Salmah jiran sebelah selalu merunggut pada isteri Rahim, persoalkan kenapa Rahim tidak cari kerja yang lebih bagus lagi. Apa lagi yang lebih bagus bagi Rahim selain kerja dengan Ikhlas. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk bersolek dalam waktu kerja. Tidak bersiap awal untuk balik kerja awal. Semua yang Rahim buat atas masa dan kehendaknya. Dia yang menentukan. Rezekinya adalah dari hasil kerjanya yang jujur dan tidak ada istilah curi tulang dalam rezekinya.

29 May 2009

Oh Shida (Klasik)

Part 1

Hari ni ari last cuti sekolah. Esok senin nak sekolah nak start balik dah. Tak boleh dah pagi pagi nak main hempuk hempuk duit. Pagi pagi Ikut Atok g laut cari kerang, petang petang cari siput, takpun meranti. Esok awal awal pagi dah kene bangun, benda ni yang gua anti sekali.

Petang tu Pak Cik gua (Ude) bawak gua pegi Selekoh. Kire Selekoh ni macam pekan koboi la, ada kedai makan dua biji. kedai perabot dan kedai gunting rambut. Ude bawak gua masuk dalam kedai gunting. Letak gua atas kerusi yang boleh pusing pusing tu. India tu sudah cekik cekik gua sama kain putih die. Gua macam lemas lemas dah. Lepas tu India tu tanye:

India : Apa macam mau potong.
Ude : Kasi potong habis ar. Tapi bukan kepala potong habis. Aku hentak ko karang. Rambut je, Botak.

Gua pelik gak... apsal Ude suh potong botak. Padahal idola gua Amy Search masa tu rambut panjang. Mustapa Kamal dalam Roda Roda Kotaraya pun rambut ala ala jecQ.
Gua nak rambut jecQ..Pendek citer gua tengok cermin rambut gua sudah habis. Rasa kepala sejuk je.

Gua apa lagi, hangin la satu badan. Kat situ gak gua keluarkan air mata darah.
Kes kat situ tak setel lagi. Balik rumah gua repeat lagi.. Gua cakap kat Ude gua nak balik rambut gua. Kalau tak gua tanak pegi sekolah masuk darjah dua esok. Gua cakap gua nak rambut gua balik sebelum esok. Gua bagi tempoh. Ude gua dah kacau bilau tak tentu arah.

Esok pagi Ude antar gua g sekolah naik Yamaha RsX. Turun motor Ude gua cakap.

Ude : Pegi je buat selamber. Botak pun takpe.
(Ude gua menenangkan Gua sambil rasuah gua RM1)

Seperti diduga. Jijo, Jene, Mail, dan semua malaun panggil gua "Woi Botak" itu hari.
Nak sakit budak budak ni.
Part 2

Sejak hari Ude tak berani nak suruh India tu buat botak kat kepala gua lagi. Gua dah pakai rambut JecQ balik. Satu hari tu masa gua dalam darjah 4 sekolah gua gempar dengan berita kedatangan budak dari KL. Budak tu masuk kelas Merah. Gua kelas biru. Jadi time rehat tu gua tertengok la budak tu adalah secantik cantik budak pompuan yang pernah gua tengok kat sekolah ni. Jijo cakap die datang dari KL dan akan sekolah kat sini sebab duk dengan Opah die.

Rehat tu gua dengar Jijo bace doa makan lebih bersemangat dari biase. Dan gua jugak dapat tau budak tu nama die Shida. Gua nak gambarkan Shida tu memang cantik la. Rambut lurus, muke putih bersih, raut wajah bujur sirih. Semua budak lelaki kata die la paling bidadari sekali. Semua kalau nampak Shida lalu, cakap mesti nak tengking tengking.. Kire die la ketua kat situ. Kasi tunjuk timing sikit la.

Satu hari gua dengar Jijo cakap dengan gua;

Jijo : Ko tau tak Shida suke Ainirizam?
Gua : Ye ke? Tak tau pun.
Jijo : Ye betul! die suke Ainirizam sebab Ainirizam botak.. die suke orang botak la.
Gua : Ye ke?
Jijo: Ye la, dulu aku botak pun die suke kat aku. Sekarang Ainirizam botak. Die suke Ainirizam lak.

Hari tu citer Shida suke Ainirizam sebab die botak tersebar di kelas gua dan kelas Jijo. Dalam diam gua mula memikirkan erti sebuah pengorbanan. Tapi jiwa gua jiwa JecQ. Mustapa Kamal... bukan Mat Over dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Hari isnin datang macam biase.

Semua jantan kaberet tu berdiri depan pintu pagi pagi tunggu Shida lalu. Disebelah Ainirizam berdiri tegak Jijo memberi saingan sengit. Kepala Jijo sama macam Kepala Ainirizam. Kepala Mail macam Ainirizam jugak. Kepala Jene pun macam Ainirizam. Kepala Gua masuk kelas.... kepala gua tengok semua kepala maluan malaun dalam kelas pun dah macam kelapa Ainirizam.

Razak!

Dat, Wazir dan Chali tengok TV. Rancangan dokumentari. Majalah Tiga namanya.
Suara merdu lemak lunak enak didengar disamping disokong dengan visual yang menarik.
Kisah tak lain tak bukan ialah kisah kisah binatang.

Dat mata sudah rabak.
Kamera fokus pada satu binatang.

Dat : Or itu umang umang.

Wazir dan Chali : Wakhahahahaah wakhahahaha wakhahahahaha.

Wazir: Umang umang tu ape?
Dat : Umang umang tu obor obor la. Tu obor obor la. Hang ni....

Wazir dan Chali : Wakhahahahahah wakhahahah wakhahahahahah.

Dat tak puas hati kene gelak. Dat tengok tv lagi. tengok binatang tu lagi.

Chali: Habis tu ape binatang tu sebenarnya?
Dat : Or bodoh la hang ni! dah sah sah itu labah labah!

Wazir dan Chali : Wakhahahahahaha wakhahahah (Gelap mcam dah hilang akal)

Kesian ketam tu... sampai sekarang die pun tak tau yang die tu labah labah.

_______________________________________________________________________________

Pian : Habis tu sekarang sape nak jadi pengebom berani mati ni Razak.
Razak: Itu nanti aku fikirkan. sekarang aku nak ubah plan. Farid! kau akan mendahului kami.
Farid: Jadi aku didepan la ni?
Razak: Ye aku pilih kau sebab kau yang paling laju antara kami. Dan kau tahu mana trek yang selamat untuk kita lalui.

Razak pandang Lipan. Perasaan marah masih ada. Perasaan benci makin meluap luap.

Razak : Razak! Kau sini! Angkat semua botol botol ni cepat!
Lipan : ????????????? Aku lipan la. Razak tu nama kau!
Razak : !!!!!!!!!!!!!

Vitamin : Cut!

27 May 2009

Entry Serius Awal Pagi

Gua try nak tdo awal. Tapi jam dah pukul 2 tak tidur2 lagi. Gua rasa mcm nak pukul je jiran sebelah rumah gua. Gua fikir rasional balik. Gua tak jadi balik. Balik mana? Ntah! Gua bukak Laptop. Apa yang gua malas nak alami gua rasa akan alami lagi.

Kat kepala hotak gua yang berjambul ni asik pikir satu perkataan je.
BERANI MATI!
BERANI MATI!
BERANI MATI!

"Kenapa ko tak tikam? Tikam la!"
asik asik perkataan tu yang terlintas dalam otak gua.

Beberapa bulan yang lalu dalam kepala hotak gua tak ada perkataan lain.
BAKAI!
BAKAi!
BAKAI!

Kini?
BERANI MATI!

Ini pementasan Kedua. Jadi ia perlu lebih bagus.
Kalau tak GUA mmg bangang la tak boleh buat.
Gua macam tak sabar nak tunggu esok.

K/K: rasa macam banggang lak gua tulis benda ni.

26 May 2009

Kenapa Orang Malaysia Rendah?

Gua turun tangga. Gua nampak ada satu budak pompuan India nangis. Sebelah budak pompuan ada Shyrudin. Aiseh,, apa pulak Shyrudin dah buat dengan budak tu. Gua mula terbayangkan hukuman sepuluh sebatan akan dikenakan terhadap Shyrudin. Lagi menambahkan keyakinan gua. Bila budak pompuan India tu terbaring sambil terkangkang.
Astafirullah alazim. Kalimah yang selalu gua ucapkan dan bermain di bibir.

Dengan kesal gua tanye.
"Ape lu dah buat kat budak ni"
Tatkala ini Shyrudin mula mengosok gosok kepala budak tu.

Shyrudin tengok gua
"Budak ni jatuh! bedebab dari tangga atas, tergolek ni ar"

Budak pompuan India yang kemetot tu dalam tangisan bersusah payah bangun sambil bahu terus memikul beban beg sekolah yang gua rasa nampak dari besar dari die.

Shyrudin tambah lagi.
"Mcm mana tak jatuh! ko tengok la beg die ni. Berat ya amat"

Menurut Shyrudin, masa die nak turun tangga die berselisih dengan budak tu. Tapi bile die dah sampai anak tangga terakhir, tetibe bunyi kepala terhentak terus budak tu berpusing ke bawah balik. Giler sebijik macam dalam TV, lapor Nik yg turut berada di tempat kejadian. Kesian budak tu.

Apa yang gua nak tegaskan. Inilah salah satu punca kenapa orang Malaysia banyak yang Kemetot. Beg sekolah berat macam bawak sepuluh kilo kerang.

Kalau tak dah lama Gua jadi Pelakon Utama dalam Benjamin Button.

25 May 2009

Amri Tak Romantis.

Amri : Lu rasa lu romantis tak?
sidek: Erm... aku romantis.
Amri : Mana lu tau?
Sidek: Tau la, diri sendiri.

Amri diam.. Keluar rokok putih. Keluar kotak mancis cap Flying Man. Sebilah anak mancis digesek ke tepi kotak mancis.... Api bernyala.. Tutup dengan tangan takut padam dek angin. Bawak kemulut, rokok nyala berasap asap.

Amri : Gua dulu.. Gua ingat gua jenis lelaki yang romantis. Tapi rupa rupanya Bukan..
Sidek: Erm... Aku dulu ingat aku tak romantis. Tapi rupanya romantis(malu-malu).

Kita tak tahu banyak benda, sehingga kita rasa dan baru kite sedar.

24 May 2009

Orang Jawa

Gua jawa? Bukan.... Gua Melayu? pun bukan. Habis tu? Mana gua tau.
Orang jawa ni paling gua puji dalam banyak banyak hal pasal kenduri la. Yang gua nak citer ni di tempat gua je, ditempat yang gua tau, ditempat lain gua tak tau. Itu biar orang jawa tu sendiri yang cerita.

Al kisah merono merene nang kono nang kene(kesana kesini, yang itu yang ini) dlm bab bab kerja kenduri ni orang jawa memang bekerjasama. Kalau orang Melayu ada gotong royong, orang kelantan ada bewoh, orang jawa pulak ada "REWANG". Sorang ketua rewang akan dilantik dari kalangan orang orang tua yang berkebolehan. Sifat utk menjadi ketua rewang perlulah ada rokok daun, dan cengkih. Kalau isap rokok takde cengkih mana layan beb.

Ketua Rewang mestinya lelaki, dan ketua rewang bertindak sebagai ketua di dapur. Kire sekarang die la orang paling popular dan membawa amanah tuan rumah. Sebulan sebelum majlis atau lebih awal dari tu Haji Rahim akan ke rumah Ketua Kampung dulu untuk menetapkan tarikh majis. Kalau tarikh tu bertindih dengan tarikh kenduri orang lain. Haji Rahim perlu menukar ke satu tarikh yang lain. Ini bagi mengelakkan adanya dua atau tiga majlis di tempat yang sama pada satu harii. Nanti majlis tu tak meriah, Orang yang nak buat Rewang pun takde. Maka persepakatan pertama telah timbul disitu.

Ada adat tradisi yang dirunkan dari turun temurun, jika rumah Haji Rahim buat kenduri, jiran jiran sekampung dalam tempoh dua ketiga minggu akan datang ke Haji Rahim untuk memberi pelbagai keperluan majlis seperti beras, gula, biskut biskut, garam dan apa saja yang orang kampung nak bagi. Haji Rahim perlu menerima segala pemberian itu untuk digunakan pakai bagi majlis kendurinya. Maka jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Haji Rahim automatik menjadi sedikit,, sedikit. Konsep ini berulang pada orang lain pula yang akan membuat kenduri. Haji Rahim pula yang akan memberi apa die termampu. Kuat kan semangat kerjasamanya.

Jika majlis kenduri tu buat Ahad depan, seminggu sebelum rumah Haji Rahim telah dipenuhi oleh jiran sekampung dan para rewang untuk melakukan pelbagai kerja dan persediaan awal. Makan minum semua mereka ditampung hasil dari pemberian orang orang kampung tadi. Majlis die cakap la betapa punye meriahnya, esok kenduri tengok hari ni dah ramai orang makan makan, semalam pun ramai jugak macam hari ni.

Ada satu tempat yang gua tau, orang kat situ nak buat kenduri jangan sampai mengambil khidmat katering untuk penyediaan makanan. Jika dilakukan juga. Jangan harap orang kampung nak datang majlis tu. Alamat kosong la. Ini menjatuhkan nilai persepakatan antara mereka. Tak ada semangat gotong royong dan semangat Lamina lagu Lefthended. Orang kampung akan berkecil hati. Bagi gua bagus la. Jimat budget.

Pada hari Majlis ketua Rewang akan memikul segala tanggungjawab. Ketua rumah dan ahli rumah tidak dibenarkan mencampuri urusan di dapur seperti mengangkat hidang dan buat buat nak amik air dalam jug. Jika itu dilakukan Ketua Rewang dan anak anak rewang akan balik meninggalkan majlis. Kire maknanya jika dibuat macam manjatuhkan kewibaan orang orang kampung dan ketua rewang la. Tuan Rumah hanya perlu melayani tetamu.

Waktu ini Ketua Rewang yang berkuasa kecuali hal hal pengantin. Kalau Ketua Rewang suruh makan nasi tu sampai habis, kite makan sampai habis. Lagi satu adat orang jawa ialah setiap tetamu yang pulang akan dibekalkan dengan makanan yang sama seperti dihidangkan tadi. Bekal makanan tu cukup la untuk dua orang makan lagi. Bekal itu dipanggil "Bondrot". Dalam bondrot mesti ada nasik, sayur jawa, ayam, daging, keropok beras dan bunga telur.

Sekarang pun orang melayu dah ikut style bondrot ni, tapi letak sumi dengan keropok 20sen. Sebaik sahaja usai majlis. Lebihan makanan yang berlambak (mesti berlambak) akan dibungkus bungkus. Bungkusan makanan tu tadi akan dibahagi kepada anak anak rewang tadi. Untuk Tuan Rumah, Ketua Rewang akan tinggalkan cukup untuk hidangan seisi rumah sampai malam nanti. Anak Anak rewang berhak untuk mengambil makanan itu kerana mereka jugak dah dua ke tiga hari tak masak dirumah. Asyik masak di rumah Haji Rahim je.

Keesokkannya, para ahli rewang semalam akan datang lagi pagi pagi tu, silap silap tuan rumah pun tak bangun lagi. Pengantin jangan cakap la. Mereka datang bukan nak buat kacau, tapi nak bersihkan segala macam pinggan mangkuk, periuk kawah dan laman rumah yang kotor semalam tu.

P/S: Untuk pengetahuan am semua, gua masih bujang.

23 May 2009

"Babi Mengamuk"

Dalam tahun 2001 ke 2002 kg gua kecoh dengan kes kes babi mengamuk. Bukan setakat Kg gua je,, sampai ke kg kg sebelah dan berbelah belah pun kecoh dengan kes babi ni.
Pendek kata Manusia kat Kg gua masa tu memang honar dek trauma babi ni.

Ada yang mengeluh babi rosakkan kebun sayur, langgar habis mati pokok cili, anak sawit baru tumbuh kene cabut, keluar mengopek nyior kene sergah dengan babi, cari meranti dalam hutan kene kejar dek babi, nak tanam padi tak boleh sebab kg gua tepi laut, mana ada sawah. Yang terselamat dr babi cume mereka mereka yang turun kelaut. Sebab? Sebab babi tak turun kelaut.

Tapi bile jejak kaki ke tanah, bayangan babi akan mengahantui mereka. Kalau siang hari nak pegi tengok wrestling kat kedai Midun tu takpela, sebab siang babi segan sikit nak keluar. Malu org kata die Babi! Tapi bila malam kene jaga jaga, tambah tambah lagi bagi mereka yang rumah kat area area kebun nyior.

Atuk gua masa cari meranti bukan sekali dua kene kejar dengan Babi. Teknik die senang je, bile babi datang nak sondol kite kene rilex.... bile die dah dekat kite cepat cepat nyorok belakang pokok dan Nah Kau! babi terus sondol pokok. Maka sebab tu kepala di masuk kedalam leher hilang hidung kemek kedepan.

Lagi satu cara Pak Cik gua ajar, kalau babi kejar jangan lari jauh jauh.. Tapi lari keliling pokok je. Insyaallah babi tak dapat kite, sebab? sebab babi ni Lari memang laju giler. Kalah Watson Nyambek. Tapi dalam laju tu die lari lurus je, takde break kecemasan dan tak leh bengkok bengkok. Gua ingat kalau Olimpik kita hantar babi pun boleh menang. Takat Oto Borden tu huh... senang senang je potong.

Alkisahnya dikampung gua dah banyak sangat babi mengamuk. Atuk gua kata babi tu keluar sebab kawasan hutan tepi laut dah habis dibakar. Orang kampung bakar sebab nak bagi meranti tumbuh, amik pokok kayu nak jual kat tokey cina, buat kebun sayur dll. Maka die dah hilang tempat tinggal dan mula mengganas di kawasan kebun kebun dekat kampung.

Babi babi tu semua akan aktif pada waktu malam, pada waktu malam die akan berkeliaran di laman rumah. Pecahkan pasu bunga, dan melakukan berbagai keganasan rumah tangga yang lain. Orang yang dulu rajin lepak lepak kat kedai kopi sampai tengah malam, sekarang dah pandai tengok cerita Gerak Khas, Sembilu kasih dll.

Ada satu kes yang gua tak leh lupa ialah kisah yang terjadi di Darat. Kg gua di Baroh. Satu senja menjelang magrib, ada sorang Wak ni turun ke tanah sebab nak amik wudhu kat paip di tangga rumah. Tengah Wak nak membilas bilas tetibe die kene serang dari belakang. Seekor Babi dah kokak punggung Wak ni. Keadaan jadi kelam kabut dan semua orang rumah keluar nak tengok apa yang terjadi, gua tanak kasi hiperbola lebih la, akhirnya Wak tadi jatuh dan kepalanya terkena batu tangga. Malam tu jugak dalam perjalanan ke hospital Teluk Intan Wak tadi menghembuskan nafas yang terakhir. Innalillah.

Dari apa yang gua dengar, ada orang kata Babi yang gigit Wak tu adalah Babi yang terkena tembakan orang kampung siang tadi. Untuk pengetahuan korang, babi ni kalau setakat tembak sekali dua die boleh gagah lagi nak lari. Peluru memang akan masuk ke badan die, tapi tak dalam sangat pasal kulit die memang tebal giler, stok buat kasut tahan seumur hidup pakai. Satu cara nak tumbangkan die dengan sekali tembakan, kite kene tembak die di kepala dari depan. Baru die akan jatuh.

Ada kes orang kampung nampak Babi kat Laman rumah, die baling dengan tombak.. tapi tombak tu terpelanting balik, sikit tak lut. So kesimpulan yang orang kampung buat, Babi yang kene tembak siang tu mula rasa sakit dan ia mengambil resolusi untuk mengamuk. Kebetulan Wak tu pulak yang jadi mangsa.

22 May 2009

"Babi Betul" (Kisah Klasik)

Atuk gua balik kelaut.. Kat rumah tinggal kami berdua je. Lepas basuh Ex-5 yang die kata "Proton Saga" tu, terus g mandi. Gua layan tengok Suria Baja Hitam. Selalu gua turun gak basuh "Proton Saga", tapi hari ni timing tak kene.

Opah gua takde kat umah. G meeting "Amanah Ikhtiar Malaysia", tiap tiap minggu nak g meeting. Pastu duduk sampai petang. Tak bosan ke. Gua pernah ikut sekali opah gua pegi meeting tu, sbb gua ingat die macam kenduri kenduri. Tapi sampai sampai gua tengok semua mak cik mak cik, apahal?

Lepas mandi atuk gua naik atas rumah makan nasi. Gua memang jenis tak boleh tengok orang makan nasi. Hati gua memberontak sama nak makan nasi. Dalam talam kalau takde ulam memang tak sah. Sebut je apa jenis ulam, semua gua sebat masa kecik. Atuk gua pun bangga sebab gua mewarisi sifat die suke makan ulam. Setakat pucuk putat dengan dengan jantung pisang, gua ratah sambil tengok gaban je. Makanan laut jangan cakap, setakat lala tu, yang tak masak je dah satu jut lagi kat dapur nak buat jual. Ikan stok mata dah merah sikit, Pak Gua bagi makan kucing je. Tak macam sekarang, ikan dah pecah perut jual kat pasaraya pun orang berebut nak beli. Tu la, dulu lain sekarang lain.

Masa gua tengah melengkung makan nasi, tetibe gua dengar ade benda bunyi aneh belakang gua. Bunyinya pelik sungguh. Gua layan lagi makan nasi. Bunyi hilang..
Tak lama lepas tu gua rasa macam ada bunyi benda lalu langgar dinding belakang rumah gua. Gedegang! Gedegang! Atuk gua tengah kusyuk sedut siput cot cot tetibe melompat.
Atuk gua terus pegi pangkin dekat dapur.
"Apahal?" kata atuk gua.
Gua follow dari belakang, sape lak berani kacau rumah Pak Andak Kama ni. Diaorang tak tau atuk gua kalau setakat pisang muda tu, stok makan mentah je.

Sebelum sampai ke pangkin gua dengar lagi ada bunyi macam benda terjun kedalam lopak air kat belakang rumah. Malam tadi hujan lebat, so air banyak bertakung.
Atuk gua intai intai... sekali atuk gua paling muke kat gua.
"Tu ha Babi!" Ceh orang tua ni main babi babi lak dengan gua.

Sekali gua tengok, tu die dua tiga ekor babi dok elok berkubang kat lopak belakang rumah gua. Sekor lagi babi menghala ke dapur tempat kami lepak tengok die. Gua cakap kat atuk gua.
"Tu sekor lagi datang sini tu"

Atuk gua tarik gua masuk dalam.
"Baik tutup pintu ni, karang tak pasal pasal Babi naik ke rumah makan nasi"
Bentak atuk gua sambil tutup daun pintu.

Gua teruskan makan nasi sambil mengintai Babi dari tingkap untuk kesekian kali.
Ini bukan kali pertama sebenarnya.

k/k; Esok gua cerita pasal babi mengamuk kat Kampung gua.

21 May 2009

Amri Lagi.............

Amri : Bosan la asyik main polis polis je. Penat tau nak kejar.
Ita : Dah tu org ajak main pondok pondok tanak.
Amri : Main pondok pondok lagi bosan.
Husin: Habis tu nak main apa lagi.

Amri : Takyah main la... balik la.
Husin: Ala bosan la balik.
Amri : Habis tu nak main ape lagi.
Husin: Main je la apa ape.

Ita duduk diam kuis kuis tanah. Mana tau jumpe cacing leh buat umpan mancing.

Amri : Ha kita main sorok sorok la.
Husin: Sape nak jadi.
Amri : Kite undi la.

Sama sama : lai tali lai tali tamlong, apek pak apong!
Amri : Ha aku menang, aku keluar!

Husin dan Ita : Lai tali lai tali tamlong, apek pak apong!
Husin: Ha Ita! ko kalah! ko jadi dulu.
Ita : Ok aku kire 1 sampai 10. korang nyorok.

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10
..........................................................

Sejam kemudian...

Ita : Mana Amri ni, dah kene sorok dengan Antu kopek ke?
Husin: Amri... oooo Amri.... Amri!

Di rumah........
Mak : lepas makan nasi basuh pinggan tu. Tutup talam tu.
Amri pipi sudah kembung tanda nasi sudah penuh sumbat dalam mulut.
"Baik Mak"

20 May 2009

Amri Dan Makhluk Asing

Amri: Sekarang ni kat Mastika banyak betul la cerita pasal UFO ye.
Aloy: Ntah betul ntah idak!
Amri: Betul la tu, orang sekarang ni salah faham. Bile cakap UFO derang ingat Kapal Makhluk Asing. Padahal UFO tu Objek Asing yang tak dikenali.
Aloy: Owhh.. contoh...

Amri: Contoh kalau ko nampak Kapal Terbang lalu, ko tau tak die dari Mas atau Air Asia?
Aloy: Tak Tau.
Amri: Itupun UFO la sebab ko tak tau.
Aloy: Lain.
Amri: Ko nampak tak burung tu? (sambil tunjuk ke langit)
Aloy: Nampak!
Amri: Ko tau tak burung ape?
Aloy: Tak!
Amri: Ha itupun UFO sbb die asing dan tak dikenali.
Aloy: Owhh...

Amri: Ko rasa makhluk asing tu tau tak yang kite panggil die makhluk asing?
Aloy: arr.... ntah..
Amri: Aku rasa die tak tau.. Ko rasa Mahkluk Asing tu tau tak yang kite ni manusia?
Aloy: Mesti la tau!
Amri: Macam mane ko tau? Sama jugak macam kite panggil Makhluk Asing tu Makhluk Asing. Die bukan tau yang die tu Makhluk Asing.
Aloy: Arrr?
Amri: Macam tu jugak manusia. Kita yang cakap kite manusia. Makhluk Asing mana tau kite manusia. Jangan jangan dia panggil kita ni Makhluk Asing pulak. Ha macam mana?

Aloy: Jadi siapa yang makhluk asing ni? Kite ke Makhluk Asing?
Amri: Makhluk Asing tu Makhluk Asing pada kite. Pada Makhluk Asing tu kite Makhluk Asing.

Amri: Mungkin bagi Makhluk Asing tu, die adalah Makhluk Asing pulak kepada Makhluk yang lebih asing.
Aloy: Tak faham..
Amri: Pada kita, makhluk asing tu adalah makhluk asing, dan pada makhluk asing tu, Makhluk Asing tu adalah Makhluk Asing kepada yang lebih asing lagi
Aloy: Ah pening la aku tak faham.
Amri: Ko rasa pening ni tau tak yang kite panggil dia pening? Jangan jangan pening ni kata diri die adalah sebuah jambatan.

Amri: Sama je konsep nye dengan tin biskut ni. Ko rasa tin biskut ni tau tak yang kite panggil die tin biskut?
Aloy: aaaaaaaaaaa.
Amri: Jangan jangan tin biskut ni angap diri die adalah novel. Kita yang panggil tin biskut ni tin biskut. Dan jangan jangan tin biskut ni pulak kata kita adalah biskut.
Bagi kita die ni adalah Tin Biskut. Tapi Bagi Tin Biskut mungkin kita adalah Tin Biskut.

Malam tu Amri tengok bucu tin biskut kemek bulat. Sebulat kepalanya yang dituam dengan batu panas sekarang.

19 May 2009

Amri Nak Solat

Amri dapat sekolah asrama. Esok Amri akan mendaftar sebagai pelajar baru. Amri datang dari kampung. Hari ni Amri tumpang rumah Pak Cik, Pak Cik yang akan tolong daftarkan Amri ke asrama esok. Bapak dah balik awal pagi tadi sebab lembu kat kampung petang petang nak kene bagi minum.

Suasana rumah ni asing bagi Amri. Ekon sejuk.. Kat Kampung takde ekon.. Kalau nak merasa ekon bile time nak raya beli baju baru kat Pusat Pakaian Kim Wah je.

Lepas amik wudhu Amri masuk bilik solat, Pak Cik tengah tunggu Amri untuk berjemaah.
Pak Cik tengok Amri.. Muke Amri basah lagi, Wudhu belum kering. Amri gugup gugup segan. Pak Cik Rasa Pak Cik kene test Amri dulu.

Pak Cik : Amri, solat Magrib ni berapa rakaat?
Amri : Kalau di Perak 3 rakaat, selangor ni tak tau la.

18 May 2009

Azha Kemetot (Sebuah Lagi Kisah Klasik)

Masa masa form 2 ni gua memang jenis datang kelas awal. Pukul 11.30 gua ready depan surau, padahal start masuk pukul 1 nanti. Jefry dengan Daus Gemuk gua sifatkan aje. Mane kelas nak kawam dengan diaorg ari ni. Ari ni gua rasa gua paling rock sekali. So gua kene jaga status gua. Jangan campur gaul dengan budak budak picisan mcm tu.

Tak lama dari jauh gua sudah nmpak Pak Dollah ABC sampai depan pagar sekolah. Azha kemetot duduk membonceng turun dari motor. Tak salam salam dengan Bapak die, Azha terus tuju port gua.

"Ada tak?" tanye gua penuh suspen.
"Ada la!" Jawab Azha kemetot separa berlagak sambil air liur keluar mencurah dari celah giginya yang jarang.

Azha kemetot duduk.. Gua bagi ruang sikit.
Azha Kemetot bukak Beg.. Tarik keluar 1 barang.
Sekali die tarik keluar gua jadi histeria sekejap.
Selepas ditenangkan dengan bacaan Yassin gua pegang sambil kebil kebil mata.
Macam tak caye.. Kaset Wings "Jerangkung Dalam Almari" original punya sudah gua gemgam.

Batul kata Azha.. Abang die yang kaki masuk Battle Of The Band dekat RTM tu mmg banyak koleksi kaset rock lama. Semalam Azha sudah membuat janji manis dengan gua untuk tolak murah murah koleksi Abang die tu.

Gua lagi trauma bile Azha keluarkan pulak Kaset SYJ dengan dengan BPR.

Gua jadi tak keraun.. duit tak berapa nak mesra dalam kocek gua ni.
Tapi kalau "Jerangkung Dalam Almari" gua sudah gemgam ni,, memang mati pun gua takkan lepaskan.

"Berapa ni Azha? jual murah murah dah la". Gua cube ejas harga.
"Aku pun tak tau nak jual berape" Jawapan Azha kemetot.

Lama diam...... Azha kemetot sambung lagi.
"Aku jual satu singgit la"

"Ha!" Gua terlopong! biar betul?
Sebelum Azha Kemetot tukar fikiran gua pantas je jawab.
"Erm bagi tiga ni semua.. Esok bawak lagi sepuluh ye"

Rehat tu gua pegang Kaset Jerangkung Dalam Almari.. Gua telan air liur..
Azha Kemetot makan nasi lemak. tambah mee jawa.. tak cukup tambah laksa.. minum tanak kalah,coke cola je. Siap keropok keropok Aci buat cuci mulut.

k/k: Esoknya Azha kemetot sudah bijak. Die jual 2 ringgit satu kat gua.

17 May 2009

EN SADDAM !! (Klasik)

Zaman sekolah sekolah dulu gua memang tak berapa betah nak pegi sekolah sangat. Sebab duduk je dah dalam kawasan sekolah, buat pe nak pegi lagi.

Lebih kurang pukul 10 pagi baru gua terjaga dari tidur.. ceh! awal giler bangun ni.
Semua malaun dah berambus duduk dalam kelas. Gua bukan sengaja tanak pegi, tapi kalau gua pegi pagi, tau tau tengahari dah ada tertidur dalam bilik. Sape ntah yang memandai mandai antar gua balik bilik. Sampai sekarang benda ni jadi misteri.

Kalau gua tersedar pukul 10 pagi, gua akan mandi, dan lepas rehat akan terus masuk kelas.

Lepas mandi gua lepak jap,, pakai tuala lagi. Duduk menung depan meja study. Bilik gua mmg line clear sbb 3 orang je duduk. Gua tatap wajah ayu awek gua,, Dian Sastrowardoyo.
Gua rasa rindu.. wajah ayu semakin senyum pada gua. Hati gua makin dipagut pagut kerinduan yang mencengkam.

Ah! usah dilayan jauh jauh perasaan.. Peter Stuyvesant gua nyalakan, bara bersemarak.. asap merebak bau semerbak. Kepul kepul asap berpuing puing di udara...
Sisa sisa ngantuk masih ada.. kaki makin lemah.. badan mulai terasa lumpuh.
Habis rokok, berseluar pendek,,, badan gua rebahkan kembali ke katil
layan ngantuk.... layan ngantuk...

tok.. tok..tok... tok...
itu bukan atok... tapi bunyi pintu diketuk.

Gua budget ni mesti budak Amir tuang kelas nak tumpang tido port gua.
Krekkkkk.... gua tarik pintu..

Gua kaget... Wajah bengis Saddam merenung tepat ke arah gua..
Die memang terkenal sebagai warden yang misteri.
Macam mana die boleh tau gua ada dalam bilik ni?
Apsal gua boleh terus je bukak pintu tadi, Tak pikir banyak pun.
Jahanam!

Saddam usha gua... gua senyum kelat kelat.
"ermm,, cikgu" gua cube barlagak cool.
"Ponteng ye?" Keras suara Cikgu Saddam.

Saddam masuk.. Saddam tutup pintu.

Saddam usha keliling bilik.
Lantas cikgu Saddam bersuara,
"Ingat kamu je boleh ponteng, tak Adil! Kejutkan saya pukul 1 nanti"

Gua kompius..
Gua pandang wajah Dian Sastrowardoyo..
Gua usha saddam..
Saddam dah terlena di katil.

K/k: bile la Cikgu Saddam nak jadi Pengetua agaknya.
_____________________________________________________________________________________

Sape minat Mat Geroning? Nak Poskad die?
Ha... pegi sini join pertandingan ni. Kalu lu rasa layak la. Dark Ray nak sangat poskad tu..

16 May 2009

To Pekong (Klasik)

Gua balik dari sekolah muke sangap nak mampos. Cita cita gua bile sampai rumah nanti gua nak makan nasi. Dapat pulak dengan air sirap dalam kole besi memang best. Die punye syahdu.. Peh! Syahdu Di Pintu Mahligai.

Nak sampai ke rumah gua boleh tahan jauh, dalam 600 meter! Lagi seksa bile jalan kaki tengah terik.. bawak beg sekolah berkilo kilo kat bahu. Ni pun salah satu punca tumbesaran orang Malaysia terbantut. Sebab kecik kecik dah angkat Beg sekolah berat berat.. maka tulang belakang dengan tulang kaki dah tak boleh nak pergi jauh lagi. Cukup panjang takat tu je.

Gua rasa matahari betul betul dah berada atas kepala gua. Rambut gua rasa panas panas. Muke gua dah hitam melegam. Gua tak larat.... Nak pitam... Gua perlukan oksigen dan tempat berteduh. Jika tidak gua pasti gua akan mati disitu.

Mata gua meliar ke bawah pokok depan rumah Ah Sun... tepi pokok kayu besar ada tokong kecik kurang lebih tinggi macam gua. Gua melepak disitu menghilangkan penat.
Redup sikit...

Mata gua meliar lagi tengok ke dalam tokong, ada patung tua buncit dalam tokong tu. Gua panggil patung tu To Pekong, mata die tajam tengok mata gua.. Gua usha die balik erm...gua bukan tak biase buat keje ni.. Tambah tambah lagi time darurat macam ni. Gua pikir sekali, gua pikir dua kali, gua pikir tiga kali, gua pikir dua tiga kali lagi..

Gua tengok Tok Pekong mulai risau... risau dengan gelagat dan kehadiran gua.

................

Gua teruskan perjalanan dengan Buah limau dua biji dalam poket kiri kanan, tangan kiri menjinjit buah anggur hijau sambil mulut penuh dengan biji anggur.

Ini hari lu puasa la To Pekong. Lu macam tau nak makan anggur ni..

Aku dan Mesej

Aloy : Di dah sampai area Kg Melayu Subang la ni.
Dark Ray : Haah, tapi mana satu tempatnye.
Aloy : Ha, yang ini kite tak tau ni.
Dark Ray : Ko mesej Vitamin tanye kat ne tempat.

Aloy taip mesej:
Alo bro, gua sudah sampai.. lu kasi direction macam mana nak g studio ASC... (hantar)

Tet..tet..tet..tet.. bunyi mesej masuk bukan foliponik.

Aloy : Huh,, Tak Faham! pening aku bace mesej ni,,, banyak sangat direction simpang simpang.. Aku tak boleh bace mesej serabut serabut ni. Ko bace lak.. tengok kat ne tempat ni.

...........

Dark Ray : La patut la tak faham.. Bahasa Inggeris rupanya!
Aloy : Or ye ke...

12 May 2009

"Dunia Gelap""



Selepas MALAM, kita berMIMPI. MIMPI tentang "DUNIA GELAP" cerita sebuah kisah kecundangan, sesat di lembah hanyir dan hancing penuh nanah dan jijik membusuk.

Kami undang dia yang pernah sejuk sakit merekot di tirai besi dalam kandang bergelar banduan. Dan kini berbekal sedikit sisa dia bangkit mencari hidayah Allah dan kembali mendapat Iniayat dariNya. Tubuh yang dulu layu tagihkan candu dan segala macam morfin mahu bercerita tentang kisah sebuah penyiksaan.

Gua menjemput sahabat bloger dan bukan bloger sekalian sudi tampil membuat persembahan bertemakan "Dunia Gelap" di pondok buruk kami di Laman Budaya. Masih format yang sama,, bersila, berpuisi dan berakustik serta ditambah elemen permainan teater. Anda mahu bermonolog? Bernyanyi? Bersajak? Memetik Gitar atau apa saja? hubungi kami agar dapat bersama menjadikan seni itu lebih bermakna.

Dan kali ini gua menjemput insan yang pernah sesat hidupnya dalam "Dunia Gelap" untuk berkongsi cerita dengan kalian tentang pengalamannya.

Hubungi kami seawal mungkin dan kami mahu nama anda atau kumpulan anda untuk dimuatkan dalam poster.

Tema Kejadian : DUNIA GELAP
Tarikh Kejadian : 19 Julai 2009
Tempat Kejadian : Laman Budaya Shah Alam (Pondok Buruk Kami)
Masa kejadian : 8.15 Malam sampai Habis.
Hubungi :
Aloy 012-6293327
Adam 017-3288562
Reza 013-2001097

11 May 2009

Jangan.....

Amri tersengguk sengguk di hujung beranda beratap nipah.. Mata kuyu kuyu layu. Rokok gulung mula sampai ke puntung, jari terasa panas.. Rokok gulung terlepas.. jatuh ke tanah.
Mata Amri rasa terlalu berat untuk dibuka, rasa kelopak matanya tebal bersimen. Jika tak ditunggu habis durian dikebas orang. Jika ditunggu badan binasa diratah nyamuk. Diperosok pondok membukit sebakul durian, hasil yang gugur sedari maghrib tadi.

PAP! PAP!

"celaka kau nyamuk? gigit lah buah durian tuh! aku jugak yang di gigit nya?" Amri mengibas-ngibas tangan menghalau nyamuk.

sabut kelapa yang di bakar nya sedari tadi sudah tidak
'efektif' lagi.

"hoi! tunggu durian ker!!" Udin besi tiba-tiba muncul entah dari mana.

"taaaakkkk...aku tengah tunggu bas nak pegi pekan nie...kejap lagi sampai lah tuh..." Amri mengensot memberi ruang buat Udin besi.


Malam semakin gelap.
Mata Amri menjadi semakin merah tanpa disedari sesiapa.
Mungkin kerana terlalu asyik melihat bulan mengambang?
Mungkin?
Amri terasa tak sedap badan.
Udin besi yang terbaring di sebelahnya nampak begitu menyelerakan.

Sarip berjalan pulang ke arah mereka.
Seluar pendek yang dipakainya kelihatan sedikit basah pada bahagian zip.
Baru lepas buang air agaknya.
Sesampainya Sarip di situ, beliau terperanjat melihat Amri berubah menjadi makhluk bermuncung panjang dan bersayap nipis sedang leka menggigit dahi Udin besi.

'Nyamuk jadian dalam legenda?!' Sarip menunjukkan gaya terkejut yang stereotaip dan tipikal.

Jeng jeng jeng!!!

Sarip kaget, terpempan tidak berganjak.. terasa cecair putih yg dibuang tadi mula terkeluar sedikit. Akibat ketakutan barangkali, maka sisa baki itu tertunjal menujah. Mata dipejam pejam namun masih tidak mahu tidur. Kerana jika terasa takut dirumah kala seorang dia akan terus tidur.

La macam mana nak tidur kalau berdiri. Maka dia pun berbaring... bagi melenakan mata lagu Dayang Nurfaizah bertajuk "Dayang Sayang Kamu" didendang perlahan.

Tak jadi tidur! Mana boleh tidur! Bodoh betul! Macam sial....member kene baham dek nyamuk gergasi die boleh nak tidur pulak.. Otak meligat memikirkan cara bagaimana untuk menghapuskan Nyamuk Gergasi itu,,,

Pantas Sarip menghalakan kaki kebelakang pondok mencari cangkul..
La celake betul,, cangkul tinggal kat kebun petang tadi... botol mineral kosong banyak la....

Tanpa berfikir langsung Sarip lantas mengambil botol air mineral Tesco yang kosong dan simpan dalam poket.
Boleh juga buat simpan air oren bulan puasa nanti fikirnya.
Beliau lantas kembali ke arah Udin besi dan Amri.

'Woi! Lu hisap darah solo-solo je yek? Tunggu la gua sekali!' Kata Sarip dalam bahasa nyamuk.

...

"isap darah aper setan?! asal weng kau datang sini, asal weng jek, kau datang sini. bawak-bawak bertobat Sarip oii..." jerit Amri kepada Sarip.

"owhh...sori...sori...haha! gua weng lah beb! gua nampak lu macam nyamuk tadi...tunggu durian ker?" Sarip duduk di tangga pondok.

"sekor lagi? takkk...aku tunggu pengumuman hari raya nie. kejap lagi diorang announced lah tuh." Amri masih lagi mengibas-ngibas nyamuk yang menyerang.

"Assalamualaikum Amri..."haji Kahar memberi salam.

"waalaikumsala...." jawab salam Amri terhenti.

Amri dapat lihat Anep basikal, Man bomba, Kiah nasik lemak, Eton, Sufiyan tempe, Y.B Salleh , Usup skodeng , Khairul sampan, Mat, Abdul Ghuyyub dan abang Sidi kelapa datang bersama haji Kahar.

"apsal datang ramai-ramai ni aji?" Amri pelik.

"owhh...si Udin besi cakap kat kitorang petang tadi, kau nak belanja makan durian. maner nyer?" Haji Kahar bersuara.

"owh...time umah saya roboh ituari, sekor pun takder nak tolong naik kan balik kan? time makan? satu kampung datang. yerlah...yerlah...naik. naik. kopek lah sendiri durian sebakul tuh. memang saya tunggu untuk durian ni untuk orang kampung pun. bukan untuk jual. sebab saya orang kaya. gaji ribu-ribu sebulan." Amri hulur parang pada Haji Kahar.

...

malam itu, Amri di tidur dilokap kerana di tangkap mencedera kan Udin besi dengan kulit durian.

K/K : Kolaborasi: Tiada Tajuk Lagi, TanpaBUKTI, dan BIAS.
Gua pun pening bile bace balik.

"Nak Jadi Anjing"

Anjing itu memang binatang. Lahirnya saja sudah binatang dan matinya jugak tetap binatang. Tak mungkin dia menjadi tumbuhan ataupun pokok rambutan. Jika nak kata matinya terhurai dan bersatu dengan tanah serta menjadi garam mineral yang berguna untuk pembesaran pokok nipah lu boleh pergi minum kopi sama Pak Cik gua Tapa. Sebab gua nak menulis tentang anjing.. Anjing yang sifatnya sifat anjing.. dan fizikalnya anjing. Lidah berjelir jelir badan berbulu.

Perkampuan Melayu Cina. Itu tempat gua membesar.. Walaupun tak bela anjing, tapi rumah gua ada lebih sepuluh ekor anjing liar yang menumpang teduh dibawah lantai rumah gua. Maka gua bisa untuk menilai dan menilai apa itu anjing.

Anjing binatang haram itu dipelihara samada bebas atau dirantai dengan nawaitu. Menjadi haiwan peliharaan semata, dan menjaga kepentingan pemiliknya. Anjing menjaga kepentingan pemiliknya dan berjuang untuk hak pemiliknya hanya untuk pemiliknya. Anjing juga pengawal diri pemiliknya jika pemilik diancam bahaya. Bertarung didepan biar maut jelas menjelang asal tuan pemilik terselamat. Dan Anjing yang berjasa itu
dirantai atau dibiar bebas di kawasan sayur belakang rumah gua oleh orang seperti Ah Kau dan Bee Hock untuk mengawasi dari pencerohan Mat Gian yang sebangsa dengan gua. Selama hidup anjing itu di Kebun sayur, tapi tidak pula pandai dia memindah milikkan tanah itu ke atas namanya. Menjual timun dengan harga yang murah untuk duit poketnya. Namanya saja sudah anjing bukan? Bodoh gua berkata begitu.

Anjing yang menjaga kepentingan tuannya. Tapi tidak pula meminta dan hanya menerima apa yang diberi oleh tuannya. Jika tulang yang diberi, tulang lah dimakan. Jika taik diberi.. pun taik juga dimakan. Anjing itu patuh... anjing itu dipukul.. dan anjing itu.. SAYANG tuannya. Anjing itu binatang! Ada yang kata sial.. haram jadah... dan jadah jadah lagi. Bukan gua yang kata. Itu orang yang kata.

Dan kita biasa melantik seseorang yang hebat untuk menjadi anjing didalam kalangan kita. Menjalankan tugas seperti anjing. Melindungi hak kita..dan menjaga kepentingan kita. Menjadi tempat perlindungan jika terasa diri terancam. Maka tugasnya sama seperti anjing bukan. Jika orang kata anjing itu hina bagaimana pula dengan?

Sehina hina anjing, dia tidak membelot pada tuannya dan tidak pernah ingkar dalam janji untuk berbakti kepada pemilik. Anjing pun ke syurga. Tapi anjing anjingan itu tadi rasanya akan menjaga kepentingan yang melantiknya untuk kepentingan dirinya. Menjaga hak kita untuk menjadi haknya. Dan lagi cilake anjing anjingan itu boleh menggigit kembali... Aduhh!!! Mana lebih sial? mana lebih haram jadah? dan mana yang lebih lebih jadahnya?

Nak jadi Anjing bukan senang.... nak jadi anjing yang bagus jauh jauh lebih bukan senang. Tahniah kepada Anjing hakiki yang telah ternyata benar dalam tugas menjaga tuannya. Dan tidak mengigit tuannya kembali.

K/K: Kalau Aliffie rasa berat.. Aliffie boleh tengok tibi.

09 May 2009

Gua Hentak Lu Karang! (Klasik)

Mamat mate kuyu tengok gua.. gua buat tak tau je layan game origami. Muke memang takde wawasan, senang cakap kalau die ajak lu tidur mesti lu muntah hijau la. Dalam fikiran gua hobi mamat ni mesti jual barang kemas Mak Die, takpun jual pinggan arkopal dari almari rumah. Warie duduk depan peti ais krim nyonyot Ais Pop.. Tu pun belum bayar lagi tu. Die buat kedai ni macam kedai bapak die je.

Datuk Harun dah hilang,, katanya nak beli cendol.. tapi dah dekat sejam.
Trik dan mengular la tu. Gua baru sampai kampung makan nasik pun belum dah kene jaga kedai. Nak harap Warie kalau beza beras pulut dengan pembaris pun die boleh kompius.

Mamat mate kuyu pusing pusing dalam kedai. Ambik itu letak balik, ambik ini letak balik. Kes takde duit la ni. Last last die tanye Warie..
"Sape jage kedai ni?"
Warie tunjuk gua... Dah terang terang gua yang duduk kat meja duit lagi mau tanya.

"ko jaga kedai ke?"
Gua angguk..

"Duit Aku ada dalam kedai ni" Die cakap macam tu gua dah rasa pelik semacam. Die cakap lagi.

"Pak Harun ada hutang dengan aku 20 ringit.. semalam aku bagi 50 die takde duit kecik" Mamat tu lanjutkan bicaranya

"Aha Pak Harun hutang dengan ko, dah tu?" Gua balas balik.

"Jadi sekarang aku nak mintak 20 ringit tu, pasal Pak Harun hutang dengan aku"
Mamat tu jawab yang gua balas tadi.

Gua usha muke Mamat ni, die buat muke nak kene penumbuk kat anak tekak dengan gua.

"Kalau Pak Harun hutang lu, Lu mintak dengan Pak Harun la, Apsal mintak kat gua lak? gua tak boleh bagi"
gua rasa tangan gua dah berat ni.

"Ko yang jage kedai, aku mintak dengan ko la"
Mamat tu macam dah tinggi suara kat gua.

"Gua tak boleh kasi. Muke lu bukan boleh percaya sangat. Muke buruk! Mesti takde awek nak kat lu" Gua kasi ayat cilake sikit.

"Dah memang Pak Harun hutang bagi je la" Die desak aku.

"Kalau macam tu lu tunggu Pak Harun datang jap lagi, nanti lu mintak kat die."
Kaki gua rasa macam nak melibas je dah.

"Aku nak cepat! bagi je la. Duit aku ada dalam kedai ni. Ko sape, Ko tau tak Duit aku ada dalam kedai ni"
Mamat ni makin berani nampak.

"B***H lu, lu pehal. Kan gua dah cakap. Kalau Pak Harun hutang dengan lu, mintak dengan die la. Gua hentak lu karang" Gua dah mula mencarut alat kemaluan lelaki.
Muke gua memang dah merah macam kaler luna punye merah gua rasa. Berani die cakap duit die ada dalam kedai ni. Sedara pun tak!

Tengok gua dah angin,, Warie datang sebelah gua,

"Apsal? Kalau Bapak Aku hutang, mintak kat die jap lagi" Warie cakap..
Mamat tu pusing kebelakang.. nak keluar kedai. Takut la tu, nak kene pijak tunggu la.

Tu dia Datuk Harun baru mari,, dari seberang jalan gua sudah nampak... Datuk Harun Masuk kedai.

"Pak Harun" Mamat mate kuyu menyapa Pak Harun.

"Apa Pak Harun, Pak Harun! Hutang ko 20 ringit semalam mana?" Datuk gua sound budak tu.

Mamat mate kuyu cakap. "Ni orang datang nak bayar hutang la ni, bayar sepuluh dulu boleh?"

Gua rasa macam nak libas je belakang Mamat tu dengan Parang Panjang bawah meja.

08 May 2009

Gua dan Chik (Klasik)

(edisi ulang siar)

Gua rasa macam gua dah lambat, Ayah Chik boleh buat steady lagi kebil kebil mata kat tangga. Baju pun belum sarung. Berseluar panjang cekak pinggang, badan sebelah senget sandar dekat pintu. Gua kat tangga dah panas semacam.

"cepat la chik, lambat nanti ni"
Chik masuk kedalam, hilang.....
Gua tunggu kat tangga dengan hati yang tak berapa nak tenteram bagai kempunan nak makan kuih denderam.

Gua kalau boleh tanak lewat hari ni, gua akan mendaftar masuk form6. Gua haram tak tau gua dapat form6, itupun Ejan bukan awek gua yang cakap masa gua kol die beberapa hari lepas. Gua rasa rambut gua dah stylo dah ni, ada warna merah sikit sikit macam kumpulan Sex Pistol.

Lama gua tunggu Chik buar keluar, gua angkat beg baju gua kasi bawak g jalan besar. Lupe gua nak cakap, malam tadi hujan... lecak jangan cakap la. Gua rasa nak sampai ke jalan besar tu dah macam menempuh selautan duka. Kasut mula rasa berat berat je. Lumpur sudah penuh.. Chik Follow gua dari belakang sambil tolak Honda EX-5.

Ngam-ngam je gua naik bonceng motor Chik sudah bersuara,
"Pegi ambik kunci dekat rumah jap, ada kat dalam bakul rokok"
Cis... lepas tu gua karate batang tebu tepi parit.. dalam sepuluh batang habis baru gua pegi ambik kunci.

Chik pecut Honda EX-5 redah kedinginan pagi. Perjalanan lebih kurang 20 minit gak la ke tempat tunggu Bas.
"nanti belajar elok elok" Chik bersuara melawan deruman enjin.
Sambung nye lagi..
"Kite bukan orang senang.. nanti dapat keje bagus bagus boleh tolong mama"

Diam kejap... pastu sambung balik
"Jangan banyak sangat main, jangan campur dengan budak budak jahat, kalau jahat kawan kita jahatlah kita, pilih kawan dengan sape kite nak berkawan. Lantakla biar orang nak cakap sombong ke ape pedulikkan"

"Lagi satu jangan Hisap rokok, tu nant kalau dah hisap rokok mula nak try yang lain.. Gam la, Dam la, Dadah la, Shisha la, Kabait la, kemenyan la, ubat batuk la, ubat nyamuk la. Ada duit tu simpan, jangan buat beli rokok, rokok tu yang penting jangan mula.. kalau dah mula.. habis"

Lebih kurang habis satu CD ceramah baru sampai tempat tunggu Bas. Gua tengok Jam dah pukul 6.. sempat la ni sampai Teluk Intan.. Kejap lagi Bas Lower Perak sampai. Selain gua dengan Chik memang takde orang kat Pondok Bas tu. Chik sengaja tunggu gua sampai naik Bas.. kali ni die diam.... tak banyak berceramah macam tadi.

Macam agak dah bosan tu baru gua nampak Bas... dari jauh gua boleh nampak lampu Bas.
Nampak Bas sudah mari, gua kasi angkat Beg letak tepi jalan. Chik duduk kat atas motor.

Diatas motor Chik panggil gua.
"elok elok belajar, ada rokok tak? rokok Chik tinggal kat rumah tadi"

Gua keluar Perillys 25 bagi 3 batang kat Chik... Bas on d way.. bas makin hampir
Chik layan sedut dalam dalam Perillys... hembus asap nikmat.. gua sudah tahan bas..

K/K : Chik bapak sedare gua.

07 May 2009

Gua... Lee dan ADT 999 (Klasik)

Stok coki coki sudah habis.. untung bersih sudah diambil dari tabung amanah..
Lepas Zohor gua henjut jalan kaki ikut hutan pegi tunggu bas kat Jalan Besar..
Kalau ikut jalan biase keadaan terlalu bahaya ketika itu, khuatir jika Ustaz Aziz nampak kita orang nanti takkan die nak diam saje kot.

Jualan Coki coki dan Meggi begitu laris minggu ni. Semalam ada budak histeria masa study sebab tak dapat hisap coki coki.. ramai wajah wajah kecewa tatkala pulang dari bilik gua bila gua cakap "Meggi dah habis la dik". Cume lolipop yang mampu mengubat jiwa mereka malam tadi. Koperasi memang dah bertahun tak bukak.. Cume koperasi Gua dan Lee yang sedia berkhidmat.

Muke smart gua taruk bedak dah mula pucat bile sampai di pondok menunggu bas.
Rambut sikat tepi lee dah jadi sikat tengah sebab mengelak terkaman harimau kumbang masa lalu hutan belakang rumah Abang Poji penyelia asrama tadi. Gua tengok dahi Lee dah mula keluar leleh leleh air warna putih.. Tu la gua cakap jangan guna Code 10. Follow macam gua gune Belikerim.. Pilihan David Beckham yang popular masa tu. Masa tu David Beckham belum kawin dengan Poch lagi. Maka kat fail fail budak pompuan mesti ada lekat gambar Beckham.. takpun Khalid Jamlus.

Tadi pakai smart, ni tak ubah macam budak kelas belakang pulak dah gua rase. Padahal Gua kelas no 2 belakang. Kalau keluar cara Halal kan senang hati sikit. Boleh bergaya lebih.. cume kene pakai baju batik batik la, gua dengan baju batik ni memang tak rasi sangat. Jejak kaki kat Depan Pasaraya Billion hati gua sudah mula berbunga.. tau tau selai baju tshirt hijau gua sudah sambar. Ikut hati nak rembat je, tapi gua tanak pakai baju bara api kat Neraka nanti.

Coki Coki sama Meggi kari sudah penuh ditangan, Lee lagi gatal gatal mau beli Apam Balik.. sebelum balik kene beli Apam Balik buat buah tangan katanya.. Ok set..

"Apam balik 2 bang, potong enam" Lee order sama itu brader.
Belakang gerai Apam Balik ada kedai buat Batu Nesan orang mati.. Pak Cik kedai tu tengah pahat nama kat satu batu..

dari jauh gua nampak satu objek buatan Malaya bernombor pendaftaran ADT 999 menghala ke gerai apam balik. Gua mula pobia,, rasa macam nak menangis bila mengenang diri yang bakal kantoi dek warden kesayangan tu.. Gua usha kejap lepas tu gua paling muke kat Lee.

"Lee, ADT 999" bisik gua perlahan.
"Mana?" tanye Lee cuak, kerana die tahu gua tak main main.
"Belakang" Jawab gua takut.
.
.
.
.
Suara Ustaz Aziz mengorder Apam Balik jelas kedengaran.. Gua dengan Lee membelakangi Gerai Apam Balik dan leka mengadap dinding sambil memilih batu nesan yang sesuai...
Pak Cik Batu Nesan sudah mula bergerak ke arah gua untuk bertanya mahu beli batu nesan yang mana satu. Dan ustaz Aziz setia menunggu Apam baliknya. Gua dengan Lee, tunggu Batu Nesan.

06 May 2009

Jawapan Amri dan Imam Kampung

Jika diperhatikan Amri, Ketua kampung masih ketua kampung yang sama, A.J.K kampung masih orang sama. Imam kampung saja yang dia tak pernah kenal!

Maka siapa imam kampung itu sekarang?
Jawapan : Wallahualam.....

05 May 2009

Amri dan Imam Kampung

Amri masih ingat, pada hari ini ditahun yang telah lalu dia pernah juga berada disini. Dan tahun ini dia juga disini dan pada waktu ini. Segala gala masih belum berubah, Siang tadi dia menikmati kopi "o" pekat dan menikmati lenguk punggung lebar Leha anak Tunggal Haji Ahmad tauke kedai kopi. Leha masih cantik, masih manis seperti dulu. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Leha makin cantik dan ayu sebenarnya.
Mungkin itu seri tunangan orang, khabarnya pinangan dari husin anak Leman Tauke kelapa telah diterima oleh Haji Ahmad...

Pandangan dilempar jauh jauh menerobos hutan kelapa diseberang jalan. Kutu kutu kampung tidak ramai yang lalu lalang. Atau mungkin semua kutu kampung telah mati dilanggar lori kelapa. Setahun meninggalkan kampung tiada perubahan besar yang dilakukan oleh YB kampung tersebut. Ketua kampung masih ketua kampung yang sama, A.J.K kampung masih orang sama. Imam kampung saja yang dia tak pernah kenal, ntah bertukar atau tak. Jadi teka teki untuk korang.. siapa Imam Kampung tersebut?

04 May 2009

Amri dan Adiknya

Mak : Amri masuk kejap, mak nak pegi kedai.. jaga adik tido ni.
Amri : Amri tengah main ni..
Mak : Masukla kejap.. tolong jagakan adik ni.

Mak Keluar,,,mak pegi kedai jalan kaki.

Amri tengok ita, tengok husin..

Amri : Korang tunggu kejap ye.. kite nak jage adik kite.
.
.
.
.
.
Amri : Adik.. adik.... bangun.. mak suruh jage.

02 May 2009

Kawan Ahmad

Layan astro awani sendirian di rumah. Suara garau garau merdu Dr Fazillah Kamsah menerjah ruang telinga memberi motivasi membimbing rohani.. Jiran gua Rohani macam tengah masak kari je kat sebelah ni. Bau menusuk membinasakan perut yang berkeroncong.

Krekkkkk... pintu utama dibukak.
Ahmad masuk membawa beberapa bungkus polisterin putih.. diikuti masuk pula kawannya. Gua tak kenal pun, ini pertama kali jumpe.. Muke memang tak de nilai komersial.
Kalau buat iklan Felissa Kosmetik memang kompeni tu alami mimpi ngeri la..
.
.
.
.
Tangan sebelah gua pegang ayam masak merah yang sudah separuh kena gigit..
Gua kasi angkat mau kokak lagi..

Kawan Ahmad : Eh Ayam ni tak boleh makan dah la.. tengok tu.

Gua tak jadi kokak ayam... terbantut!
Gua tengok ayam.. tengok Ahmad.. tengok Kawan Ahmad..
dengan perlahan gua cakap..

Gua : memang la,, ayam ni dah mati.. macam mana die nak makan lagi!

Modal ni gua guna untuk Ahmad masa sem 1 dulu dah.. dah lapok dah!
Ahmad la ajar die ni.. Bengong...

01 May 2009

siri Akal Kecil

Gua pergi makan malam dengan Pak Cik gua..

Die : Ko nak dengar teka teki tak?
Gua : Erm.. boleh la cube.
Die : Dalam banyak banyak ikan, ikan apa yang matanya banyak?

Macam teka teki budak budak, mesti ada "dalam banyak-banyak"

Gua : Banyak mana matanya?
Die : Banyak la,, banyak sangat.
Gua : Eleh..senang je!
Die : Ha ape die? jawab la!

Otak gua ligat,,ligat dan ligat lagi.

Gua : Ikan yang banyak mata? senang je.. ikan banyak mata la.
Die : mana ada!
Gua : ada, mata die banyak.
Die : salah! dapat jawab tak?

Otak gua pusing pusing ke segenap akal fikiran...

Gua : ikan kembung sepuluh ekor!
Die : ah salah,, apa pasal pulak?
Gua : sepuluh ekor ikan kembung, ada 20 biji mata.
Die : bukan, ni mata die lagi banyak.
Gua : Ikan kembung 20 ekor..
Die : salah! mata die lagi banyak.
Gua : ikan kembung 100 seratus ekor!
Die : salah..
Gua : Betul la, sekor ada 2 mata, kalau seratus dah 200 biji mata.

Gua rasa betul la gua jawab.

Die : bukan. ni lagi banyak..
Gua : Ikan kembung satu guni!
Die : salah, ni lagi banyak..tak terkira mata die.
Gua : ikan kembung 2 guni!
Die : salah!
Gua : Ikan kembung dua guni. ko larat ke nak kira. macam larat.. banyak tu mata die.
Die : Salah.. Ni mata die memang banyak tak boleh kira.

Gua : habis tu apa jawapannya?
Die : Ikan bilis satu tan!

MACAM SETAN!